Saturday, January 8, 2011

Pembunuh sosial secara senyap...

Beberapa minggu lalu, aku pulang ke kampung halaman. Memang akhir-akhir ini aku selalu berhujung minggu di kampung, sama ada di Melaka atau di Perak. Mana-mana yang bolehlah. Kadang-kadang itu kerana urusan, kadang-kadang itu kerana rindu dan kadang-kadang itu kerana aku mulai bosan dengan hidup.

Hidup di bandar sebegini. Banyak sangat cabaran, dugaan. Adakalanya, aku rasa kalah. Banyak kali juga aku rasa mahu mengalah. Harapan. Tali harapan masih tinggal selembar untuk aku gayut. Berapa lama ia boleh bertahan gamaknya...?


  • Satu hari hujung minggu itu, aku beli sardin dalam tin 'cap 3 ayam berkokok ganteng' di sebuah kedai runcit. Harganya RM5.00. Aku bayar sahaja kerana aku malas nak tanya. Dah boleh diagak jawapannya. Aku ada beli sardin jenama yang sama di bandar ini di sebuah pasaraya gergasi. Harganya RM4.29. Berapa banyak jurang harga antara bandar dan kampung. Antara pasar borong dan kedai runcit.
  • Selalu aku beli sayur kampung di pasar malam di bandar ini. RM1 untuk secekak yang hanya muat-muat mulut aku. Atau kalau tak keterlaluan, layak hanya untuk menyungkil tahi gigi. Sedangkan di kampung, RM0.50 untuk secekak yang boleh diulam oleh 3 orang. Ironinya, itu pun aku tak beli sebab aku boleh dapat bercekak-cekak di kebun sebelah secara percuma. Malahan, kalau nak lagi segar, makan nasi disebelah pokok itu dan setiap suapan, gigit ulam itu terus dari pucuk!
  • Pada satu malam minggu lepas, Ariff nak minum 'air cap badak berkaki tiga'. Nak kurangkan panas badan dengan mineral Gipsium, katanya. Oleh kerana malas nak henjut kuda kepang malam-malam, aku berjalan ke kedai runcit di dalam kawasan rumah. Harga sebotol RM 2.00. Sedangkan, kalau aku beli dikedai 'kulit siput kapis' di luar pagar sana, harganya hanya RM 1.70. Dan kalau aku lebih rajin pergi ke kedai runcit di deretan kedai jauh sedikit, harganya RM 1.50. Dan kalau rasa nak beli 1/2 dozen, harga sebotol akan lebih rendah.
  • Kadar untung ASB setahun biasanya sekitar 8.5%. Dan setahun juga zakat dibayar 2.5%. Manakala inflasi pada 4 - 6%. Berapa nilai semasa dan nilai hadapan sebenar duit simpanan itu? Macam tak berubah. Itu kalau duit simpanan. Kalau pendapatan naik cuma 3% setahun sedangkan inflasi 4%-6% setahun, nilai pendapatan aku merosot sebenarnya. Itu belum lagi harga rumah yang naik macam roket pakai enjin turbo kembar empat.
  • Pasar malam yang lepas, aku ubah sikit perbelanjaan dapur. Kali ini, Ikan Gelama Masam Masin menjadi menu aku. Semalam, makan tengah hari aku berlaukkan Ikan Bulu Ayam Masin sahaja. Janji perut kenyang.

Corak pemakanan aku semakin berubah. Kalau dulu sanggup beli sayur organik, beli kacang pun organik, tauhu pun organik, air soya pun organik. Sayur berdaun yang murah tapi kaya dengan racun pun aku tak sentuh.

Kali ini, aku terpaksa  ketepikan aspek kesihatan. Beli sayur yang banyak racun. Makan ikan masin yang banyak garam tapi peduli apa. Arwah Bapak aku dulu pun suka makan ikan masin juga. Semalam, aku cakap pada Mama yang menu aku dah sama macam menu arwah Bapak aku.


Mungkin ramai yang kurang sedar. Kebanyakkan kita akan abaikan aspek kesihatan diri bila ekonomi keluarga mulai terjejas. Ya lah, kalau jaga sangat kesihatan nanti mati tak makan. Kalau ubahsuai hidup jenis hentam keromo janji ada duit simpan pun mati sakit pula. Sama saja...





.

11 comments:

Aku said...

Aku dah tercium bau ikan masin dari jiran sebelah. Aku dah kata, corak pemakanan dah berubah... hahaha

Anonymous said...

kalau dulu. ikan masin tu makanan org susah.

tapi sekarang. orang susah pun susah nak makan ikan masin sebab ikan masin lagi mahal dari ikan segar.

sekilo ikan kembung misalnya rm 8.5o. ikan masin kembung sekampit kecik tak berapa ekor kat dalamnya dah dekat 7 ringgit.

baik makan ikan segar je.

tapi kalau ikan gelama. segar mana sedap ye dak? gelama masam la baru menendang.




-bini angkat maher zain yg malas nk sign in-


.

Aku said...

TM,
Ikan gelama masin boleh makan sikit-sikit, jimat. Lepas ni aku nak buat telur itik asin pulak la.

Ada iklan lagi. Aku dah klik.. kayo la ko... hahaha

kakpah said...

ikan bilis yang baik punya dah lebih duaploh hengget sekilo. tigaploh hengget sekilo pun ada. kena beli yang sekilo sepuluh hengget je. Buleh makan sebulan tapi kena blender dulu atau tumbuk hancur sebab keras macam batu. Digoreng pun macam kulit kerbau kerasnya.

patutlah sekarang senang nak dapat penyakit. Yang untung? hospital swasta.. sebab toke2 yang mengaut untung pun jatuh sakit gak.

weh.. panjang aku menceceh..

secangkir madu merah said...

salam, sedapnya ikan masin jeruk makan dgn nasi panas2 kan? aromanya saja sudah buat aku telan liur...gulp!

Aku said...

kakpah,
Itulah yang aku cuba utarakan di sini. Sesetengah orang, kalau ekonomi turun, kebajikan diri pun turun. Tapi kalau ekonomi turun, dia kawal perbelanjaan dengan berpuasa (sama ada puasa sunat atau 'puasa mata dan kaki' dari membeli belah) sayugialah kesihatannya kekal segak... hahaha

SMM,
Aku rasa macam nak ingat balik makanan ringkas dan ekonomi masa kecil dulu-dulu. Dulu, mak buat lempeng pisang cicah sambal tumis pun dah sedap. Lagi-lagi kalau dimakan ditepi batas sawah selepas penat menanam padi.. fuhh!!! sodap kak!

ashley said...

tak komen, aku kesian memabca keluhan seorang bapa beranak sorang ni..
tapi kalau komen pun macam tak bermakna apa apa..
.
.
.
barang tetap naik naik dan naik harga..
.
.
.
kalau dulu, gaji 3 ribu dah kaya raya..
sekarang gaji 3 ribu macam nilai 3 ratus je!
.
.
kalau suami bagi 50 hinggit sehari pastu susu anak pulak kehabisan, merapak berhutang kat kedai runcit!!

Aku said...

Ashley,
Susu tepung kalau dulu zaman Ariff baru RM26, skrg ni dah jadi RM45. Sekali ganda dalam 10 tahun je. Takkan nak catu susu budak kot? Kalau org tua dulu-dulu, dia dah bagi air 'tajin'... air kanji masa tanak nasi tu.

arif said...

tapi kualiti pun kena diutamakan .

sue... said...

mesti ada tapi ayat arif tu.......kalo takder tapi tak boleh ker?misalnya.....walau bagaimanapun kualiti mesti diutamakan..kan ker sedap ayat tu.....

Aku said...

Arif,
kualiti berkait rapat dengan kos, anakku...

Sue,
dua dua pun boleh, ia memberi maksud disebaliknya...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com