Thursday, May 21, 2009

Memanjang training... kata Tasek.

.

Kompeni perlukan changing agent seperti kami 24 orang ni. Kompeni perlu merubah business process mana yang patut untuk align dengan master plan. Kami dibantu oleh AT Kearney untuk membuat proposal menyeluruh hasil muhasabah ini. Ya, kami 24 orang ini bakal mengacau kerjaya 8,000 yang lain. AT Kearney ada 5 orang: diketuai Francesco Cigali dari Italy, yang lainnya dari Mumbai, Chennai, Singapura dan Malaysia.

Tapi hari ini bukan training. Lebih kepada penubuhan kumpulan muhasabah dan ianya untuk menentukan hala tuju kompeni 5-10 tahun akan datang. Tapi, aku seperti aku. Berat berapa pikul pun, aku jarang nak serius...



Masa Francesco mula berucap, aku dah teringatkan iklan dalam Discovery (Astro) tentang penggunaan telefon di Italy. Hati aku dah macam kena geletek, dia punya slanga pun memang Italian sungguh. Aku rasa nak suruh je dia sebut pizza 10x.

Masa sessi pecah-beku (ice-breaking), ada 2 set daun terup. Kami di suruh ambil satu setiap sorang. Aku ambil dan cepat-cepat aku terlangkupkan atas meja. Kemudian aku cakap kat kawan sebelah, aku bet RM10. Aku tanya, follow or raise? Kakak yang duduk depan aku jegilkan mata, dia nampak warak (nasib baik dia tak ikut bet, rupa-rupanya daun dia Ace. Aku punya Jack je).


Lepas tu, kami disuruh cari pasangan ikut daun terup masing-masing. Aku dah target awek India dari Mumbai tu, rupanya sebijik macam Pretty Zinta cuma dia ni kurus sikit tapi tinggi. Aku pandang dia, dia pun jeling kat aku. Alih-alih, ada sorang Haji dapat dia. Kemudian, ada lagi awek Cina dari Singapura, aku cuma sempat cakap kat dia yang jodoh tak ada. Kawan aku sambar!

Akhirnya, aku berpasangan dengan jantan. Lepas tu, kami disuruh berkenalan. Kemudian, kami disuruh sorang-sorang ceritakan latar belakang pasangan masing-masing. Kawan aku tu dari Chemor dan aku dari T.Intan, kebetulan. Maka, dengan jelas dan kuat aku ucap,

'... and I discovered that we're both from Perak..... Long live the King! Long live the King!'

Tak sangka, teriakkan aku disambut dengan tepukan gemuruh. Mamat-mamat AT Kearney yang dari luar negara tu terkebil-kebil, tak faham.



Diakhir sessi, Francesco beri ucap penutup. Dia kata, walaupun sessi petang biasanya mengantuk, ada beberapa orang masih kekal aktif dan tersenyum. Salah seorangnya aku la tu. Mana tak nya, aku asyik main balas SMS dengan Tasek Merah, maunya aku tak senyum. Itu pun sebab aku kontrol gelak aku....





.

35 comments:

AZANI said...

zam:kau satu sekolah dgn cklahkan,cklah pula satu sekolah dgn TM,jadi kau....kau ohh tidak,,,tidak...rupanya kau satu sekolah dgn si tasek...oh tidak...TIIIIIIIIIIDDDAAAAAAAAK!

AZANI said...

zam:aku masih hantuk kepala kat monitor....

AZANI said...

best man win...huaaaaarrrrrrggggh(sob sob)

Water Lily said...

Malam ni,ada trainning juga ka haha!

Nizam.Ariff said...

Azani,
Mana ada aku satu sekolah dengan dak Tasek tu. Dia sekolah orang putih, sekolah convent tak silap aku semua pompuan...

Connectionnya macam ni: CkLah kenal Cikgu Lutfi sebab pernah jadi anak muridnya. Aku juga anak murid cikgu Lutfi. Tapi, kami belajar lain-lain tahun, tak terserempak pun. CkLah kenal Tasek Merah sebab Tasek Merah pernah sekolah di Convent. CkLah pula mengajar di sekolah Convent. CkLah pula kenal abang sulung aku dan aku memang kenal abang sulung aku. Tapi, aku dengan CkLah tak pernah bersua muka, cakap dalam hphone pun tak pernah. Jadi, Tasek yang dari kg Banjar tu tak berapa jauh dengan Sg. Manik, kebetulan CkLah pun tinggal dekat-dekat situ juga, manakala abang sulung aku tinggal kat Kg Bahagia, T.Intan. Tapi aku, Cklah dan Tasek tak pernah jumpa, tak pernah cakap dalam hphone. Malah nombor hphone CkLah pun aku tak tau. Tapi, aku kenal abang sulung aku tu... amacam, nampak tak connectionnya? Hahahaha

Waterlily,
Malam ni malam panas, malam gerah yang gugah gelisah.. hahaha

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ha ha ha.....aku tergelak pasal connection hang sama CkLah ngan Tasek tu...

aku yang duduk jauh ni pun faham..Azani aku tak tahu la faham ke dak!..

nampak macam blur ja tuh!..tepok dahi skit..

Insyirah said...

Uikkss...bersms dgn kak tasek. Dasat2...

Iskk..iskk...iskk...mama tahu? Muahehe.. ;p

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Kalau tak paham juga entah le.. dia kena hantuk kepala kat bucu tiang la kut .. hahahaha

Azani: best man wins.. hahaha


Insyirah,
SSSSshhhhhhh...! jangan cakap kuat-kuat, malam ni malam jumaat, jalan pun kena jinjit pelan-pelan...hehehe

ashley said...

Azani..
ha ha ha..
meh sini aku nak sambung lagi..
CKlah dulu pun pernah masuk blog aku tapi dia dah merajuk!!

ha ha ha..(apasal..tak tau..)

dia kebetulan kenal KAK sulong aku. sebab depa pernah satu sekolah..dan aku pulak MUNGKIN kenal abang dia sebab abang dia dok BANGI..kui kui kui.

manakala aku pulak berkait dengan cikgooden sebab cikgooden sebaya dan satu sekolah ngan adik pupu aku..kebetulan pulak cikgooden kenal wanlukman OKOB sebab depa satu kampung dan satu sekolah..

manakala OKOB pulak adalah kawan husband aku...ha ha ha..

lagi...
kakpah merupakan bos aku..yang mana suami dia pula mengajar kat UM..mungkin ramai yang terconnect pulak ngan husband kakpah sebab kak aku kata dia kenal...

silap haribulan Cklah juga mungkin pernah satu KULIAH ngan abang Ipag aku sebab abang Ipag aku pun orang JAWA belajag kat UM..asal usul SG BESAR...dan sedara mara pun ghamai kat TELUK INTAN gak..la ni pun MENGAJOR BM dan SEJARAH...
ha ha ha ha...

DUNIA NI DAH KECIK JER!!

kui kui kui..dan lagi satu SEPUPU cikgooden juga kawan husband aku!!

panjang panjang kanlah tali persaudaraan ini...YEAHHHH!!

AZANI said...

nizam:ok, dah mula kurang pinar pinar sikit.
cikgooden:dah habis tepuk dahi ni,oklah sikit,yang blurr tu dah start kelemaya, nampaklah objek.
Nizam lagi:dah mula nampak bintang.kira nak ok lah tu.
ashley:alamak makin poning aku, mana aku punya ponstan 500 nih..berpinau balik...

AZANI said...

dan aku pun tuam dahi yang bincut ni...alamak, lupa lak malam ni malam jumaat,3.30 pagi ni..sempat lagi baca yassin ni...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Maka kesimpulannya, Cikgooden juga termasuk dalam connection melalui Ashley+Husband dan CkLah... Dan Cklah pulak terconnect dengan aku dan Tasek Merah.

Abih tu Azani ni macam mana nak connect pulak ni? Aku takut dia merajuk tak dapat nak connect dengan Tasek Merah.... hahaha

Azani,
3.30am boleh baca lagi, sempat lagi tu. Lain la kalau Yassin tu panjang sangat sampai ke pagi. Tapi, apa de hal, bukan bulan puasa pun, boleh sarapan pukul 9am ... HAHAHHAHAH

Err... Insyirah, sila tutup mata. Ini dah kira kursus nikah kawen tahap PhD... hehehe

tasikmerah said...

selepas membaca semua komen, pertama sekali aku nak gelak. hahahahahaha.... adeh deh deh... aku sakit perut.

azani, kalau baca yaasin jam 3.30 pagi, baca sensorang le ye... tak dapat la nk berjemaah. mak adam tak layan. kena la cari ilham sendiri. tanya nizam... dia pandai bab2 ilham nih... hahahaha...

dan lagi satu, kalaulah nizam tu satu sekolah dengan aku, tak dapat aku nk bayangkan dia pakai skirt dgn kaki berbulu. dan jgn harap la nk masuk st john. kitorg reject. hahaha...

sempitnya dunia ni kan. antara kita terhubung. TM - cklah - nizam - ashley - cekguden - kak pah... tapi dgn kamu tak terconnect la pulak. nak senang ginilah. apa kata ko kecek anak dara ashley buat cawangan no. 2. baru la ada kaitan antara kita. muahahaha.....

ashley, wut say u? hahahaha....

.

tasikmerah said...

hahahahaha... azani, silap. adam tu anak YB laaaaa.... hahaha... mak anuar... adeh deh deh...

ramai benor kengkawan dah konpius daaaa....



.

AZANI said...

kursus kahwin tahap PHD...ha ha haa,geren masuk stiction, friction,bending moment dan implossion dan explossion...ha ha ha...mana tempurung kelapa aku nih....

AZANI said...

nizam.A:kena tumpang lalu lagi,
adam tu anak akulah yang paling bongsu lah TM.
Pasal bab connect ni...entahlah, aku lupa pulak macamana aku boleh tercampak kat laman korang semua, rasanya bermula dari laman mawar4560 atau GigiPalsu.
yang confirm mak adam adalah mak annuar,satu menara gading dgn cklah.
aku tak boleh bayangkan Nizam.A pakai skirt St John,kalau pakai kilt scottish tu percayalah.

apa apapun memang seronok kenal dengan anda semua,tak serik dengan telatah dan buah minda masing masing.
bayangkan kalau takda talian internet, pakai surat menyurat , macamana nak meningkah masuk tengah rancak respon merespon.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko pagi-pagi memang selalu konpius... masih mamai. Pegang sudu nak suap nasik lemak pun ingat mende-mende apa ntah.. hahaha




AZANI,
Bending? Explosion?
HAHHAHAHHAHAAA... lu memang taiko!

Wa tak sanggup lagi la nak bending meleding lagi... patah rasuk kayu karang. Explosion tu sungguh simbolik... hahahaa adeh adeh...
Pinjam jap ko punya tempurung kelapa... hahahaa




errr... Insyirah. Ni dah tahap syllabus Professor Emiritius. Hati-hati mencerna, takut salah faham lak karang...

tasikmerah said...

nizam, pagi jumaat mmg gitu. muahahaha... sudu tidak mengingatkan aku kepada apa2... lain la... err... tak de mendelah. muahahaha...

:p

azani, kalau ashley tak kasi anak dia tak pe la... bukan kata nk isi borang bini angkat ke hr tu...? muahahaha....



.

AZANI said...

nampak gayanya tak payah berentrilah aku hari ni,berkampung kat sini...


ha ha haa syllabus Professor Emeritus....ni kalau masuk politik sah sah jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

tasikmerah said...

blog ko ni dah nk kena label 18SX la... ha ha.



.

tasikmerah said...

azani, muahahahaha... aku kerja melambak nih... apa cerita tersadai kat blog dak nizam nih... haih...




.

AZANI said...

tumpang lalu Nizam.A:ini kalau kau letak toll, rasanya dah boleh cover rokok seminggu.
aaa...apa dia TM?
Nizam, bak balik tempurung aku tu...kes emergency ni...

AZANI said...

Laaa, apasal tempurung kelapa ni melekit lekit,kau salah carapakai ni Nizam.A. Orang guna untuk ketuk bukan untuk tadah..ha ha ha

tasikmerah said...

muahahahaha... apa tempurung2 nih...? bg kat aku jelah tempurung tu. muahahahaha.... :p




.

AZANI said...

Nizam.A:tumpang lalu lagi.
tak boleh dik TM,tempurung tu ,perisai kaum adam, kalau dapat kat kaum hawa,boleh gila isim nanti...

Nizam.Ariff said...

Azani,
kasi je la tempurung melekit kat dia. Dia nak sukat beras untuk masak tengah hari kut.


TM,
Tapi, aku tak jamin kalau nanti ada budak kecik panggil ko 'mama' lak. Azani dah letak Isim kaw-kaw punya kat tempurung tu. Setakat langit ke tiga tu, sekali hentak je dah sampai... hahhahahha





err... Insyirah, sila tutup mata. hahaha

AZANI said...

amboi, langit ketiga , dah masuk bab NASA ni..
Nizam.A:lama lagi ke kursus?

AZANI said...

Nizam.A:aku tak kisah kalau TM nak buat sukat beras, aku takut dia buat ganti cawan yang pecah,bayangkan ....

Nizam.Ariff said...

Azani,
Training semalam tu bukan training. Itu team forming. Ada special job yang berlansung selama 3 bulan.
Isnin + Selasa depan baru training TRIZ (sila google:TRIZ). Dua hari lagi aku gemuk... hehehe

Pasal TM tu, aku pun risau gak. Kalau betul pecah, bahaya tu, buleh luka-luka. Tak pun abrasion... isk isk bahayanya.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Akhirnya aku faham, connection antara kawan2 yang ada...link dia tempurung!


ha ha ha.....

Ashley:
hang punya penerangan detail...bagus sungguh. Buleh buat salasilah....

tasikmerah said...

azani,
aku dah tau dah tempurung kelapa nk buat apa. dak nizam dah kabor. cis! menyesal aku tanya. muahahaha.....



.

ashley said...

aku lak nak buat LASIK!!

sesambil aku pegang tasbih lalu lalang kat sini...

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Aku rasa, aku punya n3 tak de kena mengena dgn 18sx. Camne boleh melaut sampai cam ni? Hahahahaa


TM,
Cicah tauhu cicah pulut
Dah tahu tutup le mulut

Menyesal dahulu pendapatan
Menyesal bila dah tahu tak de mendenya.....hahahaha

Jangan pulak ko anti kat tempurung pulak. Tak bergulai lemak le jawabnya. Kempunan laki ko nak makan... hahaha


Ashley,
Err.. LASIK = cuci mata?

Ish. Aku kena cepat masuk entry baru la. Dah melalut dah semuanya...

Insyirah said...

Adehhh...gasak la korang. Adess...adess...

Bro, lepas ni kalau saya nak masuk blog ni kena baca Bismillah dulu. Kalau tak, nnt yg tak elok semuanya masuk dlm kepala otak ni. Na'uzubillah. Muahehe... ;p

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Cepat tazkirah kan kita orang semua... terutamanya AZANI.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com