Monday, January 3, 2011

Panggilan Pulau Besar dari Umbai

Pak Najib dengan berbesar hati mengurniakan cuti umum pada Jumaat 31 Dec 2010. Aku dengan berbesar hati menerima pengumuman itu dengan mengemaskan kain-baju ke dalam beg. Aku menuju Melaka, bandar yang penuh bersejarah itu.

Tujuannya: pergi ke Pernu-Umbai. Bukan niat untuk makan ikan bakar yang terkenal itu tetapi untuk bertemu dengan seseorang yang tinggal di belakang deretan kedai ikan bakar di situ. Usai berurusan, kami dijemput untuk ke gerai ikan bakarnya. Bukan makan percuma tetapi kena bayar juga dengan sedikit diskaun.

Petang itu, sementara menunggu ikan dibakar, sotong di tepung-gorengkan dan kerang disalai, kami semua (kecuali ayah mertua) berjalan ke hujung tanjung. Aku lihat ada beberapa buah pulau di laut lepas.


Keesokkan harinya, kami pergi ke Pulau Besar dengan menaiki bot dari pengkalan Umbai. RM100 pergi dan pulang untuk maksima 8 orang satu bot. Pulau Besar tempat bersejarah. Aku ada baca sedikit tentangnya.


Pantai yang bersih, pasir yang halus


Tujuan aku ke situ: untuk ziarah makam Sultan Ariffin dan teman-temannya yang bersemadi di pulau itu. Setelah ziarah, aku bersolat sunat dan fardhu di surau di dalam kompleks makam Sultan Ariffin, mengambil sedikit keberkatan ilmu yang beliau ada dan mengenang kembali perjuangan beliau mengembangkan Islam ke Melaka.

Memang ramai kaum India dan India Muslim datang ke situ. Malah, ketika aku mahu keluar dari surau itu, beberapa India Muslim memberikan aku 'ladhu' atau manisan dan buah pisang. Sebelum ke makam itu, aku ada ziarah makam Tok Janggut berhampiran Muzium Pulau Besar, tidak jauh dari jeti feri dari Anjung Batu. Aku lihat ada sesikat pisang tergantung pada pintu pagar makam Tok Janggut. Perut lapar, aku bedal seulas. Aku tak pasti sama ada pisang itu pisang 'sedekah' atau pisang untuk puja nombor ekor, yang aku pasti, itu rezeki yang tak patut disia-siakan dengan cara begitu.


Setelah usai bersolat di surau itu, kami berjalan-jalan di pantai selatan pulau itu hingga ke hujung. Jiwa aku tersentuh apabila aku terlihat sebuah batu besar yang ditulis dengan cat merah:

"PENYESALAN DAN PENDERITAAN ITU ADALAH BERTAUBAT"

(Cerita ini juga aku ada tampal di sini... )

Ya, Pulau Besar banyak dikunjungi oleh ramai orang, termasuk golongan sufi dan mereka yang ingin bermunajat. Aku? Aku sekadar berziarah sambil 'menyuci' jiwa dengan melihat kembali diri aku yang kotor ini. Juga akibat tersentuh dengan tulisan pada batu itu. Ia mengingatkan aku.


Terdapat beberapa kolam air tawar buatan yang hanya beberapa meter dari gigi pantai. Kolam itu tidak masin dan tidak payau. Sejuk dan segar.

Perigi air tawar...sejuk


Aku tak sempat berjalan sekeliling Pulau Besar itu. Aku rasa, aku akan ke sana lagi sedikit masa lagi. Kali ini, aku akan lebih bersedia.




.

13 comments:

AZANI said...

salam zam
aku ada juga ke jeti pulau besar
cuma ke pulau tak pernah lagi...

Aku said...

Azani,
Kalau ada masa, pergilah ziarah...tgk sendiri keadaan di sana.

Melati Putih said...

Sesekali bercuti di pulau, sangatlah mendamaikan jiwa raga.

Aku said...

Melati,
Jom kita pasang khemah pulak nak?

ckLah@xiiinam said...

Waah...ckLah belum sampai situ lagi..

ashley said...

Memandai je bedal pisang...balik sakit perut guling guling baru tau!!

Aku said...

Cklah,
Menarik gak tempat tu cikgu. tenang je..

Ashley,
Rezeki kak, jangan tolak... hehehe

hairul392 said...

Nak ikut...

Aku said...

Hairul,
Aritu ajak tak mau ikut... Dak An pun tak jadi ikut...jaga budak kecik.

tasekM said...

sebut umbai-pernu ni aku teringat yb. makan kat gerai no. 1 tu. meja sebelah2. aku cam dia. tapi dia tak kenal aku. ha ha.

ko rasa aku cam tak ko kalau terempak kat situ...? he he.



.

Aku said...

TM,
Aku makan kat gerai no.1 gak la.

Aku rasa ko tak cam aku. Ye, la.. aku ni bukan femes cam ko. Aku mungkin cam ko sebab ko femes...hahaha

tasekM said...

gerai no. 1 terbaik la aku rasa. pernah gak try gerai lain. tak kena dgn tekak aku.

ko jgnnnnn... aku tgk kuku je pun bulih cam org.

sila takut sekarang.

ha ha.



.

Aku said...

TM,
Prrrr...prrr... menggeletar aku hatta melihat bayang-bayangmu.. hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com