Saturday, February 19, 2011

Hainan versus Hailam

.

Arwah bapak aku pernah ceritakan tentang satu kedai makan yang terkenal dengan kopi Hailam. Katanya, kopi Hailam memang pekat dan 'power'. Ok, bapak aku tak sebut 'power' sebab perkataan tu terlalu berunsurkan 'rock' baginya. Tapi, itulah yang aku 'tangkap' dari maksud dia itu.


Katanya lagi, ramai orang kampung akan datang minum kopi Hailam dan roti bakarnya. Roti bakarnya dibakar atas arang, maka roti itu berbau asap agaknyalah, 'smoked toast' mungkin. Kedai milik Cina ni bersih dan dia orang tak masak benda-benda najis sebab kedai mereka ada dalam masyarakat Melayu. Kira-kira restoran Cina 'halallan-toyyibah' pertama di Malaya kut. Aku kata Malaya dan bukan Malaysia sebab ceritanya ini dalam era sebelum Singapura merdeka. Tapi Todak dah pernah langgar Singapura.


Hujung minggu lalu aku sempat singgah di sebuah restoran Cina terkenal di Tg. Malim, dekat simpang empat yang itu. Aku pesan Mee Hainan.


Bila dah separuh pinggan baru aku perasankan sesuatu, Mee Hainan tu kuahnya berkicap, yang macam biasa-biasa aku pesan dulu-dulu tetapi namanya sedikit lain. Dulu, aku biasa pesan Mee Hailam. Aku jadi mosykil, Mee Hainan tu samakah dengan Mee Hailam yang orang Melayu selalu masak?




Dan bila lihat kopinya yang pekat itulah aku teringatkan cerita arwah bapak aku tentang Hailam.




Lihat cawan kopi tu. Dah merekah-rekah. Dah retak seribu.
Tapi, yang merekah dan retak seribu itulah juga yang 'ummphh'... antik.

Rasanya lebih sedap walau kopinya biasa-biasa sahaja, kopinya tetap sama hitamnya.






.

13 comments:

kucingorengemok said...

kopi sama hitam, kaw lain-lain

hairul392 said...

masih ada lagi cawan tradisi ni..

buah kedondong said...

Moh kita bersoreh dgn orang Hainan ;)

AZANI said...

salam zam
Yik Mun ke?

Tijah said...

kicap tu...misti cap po-po kan? yg gambar bayi meniarap tu. hehehhe...

tasekM said...

kicap tu ada babi la jah. mana bulih makan!

tuduhannnnnnnnnnn....

:p







.

Aku said...

KOG,
Wow.. bulih buat peribahasa baru tu...

hairul,
Aritu ada nampak kat pasar ahad, barang terpakai, barang lama, sebiji dia jual 5 hengget...

b.kedondong,
weh.. bersoreh tu mende?

Azani,
aku tak nak ngaku tapi ... 'ya'...

Tijah,
Aku tak tahu kicap apa yg dia pakai. Bukan ke kicap po-po tu kicap masin? Aku makan mee tu tak masin pun walau gelap pekat semacam jer...

TM,
Ah ko... ada logo halal lagi. Aku pernah beli.

errr.. tak taulah kalau logo tu dicetak kat Balakong... hahaha

buah kedondong said...

Isk org perak kemende nih...
Bersoreh=bersembang tentang asal usul dsb

Aku said...

b.kedondong,
Aku jawa kacuk cina la... lahir je kat Perak... hahaha

ashley said...

AKU,
ko kalau ambik gambar makanan mesti tak rasa berselera nak makan...
.
.
hahaha
.
.
.
peace..

tasekM said...

skill mencari gaduh kak ash ni bulih tahan juga nih...

he he.







.

Aku said...

Ashley,
Kalau berselera memang tak sempat nak ambik dah abis...

TM,
.. kak Ashley in the making... hahaha

ashley said...

TAS,
.
.
.
gaduh dalam kebahagian!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com