Friday, November 6, 2009

Air suam untuk pagi yang sehat

.


Inilah wawasan orang kita.
Pagi bersarapan ala kadar: beberapa kerat roti Perancis dan air suam. Sekadar mengalas perut.



10.00am. Buat air di pejabat dan beberapa keping biskut kering.

"Pekat air kopi tu bang..?"
"Takpe, pagi tadi minum air suam je..."



1.15pm. Makan tengahari.

"Aik, teh ais pulak..?"
"Alaaa... pagi tadi aku minum air suam je...!"




4.30pm. Buat air di pejabat (lagi).

"Segelas lagi air kopi....?"
"Aku pagi-pagi amalkan minum air suam je, kira ok la..."



8.30pm. Lepas makan malam.

"Yang, buatkan air kopi O 'kaw' secawan..."

"Kesian ye, pagi-pagi sarapan dengan air suam je..."





.

10 comments:

Tijah said...

wakakaka. org yg kena buat kopi mlm2 tu tertipoo kann?

tasikmerah said...

aku tak amalkan itu. pagi2 kena ambil makanan yg berat. tengahari ringan sikit. dan malam paling ringan.

tapi bila tahun aku nk kurus pun entahlah.

hahahaha...



.

kucingorengemok said...

macam deris je...

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Rasa bersalah pulak la... hahaha

TM,
Aku pun nak cuba buat macam tu jugak la.. cuma, tengah-tengah malam kadang2 aku terasa lapar. Makanan apa yang paling ringan ek?


KOG,
Err... deris yang macam orang tu kot... hahaha

tasikmerah said...

makanan paling ringan? oooo... yg itu aku syak ko kena tanya mama lah!

hahahaha...

:P


.

ashley said...

wa ka ka..
ko memang kaki trick la NIZAM!

waaahhh TM!!
Breakfast like a king!
Lunch like a queen!
Dinner like a pauper..


hehehe

Insyirah said...

Kang overdose air manis2 plak. Hishhh...try belajar sepanjang hari minum air masak aje. Hehehe.

Mujur bakal suami bukan org yg suka minum air manis2. Kalau tak, wa yg pengsan nanti. Heeee :p

Nizam.Ariff said...

TM,
Ok. Aku nak tanya lagi malam ni... hehee

Ashley,
Kak, itu bukan cerita sebenar aku. Itu cuma sketsa je kak. Sketsa kebanyakkan orang kita.. hahaha.
Itu bukan aku... Aku sarapan nasi lemak selang sehari...hehehe


Syirah,
Itu bukan aku la... aku minum teh tanpa gula. Kalau buat kopi pun, aku pakai gula perang... hehehe
Sekali sekala je aku pekena teh tarik...

secangkir madu merah said...

sudah mula amalkan breakfirst dan dinner makan quakeroats...saja.
Lunch dgn nasi, of course..
amalkan diet yg sihat jgn sampai tahan tak makan langsung

Nizam.Ariff said...

SMM,
Aku tak tertahan nak tahan-tahan makan nasi kak. Tapi sekarang ni, nasi sikit je, lauk dan sayur 2 jenis setiap satu. Kadang2 kita ni nak makan sebab lauk yg sedap, bukan sebab nasi yang sedap. So, kalau suka lauk, baik ratah lauk je, kan kak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com