Monday, May 11, 2009

Alam ini bulat atau rata?

.

Aku ada cerita dan aku ada pendapat peribadi untuk aku ceritakan.


Aku pernah terbaca lama dulu, jika kita pegang lampu suluh yang kuat menghala ke langit, satu hari nanti, cahaya dari lampu suluh itu akan menyuluh kita dari belakang. Itu satu teori. Dengan kata lain, alam ini sebenarnya bulat. Dan setiap titik dalam alam ini adalah titik tengah alam ini. Benarkah alam ini bulat?

Lama dulu, orang percaya bumi ini rata kerana pandangan mata kita melihat bumi ini rata. Sehinggalah ada orang yang menunjukkan bayang-bayang bumi pada bulan. Maka keluarlah kenyataan bahawa bumi ini relatifnya bulat / sfera.

Tapi, itu bumi dan beberapa planet lainnya. Yang aku maksudkan di sini ialah alam ini, universe. Adakah alam ini juga bulat?

Aku teringat ustaz aku kata, bila kiamat nanti, Tuhan akan hancurkan alam ini, kemudian Tuhan akan hamparkan 'bumi' yang baru alam akhirat, padang Mahsyar. Aku tertarik dengan perkataan " hamparkan ". Bukankah alam ini rata?



Persepsi kita tentang alam ini kebanyakkannya hasil dari pandangan mata kita. Maknanya, cahaya yang masuk ke dalam pupil mata kita dan jatuh atas retina. Cahaya!

Dalam fizik, gelombang elektromagnetik tak sama dengan gelombang bunyi. Dan cahaya menepati ciri-ciri fizika gelombang elektromagnetik atau radio dan digelar cahaya itu gelombang. Gelombang cahaya. Tapi, cahaya ciptaan Tuhan itu bukan boleh ditakrifkan sebegitu mudah! Lihat sahaja Surah An-Nur. Tasfiran al-Ghazali sahaja boleh menjadi satu kitab.

Cahaya bersifat kedualan (ppsmi?) atau 'duality'. Ini kerana ia bersifat gelombang dan juga bersifat zarah. Zarah cahaya dipanggil foton (ppsmi?) atau 'photon'. Bila cahaya bersifat zarah yang berjisim, ia juga boleh dipengaruhi oleh graviti.

Kerana graviti bertindak ke atas jisim, jadi bila cahaya melintas berdekatan jasad yang berat atau berketumpatan tinggi, perjalanan foton tadi akan terganggu. Cahaya akan bengkok! Zarah graviti yang digelar graviton akan menarik foton. Oleh kerana foton bergerak selaju cahaya, foton berjaya melepasi gangguan graviton tetapi foton tidak lagi bergerak lurus! Dan jika jasad itu berketumpatan terlalu tinggi, foton tadi akan tertarik sepenuhnya kepada jasad itu.


Jikalau cahaya tidak lagi dipercayai HANYA bergerak lurus, bolehkah kita percaya dengan apa yang kita lihat dengan mata kita?

Nasib baik kita masih punyai mata hati, dan aku pohon agar Tuhan sentiasa memelihara mata hati kita untuk mengetahui kebenaranNya.

Jadi, bagaimana sebenarnya rupa alam ini, bulat atau rata?




Cahaya adalah gelombang. Ianya gelombang kerana ianya bergetar. Ianya bergetar seperti tali gitar yang dipetik oleh jari-jari mulus Alina Abdullah. Dan setiap zarah itu bergetar, termasuklah foton. Getarannya kerana tenaga yang ada pada zarah itu. Oleh kerana tenaga adalah kekuatan yang bersumber kepada Ketuhanan, zarah-zarah itu bergetar kerana takut atau berzikir kepada Penciptanya. Begitu juga zarah yang membina tubuh kita.

Setiap getaran zarah asas mempengaruhi alam ini, kerana zarah adalah asas alam ini. Oleh itu, kini ahli fizik mulai percaya yang alam ini, pada asasnya, terbina dari tali-temali yang bergetaran (String Theory). Oleh kerana foton yang dulunya dipercayai bergerak lurus sebenarnya bengkang-bengkok, maka tali-temali itu bergetar laksana getah gelang yang elastik, seperti yang ada pada lengan-lengan KakPah kecil-kecil dulu. Setiap tali elastik itu bercantum hujung ke hujung dan membawa satu definisi ruang dan masa. Ruang dan masa adalah tempat. Tempat adalah alam. Jadi, alam adalah elastik. ' Sama ada kita percaya sudu itu bengkok atau kita yang bengkok melihat sudu itu' kata budak dalam Matrix.

Kini, tali-temali itu dipercayai secara teorinya berselirat antara satu sama lain. Dengan kata lain, ruang dan masa itu sebenarnya berselirat untuk membentuk satu lapisan ruang dan masa yang lain. Tali-temali tadi yang mewakili alam ini terjalin, tersulam seperti tikar mengkuang kecil yang dijaja oleh Pak Malau. Sulaman ini dipanggil membran. Membran yang berlapis-lapis, yang mewakili ruang dan masa, yakni alam yang berlapis-lapis. Jadi, ada berapa dimensi alam sebenarnya?

Kaluza berkata alam ini ada 11 dimensi, dimana 6 dimensi alam terbelit seperti tali-temali tadi menjadi terlalu kecil, lalu tinggalkan 4 dimensi alam yang kita lihat dengan mata kasar ini . Ada ahli fizik lain berkata alam ini sehingga 313. Aku berpendapat, ada 70 ribu alam! Dan setiap satunya Tuhan hijabkan daripada kita. Kenapa tidak? Bukankah kita ini terlalu hampir dengan Tuhan kita tetapi kita terhijab dariNya lebih dari 70 ribu lapisan? Oleh kerana ada pendapat mengatakan angka 7 adalah angka istimewa dalam istilah arab, 7 ribu atau 70 ribu atau 700 ribu hanyalah menyatakan sesuatu yang sungguh banyak dan bukan sesuatu yang terhad, seperti kita katakan 1001 yang mewakili bermacam-macam; jadi jumlah sebenar alam yang terhijab itu hanya Tuhan yang tahu.

Di sekeliling kita terlalu banyak alam. Alam yang tak boleh kita lihat dengan mata kasar tetapi boleh 'dipandang' dengan mata hati kita. Tanpa kita sedari, setiap kali kita melangkah, kita telah melalui berbagai-bagai alam. Alam-alam tempat tinggal jin dan iblis dan syaitan dan para malaikat. Kadang-kadang, mereka berjaya mencari jalan untuk keluar dari alam masing-masing untuk pergi ke alam lainnya, sudah tentu dengan tenaga. Tenaga adalah kekuatan. kekuatan adalah hak ketuhanan, adalah pinjaman. Oleh kerana hak Tuhan, kekuatan hanya wujud dengan izinNya. ' ... nescaya kamu tidak mampu melepasinya melainkan dengan kekuatan' itu firman Tuhan.

Itu mukadimahnya. Ini adalah cerita yang aku ingin ceritakan:-




9 tahun dulu, sewaktu Paku Payung masih bayi, aku dan Mama akan berulang-alik ke Melaka setiap Jumaat malam, kerana kami tinggalkan Paku Payung dengan neneknya. Kami berulang-alik selama lebih kurang 6 bulan dengan menaiki Kancil 660 yang paling murah yang kami mampu beli, tanpa radio.

Oleh kerana Mama penat bekerja dan kerana tiada radio, Mama sering menemani aku memandu dalam mimpinya. Kami bertolak biasanya selepas Maghrib, kira-kira 8.00pm dari S.Alam. Aku juga penat dan tanpa celoteh Halim Othman dalam radio, aku tak berani memandu melebihi 90km/j!


Satu kali itu, aku putuskan untuk membaca surah-surah lazim sepanjang perjalanan dari S.Alam melalui lebuhraya Elite ke Nyalas, melalui susur keluar Alor Gajah. Aku baca Ummul Kitab 70 kali. habis. Aku baca 4 Qul 300 kali setiap satu. Habis. Aku baca zikir lazim 100o kali. Habis.

Akhir sekali, aku zikir untuk setiap garisan putus-putus warna putih pembahagi lorong di jalan raya. kalau mulut aku penat, aku perlahankan kereta supaya zikir aku dapat ikut garisan putus-putus itu. Jadi, mata aku akan terus melihat ke jalan untuk mengikut rentak laju garis putih itu. Secara tak langsung, aku tak mengantuk!

Dan teruskan berzikir sehinggalah aku perasan ada sesuatu yang kurang kena. Aku dapati yang aku telah hampir ke pondok tol Alor Gajah. Dan jam baru menunjukkan pukul 8.30pm! Masa perjalanan 30 minit. Pada masa sebelum-sebelum ini, aku akan ambil masa 50minit.

Aku terkejut kerana tak mungkin aku pandu lebih laju daripada trip sebelum-sebelumnya kerana aku perlu 'kira' garisan putih. Selepas aku tersedar dari keanehan itu, selepas pondok tol itu, aku berhenti berzikir kerana terkejut. Dan aku teruskan perjalanan ke Nyalas seperti biasa. Secara keseluruhannya, pada hari tu aku cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja, sedangkan pada trip-trip sebelum itu secara purata aku ambil masa 1 jam setengah. Soalannya, mana perginya 20~30 minit itu? Aku berada di alam mana?

Adakah aku telah berjaya membengkokkan alam ini dengan zikir itu?



Zikir adalah kekuatan. Adakah dengan kekuatan itu, aku bisa lepasi batas-batas dimensi alam sepertimana firman Tuhan itu?

Pada trip-trip seterusnya, aku gagal melakukannya semula sebab aku dah tidak ikhlas. Aku zikir tapi mata aku asyik nak tengok jam pada dashboard. Aku dah tak ikhlas seperti yang tadi itu dan perjalanan aku menjadi kekal 1 jam setengah pada trip-trip seterusnya.


(Aku ada tanya kepada seorang kawan yang kukira berilmu. Dia tanya apa yang aku baca dan aku bacakan kepadanya. Dia kata, apa yang aku baca itu adalah amalan segolongan manusia yang 'berjalan melalui masa', seperti cerita orang dulu-dulu tentang orang alim yang bersembahyang di 2-3 tempat pada satu-satu masa, atau mereka yang boleh berjalan dari sini ke Mekah dalam masa yang singkat)

Allah yang Maha Mengatahui segala-galanya.




.

16 comments:

Insyirah said...

Kebarangkalian bleh menggunakan aplikasi "dari mata jatuh ke hati". Ewaahhh...mcm org bercintan plak.

ALLAH kurniakan kita mata untuk melihat segala kekuasaan ALLAH di muka bumi ini. Dengan mengagumi dan berzikir kepada ALLAH apabila melihat alam ini, kita telah menggunakan nikmat mata yang ALLAH berikan kepada kita. Apabila kita berzikir, itu tanda kita mengingati ALLAH. Dan apabila zikir itu telah menjadi akhlak yang sebati dengan diri kita, kita telah masukkan ALLAH dalam hati, fikiran, dan perbuatan kita.

Maksud sebuah Firman Allah.......

"Zikir untuk membersihkan hati."

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda......

" Sucikan hati dengan berzikir."

Dari Firman dan Hadis itu jelas menunjukkan zikir itu sangat besar peranan dan gunanya. Bolehlah dianggap bahawa zikir itu sebagai alat nombor satu ataupun "serbuk" pencuci yang tida ada tolak banding. Zikir menjadi cermin kepada setiap insan yang bercita-cita untuk melihat diri sendiri serta perkara-perkara ghaib yang berlegar-legar di sekeliling kehidupan kita.

Anonymous said...

wow! padat dan sangat menarik.

saay pertama kali dengar teori strings ini dalam csi. bahawa kita semua sebenarnya berkait antara satu dengan lain.

dan jika saintis barat tahu tentang kelebihan zikir rentasi masa, dan walla! mungkin mereka terlabih dahulu menjadi star trek.

tasekM said...

aku syak jam ko mati. amacam? ilmiah tak komen aku bang? ha ha.

:p


.

ASH said...

Aku.........tetiba..
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terasa berat..
.
.
.
.
.
.
.
.
mungkin...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
zarah di tubuhku juga ...
.
.
.
.
.
.
.
.
bergetar..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lantas..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku rebah dan berlayar
dalam alunan zikir munajat...
.
.
.
.
.
.
munajatku dalam syahdu..
ye irama rabbani..

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Ya, zikir itu menguatkan kita.

Alina,
Aku syak orang2 dulu yang berjalan atas air atau tak lut senjata tu dah macam Master Yoda kut... hahaha

TM,
Sungguhhhh la ilmiah.
Aku ambik masa 2 jam buat entry ni tapi ko punye conclusion punya la U turn....

Ashley,
Hahaha... panjang betul la komentar akak...
Akak rebah bermunajat ke rebah terus zzzzzzz...hahaha

tasekM said...

ashley, ko terasa berat sbb ko gemuk. kikikiki....


:p









lariikkkkkkk!

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tak campur masalah kaum ibu berdua ni....
Hahahaa

ASH said...

Nizam,
aku syahdu dalam munajatku..

TM,
selepas syahdu bermunajat, aku semakin sabar...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ye kak (tangan tengah qiam nih).

Tasek, tu semua pasal ko, akak aku dah terasa... nasib baik dia sabar... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Jom...
kita kembara mengelilingi dunia bersama-sama...
nak periksa...bulat ke tidak...

aza ni said...

aku nak komen, tapi rasa dah habis disentuh oleh Nizam.Ariff, so tak payah komen.

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Jom, kita naik XIINAM...

Azani,
Err.. aku tak sentuh apa-apa pun. Percayalah! Diaorang semua masih suci...

addyaholix said...

aku komen dulu bang. esok-esok aku baca. mata dah ngantok. serius esok aku baca bang. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Ye la tu...

tasekM said...

ish... kak ashley terasa ke...? maafkan aku kak. aku ni mmg kadang2 melawak tak kena tempat.

:)



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Haaiyuukk tak tau dia buat 3x
hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com