Monday, December 20, 2010

Petang itu senjanya penuh kelkatu yang hilang sayap-sayapnya...

Pandanganku pudar pada langit.
Siang itu malamnya sejuk. Malam itu paginya rembas.

Dan pada pagi itu petangnya mendung. Mendung yang membawa kepada malam yang gelap dan rimas. Bukan 'gerah' akibat panas tetapi rimas kerana sahutan aku tidak dijawab oleh para bintang di langit. Kencana Dewi sang 'gusti-alah' seakan-akan menutup tirai langit itu. Hijab langit yang lutsinar menaruh geram dan rindu dendam pada cahaya panduan.

Berderap harapan jatuh patah riuk ibarat ranting kering ditimpa 'blarak' kering. Sang kelkatu yang terbang senja tadi hilang sayap-sayapnya. Cahaya 'sentir' minyak tanah terlalu 'ashiq' baginya.

Mari kelkatu senja, mari kudodoikan tidurmu...



...dengan petikan solo dari jari-jemariku.


.

4 comments:

ashley said...

nyanyi pelan pelan ye..terkejut kelkatu kang..

Aku said...

Ashley,
Rock mana bleh nyanyi pelan-pelan... paling tidak kena teran kat halqum kasi cabut...hahaha

tasekM said...

hujung jari macam jari anak dara. hujung je laaaaa...

:p




.

Aku said...

TM,
Jari aku memang lentik...itu komen mertua aku. Agaknya, tu sebab dia pinang aku... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com