Monday, June 15, 2009

Dia punyai telur bersaiz super besar...

.

Huh! Memang nasib mertua baik. Dia berjaya memiliki telur yang bersaiz super besar.

Entah macam mana, mungkin nasib menyebelahi mertua, dalam 5 kotak telur asin itu kami terjumpa 2 biji yang bersaiz super besar.




Untuk perbandingan saiz, aku letakkan sebiji telur asin yang biasa kita jumpa. Orang kata, telur yang lebih lonjong itu menunjukkan anak itik jantan, manakala yang lebih bulat adalah anak itik betina. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana itik tu teran untuk keluarkan telur sebesar itu. Mau itik tu cirit-birit seminggu.


Satu lagi, orang kata kalau itik dara akan menghasilkan telur yang lebih kecil tapi padat dengan khasiat, manakala itik tua akan menghasilkan telur yang lebih besar dan kurang khasiat. Kenapa yek?


Mertua gunakan telur asin sebagai bunga telur perkahwinan anaknya baru-baru ini. Dia kata, kalau telur ayam tak tahan lama. Tapi, 2 biji telur asin super besar tu dia tak bagi diguna untuk bunga telur. Aku lupa pulak nak tanya mertua aku, dia nak buat apa dengan 2 biji telur yang besar tu.





.

8 comments:

addyaholix said...

tajuk kau memang super-duper lucah bang nizam. haha!

AZANI said...

bulan puasa tak lama lagi,inilah makanan faveret waktu sahur.

kakpah said...

berlari aku datang tengok tajuk n3 ko. Ceh.. telur asin rupanya. Telur yag besar tu mesti telur itik angsa.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

aku heran kenapa org guna telur asin untuk dijadikan bunga telur...ada sekali anak aku kupas nak makan, terjerit, babaaaaaaaaaa, masin nyer...

ashley said...

waaahhh..
kat kampung aku tak pernah depa buat telog masin sebagai bunga telog.idea baguih tuu..tak gaduh telog nak BUSUK..

Nizam,
hang ni budak MRSM ke tak ni? aku tau le hang tera fizik..BIO hang pulak lagu mana?

for your information CENGKERANG telog itik tu megeras apabila ia telah terkeluar ke dunia ini. waktu dia dok dalam kantong itik dalam badan itik tu,dia agak lembek lagi tau..

JADI time itik tu meneran telurnya ke dunia ini tak lah susah sangat walaupun telurnya itu ada yang besar....

macam kepala baby..
dia agak lembek gak sewaktu saat dilahirkan..

hissshhh..
CAKAP NGAN ORANG YANG TAK BERANAK!!
mana dia nak tau..
ceh..

Insyirah said...

Nasib baik bukan entri 18SX. Mula-mula tadi baca tajuk entri dah telan air liur. Baru nak marah... Hikhikhik... ;p

tasikmerah said...

aku pun syak itu telur angsa tu... he he.

kak ashley, telur itik manalah dia ariff. telur lain dia expert la....












telur ikan misalnya. tak gitu nizam....?

kikikikiki....

:p

Nizam.Ariff said...

Addy,
Tag line musti catchy... hahaha

Azani,
Itu pun feveret aku gak. Mertua aku datang ahad lepas, dia kasi lagi sedozen telur asin...

Kakpah,
Tak tau lah pulak. Tapi, rasanya telur itik angsa lagi besar dari tu. Telur tu tak lah besar sangat, cuma lebih besar dari average. Mungkin antara itik air dan itik angsa besarnya...

Cikgooden,
Telur asin lebih tahan lama dan org lebih appreciate nak makan. Kalau telur ayam ni tak ramai org makan.

Ashley,
Kak, telur asin lebih TAHAN LAMA. Tu sebab mertua pilih buat bunga telur.
Aku tak tau lak kat dalam lembik, kat luar baru keras.. ish..ish... aku rasa telur tu kena bomoh siam kut... HAHAHAHA

Eh, bukan ke org pompuan beranak, bersin budak pun keluar...? hehehe


Insyirah,
Telan air liur? HAHHAHAHA
Kamu nakal!

TM,
Betul3x.
Walau pun aku nak ia tahan lama tapi aku tak sanggup rendamkan telur dalam garam. Maksud aku, kesemua telur ayam dalam peti ais. Aku pun nak buat nasi goreng gak... hehehe

Bab telur ikan Mama pun lebih pandai... dia yang siang ikan. Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com