Sunday, May 17, 2009

Dunia sedang berubah

.

Jened asyik menjilat-jilat aiskrim di sofa kulit lembu dari Itali. Anak remaja lelakinya berjoget-joget shuffle mengikut rentak dari karaoke yang dipasangkan dengan agak banter. Agak banter hingga mengganggu Juli yang sedang membaca sebuah buku agama di bilik atas. Bacaannya sedikit terganggu dengan perbuatan abang sulongnya.


Pintu utama dibuka. Joned menghempas kopiahnya di atas 'chest table', lalu menghampiri set karaoke. Joned tutup suis. Tarian anak lelakinya terhenti.

"Aku dah pesan, waktu Maghrib jangan buat benda-benda begini"

"Kalau awak nak pergi masjid, awak pergilah, I tak kacau. Nowadays, we are equal. I have my rights in my house. Sekarang mana ada mahkamah syariah. Mahkamah satu jenis je"

Joned malas nak layan. Dia alihkan pandangan dia pada anak lelakinya pula.

"Jangan tengok macam tu, ayah. Walau umur Jimi bawah 18 tahun, ayah masih tak ada hak untuk tentukan agama Jimi. Undang-undang beri hak kepada Jimi untuk neutral. Even if Jimi dah lepas 18 tahun, undang-undang benarkan Jimi pilih agama Jimi sendiri"

Joned faham. Dia terus diam.

" ... itu pun kalau Jimi pilih untuk beragama. Kalau tak, undang-undang tetap berpihak kepada Jimi"

Jened dan Jimi ketawa, agak menyindir bunyinya. Joned buka TV. Berita Agong di kaca TV sekarang ini.

'... Mesyuarat Majlis Persamaan Hak Malaysia, yang menggantikan Mahkamah Syariah, telah memutuskan bahawa kopiah putih tidak boleh dipakai di tempat awam mulai bulan hadapan. Majlis membuat keputusan itu setelah mendengar petisyen daripada orang awam yang mendakwa memakai kopiah putih adalah satu penghinaan dan boleh menimbulkan prejudis kepada agama lain. Ia juga dianggap membelakangkan hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam perlembagaan'

'... manakala mengenai isu songkok pula, Majlis yang sama telah mengesyorkan songkok hanya boleh dipakai di tempat awam pada hari-hari tertentu, seperti pada Hari Raya. Ini berikutan perintah injuksi dari mahkamah yang menerima hujah bahawa songkok adalah salah satu pakaian budaya dan tidak ada kena-mengena dengan agama Islam'.

Joned tutup kembali TV. Jened berhenti dari menjilat aiskrim. Jened memberikan satu 'high-5' kepada Jimi. Joned faham. Keadaan sekarang telah jauh berubah....




(

Aku dapat ilham ini tadi. Semasa makan tosei telur di kedai mamak sekitar USJ. Ada seorang wanita berambut lurus, berbaju-T sendat dan berumur lewat 40an sedang makan sambil menonton Astro. Aku intai di bawah mejanya, wanita itu berseluar pendek. Di sebelahnya ada seorang budak perempuan dan seorang remaja lelaki berpakaian agak hip.

Tak lama kemudian, seorang lelaki pertengahan abad berbaju melayu biru, berkain sarong dan berkopiah datang ke meja itu dan duduk sekali. Aku rasa dia baru habis berjemaah Isyak atau mendengar ceramah.

Aku tak mahu kata apa-apa. Anda semua bebas membuat andaian masing-masing, seperti mana hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan .....

)


.

12 comments:

kakpah said...

Aduyai.. suami @ bapa tu kan pemimpin dalam rumah tangga. Nanti kat akhirat anak bini tuntut tau...

Aku cukup geli tengok betina keluar rumah pakai sendat dan berseluar pendek. Kalau melayu lagi aku nak termuntah sampai keluar semua isi perut.

SHIMI said...

aku harap perubahan itu tidak menjadi nyata.

Moga ia berubah jadi sebaliknya, bumi Islam yang dirahmati

addyaholix said...

gulp!
aku telan liur bang. tiap manusia punya pilihan bang. tapi selalu pilihan yang kita pilih salah bila tak disertakan dengan syariat.

aku pon bukan sebaik mana.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

itu lah kemajuan bang!, kemajuan yang kita dok kalut kejar!...tak caya?..pi tanya pemimpin2 kita!...semuanya melaungkan kemajuan.

xiiinam said...

Betul kata kakPah....

Sepatutnya,
dalam sebuah rumah tangga...
suamilah yang pertama menggalas amanah, menjalankan perintah Allah dalam maksud firmanNya

"Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka"
(Qu an fusi-kum wa ahli-kum naaron!"

...dan isteri pula sebagai penyokong segala tugas suami...

Segalanya untuk perjalanan keluarga sendiri juga..
Semoga kita dan keluarga kita sentiasa terarah ke lorong yang benar....


Dan akhrinya meniti Sirotul Mustakim
dengan selamat.......Amiiiin.

ashley said...

okay okay..
Moga makcik Melayu yang pakai seluor pendek KETAT yang hang TERtengok kat bawah MEJA tu..diberi HIDAYAH oleh Allah..
begitu juga dengan semua ahli keluarganya..

Mana tahukan...
(alangkan Noor Kumalasari yang dulunya pakai Hot Pants pun sekarang ini dah menutup aurat dan setidak tidaknya faham apa yang dituntut olah Islam)

Dan bagi SEMUA pemimpin NEGARA yang masih dok KELABU ASAP lagi tu, dibersihkan hatinya supaya nampak KEBENARAN dalam ISLAM..

itu saja yang aku boleh doakan..

kekadang ada kalanyanya kita rasa kita tak mampu...

walaupun jauh di sudut hati TETAP mahukan YANG TERBAIK untuk AGAMA kita..
InsyaAllah...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
AKu pun geli jugak tengok pompuan pakai seluar pendek ketat. Aku terasa geli semacam ja... hehehe

Shimi,
Aku pun takut jugak. Tu sebab aku tulis n3 nih...

Addy,
Aku pun tak sebaik mana tapi aku masih risaukan keluarga dan keturunan aku...

Cikgooden,
Kita terlalu banyak bertoleransi. Semuanya gara-gara kuasa. Cuba bayangkan, oleh dek sebab nak tawan satu negeri dan satu negara, orang islam sanggup bertoleransi dengan kaum lain untuk majoriti. Kalau yang di trade-off kan tu adalah pengurusan negara, ok la jugak. Tapi sekarang, agama yang di trade-offkan untuk kuasa majoriti.

CkLah,
Itu memang betul. Aku kurang risau yang itu. Serves right kalau yang bapaknya pun sama. Yang aku risaukan ialah kalau anak-anak remaja memberontak akibat pengaruh luar dan UNDANG-UNDANG memihak kepada mereka. Kita mak-bapak hanya boleh telan air liur je tengok anak-anak muda kita hanyut. Nak paksa nanti kena saman pulak, kena perintah injuksi. Kalau tak bebudak tu, ada persatuan lain yang TOLONG dapatkan perintah mahkamah.... risau kak, risau nih...

Ashley,
Kita perlu tentukan siapa pemimpin kita. Jangan sesekali biarkan mereka jual agama demi mendapat undi majoriti untuk kuasa memerintah atas nama toleransi beragama. Banyak hadis ceritakan tentang mereka yang jual agama demi kepentingan dunia... tak serik-serik ke lagi dia orang ni? Aku pun tak faham la...

Dah nak kiamat sangat kut...?

ashley said...

Haaa...tahu tak per!!

Hari tu macam aku dengar ada orang kata dia TAK SIOR nak NGUNDI NGUNDI niii....

TAK MENDAFTAR lagi..?? ke ape ker?
unless..engko nak ajak kami BUAT REVOLUSI!!
ha ha ha..

Insyirah said...

Ada satu kisah benar, saya baru dgr semalam. Terkejut beruk juga, sbb saya kenal orangnya.

Ada sepasang suami isteri. Suaminya mmg org alim dan baik2. Isterinya, baik juga. Tapi yg saya pelik, bila suaminya ingin berjemaah kat surau ataupun nak pegi mendengar ceramah di surau, isterinya menangis tak nak bagi suami dia pegi. Aduhh...perangai mcm budak la pulak. Saya yg mendengar citer ni, hanya terdiam. Tak tau nak kata apa.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku tak ngundi bukan sebab tak nak pilih. Aku malas nak beratur-beratur ni. Lagi pun, orang banyak sangat. aku kan ke anti-sosial.. hehehe.

Tapi aku syorkan orang-orang lain untuk tentukan pemimpin kita. Aku ni ngikut je, kalau dah tak ngam, aku lari msuk gunung ...

Insyirah,
Eh, pelik tu!
Mungkin ceramah tu pasal poligami kut.. hehehe.

Atau kita bersangka baik, mungkin waktu tu dia sakit atau perlukan jagaan 100% dari laki dia, hatta waktu ceramah dia masih perlukan lakinya untuk jaga kut...

tasikmerah said...

ya. begitulah adanya... iman tak dapat diperturunkn dr seorg ayah kepada ank. dr suami kpd isteri. namun suami adalah pengemudi. dan aku yakin isteri dan anak bukanlah sekeras mana utk diubah. moga kita semua dikurnia hidayah.

setuju dgn kak ashley. ko jgn bunyik bang. pergi la daftar mengundi. kalau pemimpin yg jahil duduk di atas, bukan ke kita yg terima akibatnya? he he.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kena tackle dari dlm rumah dan luar rumah...
Kalau pilih pun, esok lusa dia lompat sana-lompat sini. hampeh!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com