Friday, December 17, 2010

Lebarnya selebar lautan yang luas...

' Ence mau makan apa ? ' tanya pelayan lelaki berbulu lebat dengan penuh sopan.

Aku panggung kepala kepada Mama. Mata Mama berputar ligat nak fikirkan makanan apa yang dia nak pesan. Ariff awal-awal lagi dah kata 'Koew Teow Goreng Stail Mamak'.

Akhirnya, aku pesan tosei. Mama pun ikut.

'Tosei apa mau..? Tosei tulur, tosei garlic, tosei paper...?' tanyanya lagi.

'Kasi tosei paper' kata aku. Mama pun ikut.


Ariff berkerut dahi.

'Abah mintak paper yang mana, berita harian atau utusan?' tanya Ariff.

'Mamak, itu tosei paper kasi Utusan punya !' pinta aku.

Mamak itu angguk sebelum hilang di belakang sana.


Selang beberapa minit yang agak panjang, ini yang sampai:






Dah macam kertas kajang lebarnya....!



.

8 comments:

addyaholix said...

ariff patut masuk raja lawak. nanti kalau jimmy trek selebriti terjah rumah, sure ko dan mama masuk tivi bang.

addyaholix said...

btw, tosei utusan ko nampak gempak bang. macam sedap. aku harap rasanya tak macam kertas kajang.

Aku said...

Addy,
Rasanya memang sedap tapi nipis sangat... rapuh...berderai.

addyaholix said...

aku suka yang ampuh. aku dah bayangkan yang bukan-bukan.

kucingorengemok said...

nak kecik sikit mintak metro... tapi isi bersepai!

Aku said...

Addy,
Ko patut kawen.. hahaha

KOG,
Kalau nak kecik lagi dan banyak misteri...mintak Mastika.. heheeh

ashley said...

wakakkakakakkakakkkka..
yang TERhebat!
boleh atasi blog KOG dah nihhh..

Aku said...

Ashley,
Shhh.... KOG marah karang. hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com