Wednesday, May 20, 2009

Tentang cahaya lagi...

.


Ayah Stein kata, cahaya merambat dengan kelajuan tertinggi. Tak ada yang dapat tandingi lajunya. Itu dia kata. Dalam General Theory of Relativity, dia kata kelajuan cahaya adalah kelajuan maksimum.

Dia bagi satu contoh, kalaulah satu keretapi bergerak pada kelajuan cahaya dan seseorang berlari dari gerabak belakang ke gerabak depan, bagi orang yang berlari tu, dia rasakan dia sedang berlari laju. Tapi, bagi orang yang memerhatikannya di luar, orang tu seakan-akan tak berlari. Dan, orang yang berlari tu semakin pipih.

Sebabnya, oleh kerana keretapi tu dah bergerak pada kelajuan cahaya, orang tu tak boleh bergerak lebih dari dari laju cahaya.

laju keretapi+laju org berlari=laju gabungan mesti kurang dari laju cahaya

Aku ada cerita tentang ini:



Kisah cencurut dengan mengkura

Seekor cencurut mencabar seekor mengkura lumba lari. Mengkura setuju tapi dengan satu syarat: oleh kerana cencurut lari 10 kali lebih laju dari mengkura, cencurut kena mula 100m di belakang mengkura (-ve 100m dari garisan mula mengkura). Cencurut setuju!

Satu, dua, tiga! agak-agaknya boleh tak cencurut memotong mengkura?

Cencurut memecut laju, mengkura berlari terkedek-kedek macam toyol. Tapi, selaju mana pun cencurut lari, dia masih gagal memotong mengkura tu, tak percaya?

Ketika cencurut sampai ke garisan mula, mengkura dah jalan 10m ke depan.
Ketika cencurut sampai ke 10m itu, mengkura dah jalan 1 m ke depan.
Ketika cencurut sampai ke 1 m itu, mengkura dah jalan 0.1m ke depan.
Ketika cencurut sampai ke 0.1m itu, mengkura dah jalan 0.01m ke depan.
Ketika cencurut sampai ke 0.01m itu, mengkura dah jalan 0.001m ke depan.
Ketika cencurut sampai ke 0.001m itu, mengkura dah jalan 0.0001m ke depan!
Dan seterusnya begitu sehinggalah ke (1/infiniti), yakni = sifar

Cencurut tu tak pernah dapat potong mengkura.
Kata sahibbul hikayat, akhirnya cencurut tu malu kerana kalah dan menggantungkan diri...


Hahaha...



.

22 comments:

kakpah said...

akak tak pernah pulak nampak cencurut lumba lari dengan mengkura. nampak orang hisap curut selalu lah jugak.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Memanglah tak nampak sebab cencurut dah bunuh diri.... hahaha

Insyirah said...

Masa saya kecik dulu tak prnh plak dgr citer lumba lari antara cencurut dan mengkura. Ni citer dongeng tahun bila ni bang? ;p

Apa beza hisap curut dan rokok biasa ye? Curut lagi ada umppph ek? Dulu², zaman tok nenek saya...kalau dapat hisap curut, kira dah hebat sungguh sbb curut ni org kaya je yg mampu.

p/s: Saya tgk kat tv je...citer² Cina zaman 60-70an. Sbb tu saya tau!! ;p

tasikmerah said...

kasi rasuah sikit le ke mengkura tu. ha ha.



.

AZANI said...

Nizam.Ariff aka pencetus paradigma terkini:macamana boleh kau terfikir nak relate teori Einstein tu dengan kura dan cncurut?memang boleh di apply ni kat track Sepang oleh Sauber kalau nak menang F1.Agaknya Ferari kena mula dari TTU rumah TM,baru Petronas Sauber boleh menang.Meh kita tanya TM kalau boleh mula dari rumah dia?
TM oh TM?Aku terbayang TM jadi track girl pakai skirt St John.

tasikmerah said...

skirt st. john tu dah tinggal sejarah. aku dah buat alas kucing beranak. ha ha.

tapi tak pe la kan. aku bulih beli skirt lain. pendek lagi dr skirt st. john tu. amacam?

muahahahaha....!

:p



.

AZANI said...

Nizam:minta maaf, minta lalu,tasek madu merah dah menjawab.kalau nak pakai skirt ke tatau tak pakai ke, silakan,tapi dalam rumahle,kalau kat luar rumah takut mamak syubaidah tak boleh concentrate niaga.

tasikmerah said...

azani, buat2 macam blog sendiri je la... kata adik beradik... ha ha.

dalam rumah apa barang nk pakai skirt segala. hahahaha... (gelak bertanduk!)

hahahaha...



.

Insyirah said...

Bro.Nizam, kakak² dan abang² di sini dasat² ye. Semuanya otak advance². Saya rasa blog ni kena letak sign "18SX". Selamat skit. Nnt budak² bawah umur mcm saya ni dah tak bleh singgah sini.

;p

kakpah said...

Haah, aku pun tak boleh singgah. Aku pun bawah umur gak. Tak pahamlah apa korang cakap...

ashley said...

Nizam,
theori TENTANG CENCOROT lumba lari NGAN KOKURA???

..........apekemenda??? theori relativity????
....cam blurrrr jerr..aku rasa cahaya tu korang lutsinar kut!!!

dia LEGAP!

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Eh, citer betul le tu...
Curut ni daun tembakau piaw punye di gulung jadi sebesar jari. Kalau tinggal puntung, mak cik Kiah terus tenyeh jadi sugi... hehehe

Azani + Tasek Merah,
Aku pun geleman jugak kalau ko pakai skirt pendek paras selulit.. hahaha
Tapi, aku janji, aku tak akan tutup mata...dan aku tak akan muntah... hahaha

Insyirah,
Tak pe. Anggaplah itu sebahagian daripada syllabus Kursus Nikah Kahwin ko...HAHHAA

Kakpah,
Ye la tu kecik lagi..... dah bercucu kak oooiii! hahahaha

Ashley,
Rileks la... ko kan enjinnyor. Setakat lumba lari bermotor tu biasak la kan?... hahaha

Tu kisah dari singkapan 'convergence and divegence' dalam Engineering Mathematic je...

tasikmerah said...

aku kan kalau bercakap dgn dak azani... dak nizam... cekguden... YB... runsing tau! ternoda segala pikiran sesuci embun pagi aku nih... hahahaha..

oit! tgh training mana bulih jengok2 blog weh... ha ha.



.

ashley said...

TM,
Nizam, azani, cikgooden dan YB tu semua petang petang khamis ni diaorang ambik tanjak..
Lompatan setara ngan Cencorot..

Insyirah..
kursus PRA nikah ini tidak mendapat kelulusan dari pihak berwajib. SILA pastikan bayaran wang anda dikembalikan!!

smile...

Nizam.Ariff said...

TM,
Mana bleh tak join diskusi panas macam ni... tak boleh tak join...hehehe

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Jangan salah anggap. Kami semua lelaki budiman... (sambil urut-urut misai).. hahahaha

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

cikgu!

soalan...
cencurut tu apa?...



P/s: minta cerita satu bang!,..:)

addyaholix said...

cencurut? mengkura aku boleh agak lagi apa bang. tapi cencurut? spesis kau jugak ke bang? haha!

Insyirah said...

oooo...curut gulung2 tu. ingatkan curut besaq yg kaler cokelat tu.

Saya setuju dgn kak ashley, kursus Pra Nikah kat sini tak ikut piawaian... ;p

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Cencurut ni lebih kurang spesis jebon laa... Sejenis tikus yang muncung nye meruncing sikit dan kakinya pendek. Orang putih kata tikus kesturi ke apa ntah....

Addy,
Kalau dihitung dari segi katanama 'curut' memang ada kaitan family tree sikit-sikit. Eh, ko pun hisap menatang tu juge kan? Kita sama spesis le tu.. hahaha

Insyirah,
Eh, memang la tak ikut piawaian kursus pra nikah, syllabus kami ni taraf advanced learning and practicing.. HAHAHAHHA

Ko layan je la akak-akak dan abang-abang kat sini dek...

ashley said...

Cencorot ni kucing tak makan/tangkap!
cium bau dia pun, kucing serender..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ooooo.. patut le hari tu aku dapat jerat sekor kat longkang, aku sua kat kucing, kucing tu tengok je...

Mesti ada sumpah syilanat antara cencurut dan kucing... sape tau?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com