Thursday, July 16, 2009

Hangat dalam dakapan jubah berlining baldu lembut.

.

Ekoran dari 2 helai seluar yang dah kopak zipnya, aku pantas ke The Store di Alam Central. Aku ni memang pengguna yang 'fussy'. Dan aku hanya melanggan di situ untuk seluar disebabkan jenama siput sedut yang cuttingnya selari dengan fitrah bentuk badan aku dari pusat ke bawah. Senang. Aku tak perlu ke mana-mana lagi sebab jenama siput sedut itu telah terbukti membahagiakan lelaki seperti aku.


Sebelum itu, aku pernah mencuba pelbagai jenama. Bila aku tak suka sahaja, aku terus tak pakai. Itu memang perangai aku. Kalau aku suka, walau lunyai macam mana pun, aku akan pakai. Ada 2 helai seluar yang dah berjahit 2 kali di celah kelangkang. Mertua aku yang jahitkan (sebab dia ada mesin yang canggih). Dia geleng kepala, kedekut sangat kut menantu dia ni...

Bukan. Aku bukan kedekut tapi aku cerewet. Tapi kalau aku dah suka, aku akan pakai sampai bila-bila (tak gitu Mama.. hehehe).


Jadi, di The Store itu, aku sambar sehelai seluar yang baru keluar dari kotak. Warna hitam. Kemudian, aku teringatkan jubah peluh aku yang dah nak reput. Menunggang kuda api memang perlukan jubah peluh kalis air dan api rokok, macam The WIld Wild West gitew.

Belek punya belek, semuanya yang aku minat harganya RM50 ke atas. Ceh! Aku bukan nak pakai untuk bersanding (aku selalu letakkan value untuk barang yang aku beli, kalau tak sesuai dengan harga, aku tak beli). Pernah aku berbalah dengan promoter vacuum cleaner air.

Harganya RM4 ribu lebih! Aku kata, aku akan beli kalau harganya RM500 je. Dia tarik muka. Tak pe, aku selak satu-satu: plastic molding untuk casing-RM50, plastic hose - RM20, motor dan kipas assembly untuk vacuum unit-RM250, alat-alat cenonet dan screw- Rm50. Selebihnya upah untuk promoter dan untung penjual, cukuplah RM500. Ini tak, ambik untung sampai ribu-ribu!



Semasa di The Store, aku tanya beberapa pelayan wanita, kat mana boleh dapat jubah peluh kalis air dan api rokok? Dia orang gelak tapi jari runcingnya tunjukkan kepada nama seekor kucing. Aku pergi dan aku tengok ada, tapi harganya RM70! Aku tanya promoter Cina di situ, kenapa harganya RM70 sedangkan nipis je? kain jenis payung terjun je pun. promoter Cina tu kata, jenama punya pasal lo...

Dia kata, kalau nak murah ada jual longgok penghabisan stok 3 tahun lepas. Hah! Aku dah jumpa. Tebal, kalis air dan dalamnya ada lining berbaldu dan harganya cuma RM25! Inilah value for money namanya. Aku beli dua helai, satu untuk aku dan saiz S untuk Paku Payung. Mama tak payah sebab dia dah ada dua tapi tak pernah nampak dia pakai pun.

Warna tak banyak pilihan, maklumlah, jualan nak perabis stok. Dua-dua helai yang aku beli berwarna merah menyala.



Nak dijadikan cerita, Rabu baru-baru ni hujan pagi. Gerimis. Aku patah balik sebab aku teringatkan jubah peluh kalis air dan api rokok aku tu. Aku nak cuba keberkesanannya. Aku patah balik dan aku pakai. Fuh! Dia punya syok, sejuk-sejuk awal pagi dek hujan gerimis, berselimutkan jubah peluh yang berlining baldu lembut.


Memang berkesan. Setitik air pun tak tembus ke dalam. Tapi, bila aku lalu didepan cermin ofis, aku perasankan sesuatu. Aku undur balik ke cermin itu. Jubah aku nampak kembung. Dah macam jubah orang salji. Aku dah nampak macam Garfield!


Ceh!




.

12 comments:

xiiinam said...

masa kecik dulu, nenek aku selalu merungut kalau suruh jahitkn seluar sepupu sepapat aku yang selalu koyak di bahagia kelangkang....

"Kuwilah....landep banget anune...sual le suwek wae"
....itu rungut embah wedok aku....

kakpah said...

memang kau customer yang cerewet. Kau beli yang 25 hingget, bila dah kembung jadi cam garfield mungkin kau dah kena beli yang plak lagi. dah berlaku pembaziran 25 hingget. pandai engkau la labuuuu.........

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Landep banget?!!! HAhahaa
mesti sepupu lelaki tu...

Kakpah,
Tu la kak, dah rasa macam nak beli yang nipis sikit la. Tak pe, yang itu boleh pakai kalau Malaysia turun salji nanti...
Kata orang, sediakan baju sejuk sebelum salji turun.

Insyirah said...

Kadang-kadang bila beli yg murah-murah, nanti cepat rosak pula. Lepas tu dah kena beli yg baru. Dua kali kluar duit beli benda yg sama. Kalau mcm tu, baik beli terus yg berkualiti walaupun mahal sikitttt. Biar puas hati dgn barang tu, dan puas hati dgn duit kita sendiri.

addyaholix said...

ko memang cerewet bang. dan aku rasa ni bukan dah kes nak jimat tapi ko memang kategori kedekut. berbelanja lebih untuk sesuatu yang boleh pakai dalam jangka masa panjang apa lah salahnya bang =)

garfield? aku syak itu perkataan paling sesuai. aku mula bayang garfield dalam sut pramugara. gila kacak bang. haha!

ashley said...

Kiranya garfield yang naik kuda api, maka boleh tak aku bayangkan SARKAS?

..mesti ramai yang kagum NIH!

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Tak pe, baju tu ada gunanya... worth to buy but maybe not right now. Nak beli satu lagi le... tapi nak beli kat Uptown. Baju bundle! Amacam?

Addy,
Ooo... ko kutuk aku yek...
Muka pramugara, badan sikit lagi..
Hahaha

Ashley,
Aku sarkas bergerak: mengayuh beskal sambil jugling rokok sebatang. Beruk pun tak boleh macam tu... HAHAHHA

kucingorengemok said...

garfield comel, takpe...

tasikmerah said...

ala tomey tomeynya garfield.... cubit sikit boleh...? hehehehe...

:p


.

Nizam.Ariff said...

kucingorengemuk,
Err... aku comel?!!
Yay!


TM,
Nak cubit tu memang boleh, bergantung nak cubit kat bahagian mana. Cubit tapak kaki buleh?
Hehehe

addyaholix said...

bukan ngutuk bang. masa aku naik jet airways dulu, ada je pramugara nya macam bapak budak. badan tak payah cakap. ko cubalah apply. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Bukan nak cakap la, ko salah tengok tu. Tu bukan pramugara. Tu dia punya PIlot la... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com