Wednesday, November 10, 2010

Moh kite ke kuale..... part 3

.

Usai sarapan pagi di rumah rehat itu, kami bergegas mengatur aturcara lawatan. Seperti biasa, Ariff menjadi pengatur-cara. Mula-mula, kami melawat sini:


Masjid Ubuddiah


Kemudian, kami melawat Istana Lama (Istana Kota) tapi tak boleh masuk sebab sedang dibaikpulih. Aku sempat 'snap' kubah Istana yang baru di sebelahnya. Kubahnya bersinar, menyala-nyala dipanah cahaya matahari. Bak api yang memakan minyak zaitun, hampir bersinar dengan sendirinya. Aku syak, kubah itu disepuh dengan tembaga cair.


Kami beredar ke Galeri Istana tetapi pintu pagar belum dibuka lagi. Pukul 10am baru buka, kata abang di pondok pengawal. Tak mengapa, kami bertolak ke Kampung Sayong dulu. Mama baru tahu yang Sayong adalah nama sebuah kampung yang ada kena mengena dengan labu sayong.


Kami singgah di sebuah gerai yang terletak agak jauh ke dalam dari jalan raya. Mama pillih-pilih pasu besar untuk gantikan pasu seramik yang punah dihempas (arwah) Jagad. Aku tak kisah apa pun yang Mama pilih tetapi aku mahu satu juga. Aku mahu tempayan pekasam.


Abang yang ada di situ kelam kabut, katanya, dia tak buat tempayan pekasam tapi ada 2-3 buah tempayan berukir. Aku belek-belek dan aku lihat mulut tempayan itu kecil menyerupai tempayan pekasam. Aku beli yang itu. Sembang punya sembang, rupanya mertua dia ada di kampung aku.


Labu Sayong


Sebelum kembali ke rumah rehat, kami singgah semula di galeri istana. Kami habiskan masa lebih 1 jam di situ menemankan Ariff yang kagum melihat barang-barang sejarah dan peribadi Sultan Perak. Melihat syiling-syiling emas di situ, kami pun teringatkan syiling kami yang entah di mana. Tengah hari itu, kami ulang semula makan laksa kuale dan rojak campur di tepi Sungai Perak.





.

6 comments:

Tijah said...

aritu kat sikamat (sbn) ni ada org jual laksa perak. ada ek? sedap tak? ingat esok nak try la. cam teruja tgk iklan dia.

tasekM said...

aku syak 7 part baru sudah cerita kuale nih...

:p



.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Ko cuba la dulu, aku ni tak pandai makan laksa. Tapi, kalau tak silap, laksa perak ni sedapnya pada mee laksa je, kuahnya agak cair...

TM,
Ok la... aku masuk bab lain la dulu..

kucingorengemok said...

dah arwaaaahh si jagad (cakap stail orang tua² dulu²)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku agak je Jagad dah arwah... hehehe

Mohd Hairul said...

Bestnye makan rojak campur... nyam..nyam..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com