.
Entah kenapa zaman sekarang ni cermin kereta cepat sangat ada kesan watermark. Adakah sebab cermin kereta sudah kurang kualiti atau air hujan semakin berasid.
Entri ini bukan marketing, hanya nak berkongsi cerita. Bahayanya watermark ini bila memandu pada hari hujan atau berkabus, tak nampak kereta di depan atau belakang, lebih2 lagi kalau kereta jenis sedan (tak ada rear wiper).
Bermacam cara aku dah cuba:
Aku pernah beberapa kali ke car spa untuk hilangkan watermark. Kosnya memang mahal, beratus ringgit dan kesannya memang hilang. Tapi hanya bertahan dalam 6 bulan kalau masih park di bawah langit. Nak ulang hantar setiap 6 bulan, tak termampu rasanya.
Aku cuba petua supaya jirus air paip setiap pagi atau selepas hujan. Tak berkesan juga. Al maklumlah, kalau hujan tengah malam, takkan rajin nak bangun dan jirus. Nak selimutkan dengan plastik setiap hari, seganlah pula tapi rasa-rasanya, itulah yang lebih efektif.
Aku google dan terjumpa beberapa petua. Antaranya lap dengan cuka. Aku cuba dan tak berjaya. Aku cuba dengan bikarbonat, juga tak berjaya. Malah aku pernah cuba guna asid untuk cuci jubin lantai bilik air, juga sama.
Akhirnya semalam ada ternampak satu produk, katanya khas untuk cermin kereta. Aku beli untuk cuba.
Sah ianya berasid sebab apabila terkena tangan, kulit rasa macam licin...terhakis. patutlah disuruh guna sarung tangan getah dan kena jirus air banyak2 kalau terkena cat
Kesannya agak memberangsangkan tapi tengoklah nanti berapa lama boleh bertahan. Kalau ikut seperti yang disyorkan, sebulan sekali. Harganya pun ok juga, guna sikit-sikit.
.
23 comments:
Best jg ni ..terima kasih infor ni ya
Etuza
Sama2.....
pernah nampak ni kat tesco. x terlintas nak beli, bila dtg balik nak beli stok xde. sedih gila.
Berapa hrga n boleh dapat kat mane ekh brg tu?
Unknown.
Aku beli kat hatdware je. Tesco n giant pun mgkn ada...
Aku pakai NAL pencuci cermin..beli kt fb..watermark hilang cermin kilat mcm baru
https://www.facebook.com/NAL-Pencuci-Cermin-Kaca-686028184941563/
nak cari product WATERMARK REMOVER ..!!!
PASTI NYA ANDA NAK MURAH...!!
BERKUALITI ...!!!
WASSAP
"WATERMARK REMOVER "
01111-677-464
CONFIRM anda tak cari yang lain ...!!!
SAYA ADA JUAL WATERMARK REMOVER JENAMA KEENPLUS 120ML HARGA RM30 SHJ.
WATSAPP SAYA UNTUK LEBIH DETAIL
www.wasap.my/601151918991
www.wasap.my/601151918991
SAYA ADA JUAL WATERMARK REMOVER JENAMA KEENPLUS 120ML HARGA RM30 SHJ.
WATSAPP SAYA UNTUK LEBIH DETAIL
www.wasap.my/601151918991
www.wasap.my/601151918991
pm kt sy 0176545302
pm sy di no 0176545302
Yang jual iklan mahal harganya
Yang jual iklan mahal harganya
Pm 0107734194... tq
Dh guna benda ni tp abis cermin depan kadi calae
Bro..jadi kelabu eh?
Pernah pakai..retak cermin depan kereta..mungkin bnyk sgt kot letak nye..pastu cermin side mirror guna ni jgk..hbis jd kelabu..
Pernah pakai..cermin depan retak..kena tukar cermin baru..tk berani pakai da..letak bnyk sgt kot..bnde ni jnis asid..pastu pki kt cermin side mirror..hbis jd kelabu..kikiki.
Haah la... Mcm ada kelabu sikit. Mungkin dia kikis js kasar kut
Mana nak cari watermark cleaner ni
Kat hardware...mr DIY
Aku punya cermin dah berkabus bila waktu pagi bila dah guna produk mcm ni. Kena guna wiper pulak. Sebenarnya produk mcm ni tak boleh sapu pada laluan wiper.
Pastu biat mcm mana jd kelabu
Post a Comment