Friday, May 29, 2009

Kehangatannya sukar dimengertikan...

.


Bermula dari satu konklusi yang kurang tepat, mata masing-masing tiba-tiba membesar seperti orang kena kejut dari tidur dengan tekapan seterika panas di belakang. Menggeliat sana- menggeliat sini. Kepedihan menelan pernyataan yang dibuat oleh setiap presenter.





Aku?




Aku rileks je. Aku dah agak konklusinya macam tu. Mereka yang tak dapat menciumnya sahaja yang seolah-olah cicak tertelan kapur.




Cicak tertelan kapur

Al-kisah sahibbul hikayat memperikan bahawa satu masa dulu, masa aku kecik dulu, cicak-ciak banyak menari dan mencari serangga yang hinggap pada dinding papan. Selain dari melastik guna getah gelang yang dijalin istimewa, ada cara lain untuk membunuh cicak-cicak tu.

Oleh kerana selalu sangat melastik, cicak-cicak tu seakan-akan boleh mencium bayang-bayang aku. Cepat sangat dia menyusup lari di celah-celah sambungan papan. Kadang-kadang nampak muncung je. Kena tunggu lama dan diam-diam, barulah dia nak keluar. Tapi, mana boleh tunggu lama-lama. Aku pun nak tengok cerita 'Combat'.

Jadi, aku ambil sebatang lidi penyapu yang paling panjang boleh aku dapat lalu aku celupkan hujungnya ke dalam kapur sireh. Biar lekat seketul kapur sebesar tahi hidung kalau di korek tu. Kemudian, aku unjukkan di depan lubang atau celahan di mana cicak-cicak itu berselindung. Aku goyang-goyang sikit supaya nampak macam kupu-kupu kecil yang hinggap pada dinding. Temptation. Aku wujudkan 'lambaian maut' buat cicak itu. Buaya mana yang menolak bangkai?

Teorinya, kalau buaya sebesar itu tak mampu nak tolak habuan, inikan cicak yang sekecil bentuk pun hampir sama.

Bila dia termakan kapur, serta merta dia terkulat-kulat. Ada sesetengahnya terus jatuh. Biasanya, abang aku akan standby kat sebelah, bila cicak tu kelam-kabut, abang aku lastik.




Cicak versus Buaya

Shahdan berkatalah sahibbul hikayat akan kaitan cicak dan buaya. Adapun arwah ayahanda aku pernah bercerita kepada aku, dalam salah satu trip memancing di sungai. Aku tanya dia, kenapa tak boleh guna cicak sebagai umpan?

Dia kata, nelayan sungai di situ dan pesan, kalau nak memancing jangan guna umpan cicak, walau pun cicak adalah salah satu feveret ikan. Kalau guna juga, buaya akan timbul dan mengganas.

Ayahanda aku bercerita lagi. Dia kata pada zaman dulu, cicak dan buaya ni bermusuhan. Entah macam mana, cicak berjaya mengalahkan buaya dalam satu pertandingan ntah-apa-ntah. Bila kalah, sang buaya terus bersumpah, cicak tak boleh turun minum ke sungai. Dan sang cicak pun bersumpah, buaya tak boleh naik ke darat kalau nak berak.

Maka berdamailah mereka akhirnya. Tapi, kalau salah seekor langgar sumpah, boleh dibunuh.


Kalau nak cuba kebenaran cerita ni, bolehlah cuba masukkan cicak ke dalam kolam buaya di Taman Buaya Melaka. Ingat, cicak perlu menyentuh air. Kalau cicak kat tanah atau pokok, walau pun dalam kandang buaya, ianya tak dikira sebagai langgar sumpah.




.

9 comments:

AZANI said...

cuba tanya tm, kot kot dia dah cuba rendam cicak dalam kubang buaya?memang aku pun dengar cerita ini , tapi version kau lagi real.

kakpah said...

sepupu akak dulu masa berumur 4 tahun. Dulu-dulu punya citer la. Orang town balik kampung dan tak penah tengok cicak agak e. Meraung-raung bila tengok cicak betepek-tepek kat dinding dan siling.."mama..mama.. crocodile.." meluat aku. Jam tu lah.

ashley said...

Ko mesyuarat pasal cara penghapusan cicak ke Nizam..

aku cam konpius ngan ilustrasi yang ko tempelkan lerrrr...

ha ha ha...

kakpah,
mujur dia tak kata dinosour!!

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku tunggu laporan dari TM.
Kamu punye version cerita camne?


kakpah,
Ada kawan cerita sedara dia org singapura budak kecik, bila tengok lembu dia kata ' horse...'. Dan tak tahu yang beras tu pokok dia macam mana...


Ashley,
Mesyuarat pasal lain, tapi cerita tu interconnected ha ha ha.....
Betul kata cicak...

AZANI said...

Buaya dan Cicak dah buat perjanjian sejak dari zaman Nabi Adam lagi, air buaya punya , darat cicak punya, pasal tu buaya tak leh berak kat darat, cicak tak boleh turun ke gigi air, tapi hairanlah, buaya bertelur kat pasir kan?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tu sebabnya bila dah abis bertelur dia turun balik kat air. Cicak pulak bertelur bukan atas tanah sebab takut buaya pecahkan telurnya.. hahaha

Insyirah said...

Yakkkk....citer pasal cicak plak. Geli la.


;p

tasikmerah said...

nak ke kandang buaya tu aku sedikit rela tapi bab nk menangkap cicak ni yang lemah. aku geli!


.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
geli kat cicak rupenye....


TM,
Alaaa... cuba la.
mana tau buaya tu mengamuk lak , maka benarlah kisah tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com