Tuesday, May 5, 2009

Ini bukan mentera...

.


Wahai jiwa yang muram,
Bila kalbu penuh rindu
Wujud hanya aku.

(Kasih kini tersemai. Rindu ini menyeka ruang damai, tak keruan jadinya)


Kasih berpadu menemu cinta,
Usah dipendam
Nanti kan lara.

(Cinta suci semarakkan jiwa yang gelora jadi tofan ganas. Tenteram cinta itu akan renjisan sejati, murni dalam hati)



Cinta rindu membuai raga,
Rasa dituruti nafsu
Musnahlah jiwa.

(Cinta membuai rasa dari lena menjadi jaga, dari jaga kembali lena)



Wahai rindu terpadu,
Hilanglah segala
Wujud hanya dia.

(Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepadaNya)



.

11 comments:

AZANI said...

Nizam.Ariff:apa gerangan apa kirana, mengapa nian bermuram durja, tak larat nak sambung puisi , mata dah sembab ni,esoklah kalau aku dapat ilham.

kakpah said...

wahai jiwa yang muram,
bila rindu memenuhi kalbu
datanglah padaNya
yang Satu
.
.
ceh, balik balik cuti je dah mendayu dayu ni. Apehal. Tak dapat makan ikan bakar ke.

Water Lily said...

Kak Pah,dia tak dapat mandi laut tak haha :)

tasikmerah said...

kak pah, itu penangan makan bawah pokok nangka tuuu.... he he.

harap kamu baik2 saja ya... aku tak pandai nk bg kata2 pengubat jiwa. biarkan masa yang berlalu membawa lara dihati kamu....



.

Nizam.Ariff said...

Azani, Kakpah, Waterlily, TM,

Sehari dua ni aku pening. Tadi aku pegi jumpa doktor. BP aku rendah, yg bawah cuma 59 je, tu lepas sarapan tu. Biasanya 70~80. Doktor kata aku runsing. Aku pelik jugak, camne jantan macho cam aku boleh runsing-runsing ni? Anyway, doktor suruh aku makan benda yg panas-panas. Aku tanya, contoh?(dlm hati aku, org kata daging babi pun panas gak). Teh halia panas, katanya. So, aku tapaw sebungkus teh halia panas. Selebihnya, dia suruh rehat. Ni yang buat aku RUNSING nak fikirkan apa yang aku runsingkan sangat ni...?

ashley said...

pelik bin Ajaib..

orang darah tinggi, ko pulak darah rendah..
Ko cukup makan ke tidak..
Pergi lari keliling stadium Shah Alammler sekali sekala.
Tak pun lari keliling Tasik kat PKNS tu..

Cer cuba nyanyi RASA SAYANG Eh ke..
Jual jual Pantun ngan MAMA..
TAK de le BOOORIIINGGGG..

Umur ko berapa?
37?
kalo dok muram jerr..nanti kalah ngan orang umor 73..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kita org ni spesis darah rendah kot... Awal tahun lepas aku masuk spital Sunway sebab tekanan darah cuma 97/55 je. Kepala punya la pening, macam nak suruh org kapak kan ja kepala ni...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

haram jadah!...sakit pala nak faham apa maksud hang..ha ha ha.


takper, aku baca lagi...

oo...runsing ka?...Stress?...biasa la brader...rilek2...jgn banyak mikir, kena banyak minum air.

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Runsing pasal keje pun ye ni..
Bukan pasal keje, tapi pasal tempat keje. Baru jap tadi sec. boss besar (bukan boss aku) nak set apptmt esok. Nak 'tarik' ke satu job (tanpa pengetahuan boss aku skrg), job tu akan lebih rapat kpd MD TAPI not a very firm platform. Maksudnya, bila job tu dah habis atau dimansuhkan, I am jobless laa... klu nak masuk div lama balik sure dah terisi. Dan job tu mungkin requires travel a lot, sedangkan aku baru nak sambung belajar... NI YANG RUNSING NI sebenar-benarnya...his!

SHIMI said...

wah, ini sudah bagus
ko sungguh puitis

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Memangla puitis tapi dari jiwa yang runsing... haih

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com