Tuesday, April 14, 2009

Ukiran Jiwa

Entah kenapa, jiwa aku tak tenteram sehari dua ni. Mungkin mimpi hari tu masih kuasai diri ini. Aku lebih terasa nak berbicara tentang jiwa. Sedang aku buat sesuatu kepada Garuda di alam yang lagi satu itu sambil mendengar lagu-lagu lama, aku terserempak lagu ini.

Liriknya membuat aku mengimbau kembali kira-kira 15 tahun lalu, tika lagu ini tengah ngentup. Tika itu aku banyak berbicara tentang jiwa, banyak melihat jauh ke dalam diri sendiri. Bukan pasal cinta asmara yang itu-itu, bukan. Ia yang lain.

Tak semua lirik itu berkenaan jiwa aku ketika itu, setengah-setengahnya sahaja, tapi aku tak akan beritahu yang mana satu. Ini liriknya:

UKIRAN JIWA

Kedamaian yang kucari masih belum terbukti, jauh lagi perjalanan ini,
Jiwa tak pernah tenteram kasih lama tenggelam di lubuk hati yang paling dalam,
Berlumutlah ukiran impian,
Entah berapa lama harus ku nanti sinar kasih sayang menyinari kembali

Dengan nada lagu dan irama kuluahkan jua rasa kecewa,
Semoga kau dapat mendengarnya, semoga terbuka pintu cintamu
Yang pasti hujan tak berterusan, matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang dinanti,
Dengan rela kulepas kau pergi,
Telah sedekad kenangan terpahat di ruang tak bertempat.

Dengan nada lagu dan irama kuluahkan jua rasa kecewa,
Pada cinta yang dahulu kita ukirkan bersama di ruang asmara,
Di bumi yang nyata, di ruang asmara,
Di bumi yang nyata, di dunia kita.

Lagu: M.Nasir
Lirik: S. Amin Shahab


Isk...isk...isk... aku tak mampu menahannya.... preeetttt!


.

13 comments:

SHIMI said...

layan bro jangan tak layan

xiiinam said...

dari intonasi ko masa tulis komen kat blog aku tadi pun, aku dah dapat agak...Ko sedang alami sindrom jiwa kacau....muehehe...

Sabar ye yang Arif.....

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Aku tengah layan lagu-lagu awie, mus & amy dalam youtube ni....kacau, oh kacau...

CkLah,
Mari kau, kemari cikgu, kau tolong tenteramkan jiwaku ini. Cikgu, tolong pegang hatiku, tolonglah jangan biarkan aku sendiri, jangan lepaskan tanganku...sehingga aku tidur dan jantungku lena, sunyi dan terhenti....

Cikgu....oh...argh..argh...(faded away...)

AZANI said...

Nizam.Ariff:Janganlah kacau cikgu aku tuu....aku baru balik bertapa....h ni.

kakpah said...

Jiwa yang kacau. kau saja yang tau ubatnya.

AlamNasyrah said...

bunyi mcm dah tenat je. sabar ye. biasanya kalau jiwa kacau...ubatnya satu je. Pi jumpa Dia, then story mory kat Dia. InsyaALLAH nnt Dia bagi ubat... ;)

Water Lily said...

Ni apa kes pulak,takpe layankan aja...musim2 gini memang ramai orang sakit.

Err..jom g pesta buku. Hari Sabtu. Dah set dengan TM hahaha!

@t00neY r00neY® said...

layan...zasss

Nizam.Ariff said...

Azani,
Dia cikgu aku jugak...err cikgu kat kampung aku maksud aku. Patigeni dah selesai?

Kakpah,
Guruh di langit dapat didengar, ribut di hati, sendiri yang tahu....

AlamNasyrah,
Ya, tarikannya terlalu dekat. Dan sebenarnya, jiwa aku kacau dek kerana Dia juga. Bukan kacau dek asmaradana ke hape-hape ke... Dia dah cuit hati aku, dia dah tegur sedikit, aku tengah gelabah biawak ni, tengah fikir apa yang Dia tegur ni...tengah diagnose satu-satu, mesti ada yang tak kena ni...hati tengah gundah gelana... apa sebabnya?

Waterlily,
Kat situ ramai orang tak?
Aku ni antisosial, aku takut.... orang berkenan kat aku dan culik aku nanti, camne? Akuk ni cute... hahaha

Tooney,
Jom, kita layan sama-sama...

addyaholix said...

"Tika itu aku banyak berbicara tentang jiwa, banyak melihat jauh ke dalam diri sendiri. Bukan pasal cinta asmara yang itu-itu, bukan. Ia yang lain".

kau yang dulu kembali. cuma bezanya ia datang dalam diri aku. aku masih merenung bulan mencari arah yang aku sendiri belum pasti. buat aku fikir panjang bang!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Dunia ini berputar.
Begitu juga dunia dalam diri kita.
Kita jenguk dunia kita sama-sama...

tasikmerah said...

kak lily, nizam mana minat org ramai2... dia takut kena rogol. hahahaha...


bang, selepas mengharung liku2 hidup... ada masanya aku tidak lagi kenal erti takut utk menempuh apa-apa yg dihadapan.

jangan terlalu runsing ye... tutup mata dan fikir yang damai-damai... :)



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kalau aku tutup mata, aku nampak hantuuuu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com