.
Pokok Senduduk Merah memang biasa dan aku dah kenal lama. Sejak aku cilik-cilik lagi. Aku selalu gunakan cabangnya untuk dibuat lastik. Masa itu, melastik Burung Kelicap dianggap habis berdosa dan sesiapa yang melakukannya dianggap sungguh 'anti-hero'.
Boleh berbangga, "aku pernah lastik burung kelicap sampai bersepai badan dia...", kemudian kawan-kawan yang lain akan kata...."whooaaaa", kekaguman dengan kedahsyatan dan kejahatan. Pada masa itu, kalau lagi 'tak berperikemanusian' lagilah dahsyat... dari segi lastik melastik burung ini.
Pokok Senduduk Merah juga bertapak di minda aku kerana aku sering masuk-keluar belukar semasa cilik-cilik dahulu untuk menjerat burung atau mencari sarang burung-burung air kerana hendak curi telurnya untuk direbus dan dimakan dengan nasi. Ya, aku kata aku curi telur burung tetapi aku bukan Babi Tonyok yang mencuri telur Burung Merah. Pada masa itu belum ada lagi Angwy Bwird.
Bila dah sedikit remaja, aku mula tahu yang daun Senduduk Merah itu boleh melembutkan daging. Kemudian, aku dapat tahu juga ia boleh membuang rasa pahit pucuk betik jika direbus bersama-sama.
Bila aku dah remaja, baru aku tahu akan kewujudan Senduduk Putih. Remaja dalam istilah ini apabila aku ada Mama dan Mama baru sahaja mendapatkan Ariff.
Tok Bidan itu suruh Mama makan beberapa kuntum bunga Senduduk Putih. Pada masa itu, manalah aku nak cari? Sekarang ini, cari sahaja di nursery bunga. Selalunya ada.
Tapi, abang aku kata itu tak 'piaw!'. Itu senduduk belaan manusia. Apa???
Dia cabar aku, kalau aku boleh dapatkan Senduduk Putih yang tumbuh liar, yang bukan orang tanam. Sejak itulah aku akan mencari-cari kalau-kalau ada Senduduk Putih yang jenis liar. Setakat 6 tahun ini, aku belum pernah jumpa.
Di belakang rumah abang aku dulunya dusun arwah bapak (tanah itu dibeli oleh abang daripada Bapak). Dan abang aku kata, dia terjumpa sebatang pokok Senduduk Putih yang tumbuh sendiri. Dan dia katakan lagi bahawa dia pun tak perasan sehinggalah dia bermimpi. Dalam mimpinya, sejenis jin Bunian menunjukkan pokok itu.
Tapi, foto yang di atas itu bukan senduduk yang abang aku mimpikan itu. Senduduk Putih yang liar itu renek sahaja pokoknya, tak sampai separas lutut aku pun tetapi berbunga. Pokok yang di dalam foto itu benihnya aku beli di nursery. Bila dah besar, aku suruh mak mertua tanam di tepi reban ayamnya.
Senduduk Putih yang liar biasanya dikaitkan dengan alam mistik, lebih tepat lagi, Alam Bunian. Seperti mana mistiknya Ayam Hutan yang liar, Senduduk Putih dikatakan di'jaga' oleh Orang Bunian. Sebab itulah amat sukar untuk kita temui Senduduk Putih yang liar, yang tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh orang.
Kenapa payah sangat nak jumpa yang liar? Dikatakan bahawa Senduduk Putih spesis liar sebenarnya sama banyak dengan Senduduk Merah tetapi Orang Bunian akan 'menyembunyikan' pokok Senduduk Putih dari pandangan mata kasar manusia.
Sebab itulah, hanya apabila Orang Bunian 'berkenan' nak berikan kepada manusia, barulah orang itu 'nampak' Senduduk Putih itu.
Benarkah? Entahlah tetapi Senduduk Putih yang abang aku tunjukan itu memang benar-benar wujud dan aku llihat sendiri... SEDANGKAN selama ini aku selalu pergi ke situ dan tak pernah nampak pun pokok Senduduk Putih yang itu. Padahal pokok yang itu bukannya jauh pun dari rumah Bapak. Kalau baling kulit durian pun sampai...
Mistik? Mungkin juga.... Apa khasiatnya? Entahlah....
.
31 comments:
dan bukan calang2 org boleh bermimpi sebegitu..betul tak? interesting...in a meaningful way..
http://nazzman.blogspot.com/2009/01/pokok-senduduk-merupakan-tumbuhan-yang.html
terjumpa khasiatnya di sini...
Alien,
bila baca link tu, maka betullah senduduk putih memang payah nak cari yg tumbuh liar.
dia kata 'hanya di kawasan2 tertentu sahaja'. menarik tu... hahaha
pasal khasiatnya tu, jadi tok bidan suruh Mama makan sebab nak hentikan nifas kut...
tak pernah tengok senduduk tu..
SMM,
Ye ke?
rupa-rupanya elok untuk perempuan ... cuba dapatkan di nursery...
Cantik pula pokok tu tengok dlm tablet samseng ni....walaupun masih terkial kial aku gunanya! Sajer nak kabor.
Ashley,
akak ada beli galaxy samseng ke?
whooaaa... hahaha
Baru beli ahad kelmarin..tu yang terkial kial tu.
Ashley,
huishh.. mesti masih berplastik tu.. takut kena hujan... hahaha
Kat rumah saya ada pokok ni. .besar dan rendang daunnya. .kalau nak tengok boleh datang di perak. .sebelah kuala kangsar. .nak call 0149667030..memang banyak orang ambil untuk buat ubat. .nak tengok sendiri boleh la datang. .ayah saya ambil di puncak gunung ..masa potong kayu balak..
Mambang,
Oo... thanks anyway.
Dah ada sepokok kat rumah mak mertua...
Ada tak sapa sapa yg boleh to long dapatkan Saya daun senuduk putih.. Nak buat ubat Kala ada yg nak membantu boleh masage saya 0196278382
Saiful.
Skrg ni senduduk putih sudah ada benihnya di nursery bunga...cuba tanya nursery berdekatan.
Mambangg
Kuala kangsar tu dekst msna ya kampung nya
Sya baru jumpa tdi pagi pokok sendudum putih liar tu...
Kat Rengit, tempat saya, byk senduduk putih liar. Sapa berhajat dtg le...byk di tepi parit
sya sudah 3 kali jumpa senuduk putih,,tpi jumpa yang terakhir baru pohon itu mau hidup sampai skarang,tapi saya belum ada bermimpi sampai sekarang...
sya sudah 3 kali jumpa senuduk putih,,tpi jumpa yang terakhir baru pohon itu mau hidup sampai skarang,tapi saya belum ada bermimpi sampai sekarang...
baru 1st time jumpe pg td kt kk masa check rutin check up.sblm ni xperasan pn ada pokok tu.lalu2 tertarik tgk sb color Putih selalu purple
Salam..ada anak nye tak? Nak beli kalo boleh
Saya ada menam pokok ini di dalam pasu di rumah
Saya ada menanam pokok ini dirumah. Dah pun berbunga dan berbuah.
Sy tinggal di Kajang... siapa ada jumpa pokok ini kasilah tahu... e-mel sy idanradzi@yahoo.com atau talian 03-87371884. Ada jiran ni sibuk nak bunga ini buat ubat anakdanya.
Berminat utk dptkn kayu senduduk putih liar dari pulau besar..blh roje sy 012-9379794
Dulu saya pernah tanam pokok ni tapi dah mati dah tua sangat.Baru ni saya dpt lagi saya cuma ambik akar dan btgnya saja
Saya selalu jumpa pokok ni pernah saya jumpa tepi jln penuh kiri kanan tapi tak ambil selang berapa minggu lepas tu saya lalu lagi ada lagi tapi di racun org pulak semua liar bukan di tanam.Tak pernah pulak dpt mimpi ke apa
Dihalaman rumah mak di kg ada tumbuh pokok senduduk putih ni...ada 2-3 pokok.
Yg peliknya hanya dihalaman rumah mak di halaman jiran sebelah rumah x da pun
Sy ade sepokok... dpt tumbuh liar dpan umh mmber... Sy ambl dn jg pokok tu.. Betul kata awk pokonya dua jengkal dh berbunga... Masa ambl pokok tu berbunga... Masa pada sy br skali pokok tu berbunga . Pokok tu renek dh berbunga
Baru semalan jumpa dalam site masa buat kerja😁
Insyaallah kalau sempat, petang ni @ esok pagi nk pergi..ada kt hutan..
dlm kebun sawit blakang umh aku ada 5 6 pokok.byk jgk bunganya tumbuh..lpas baca artikel ni bru aku tahu.jap ag nk g pagar sawit aku.tkut dirembat mat pit
Post a Comment