Thursday, February 17, 2011

Lu pergilah... Anjing.!!! Oh... inikah hidup ini?

.

Kata sesetengah orang kalau mahu lihat erti hidup yang sebenar, pergilah ke lorong-lorong belakang, pasti kita akan ketemui 2/3 daripadanya.1/3 lagi, sangkutkan mata-matamu pada birai tingkap Nako di bangunan-bangunan tinggi melangit. Manakala selain daripada itu adalah bayang-bayang, semua adalah mimpi enak.


Aku susun langkah kaki ke lorong belakang itu, berderap bunyi cawan jatuh dan pinggan plastik yang kotor bersepah-sepah di lantai lorong. Nyaris kari ayam dan babi panggang kena pada aku, najis! Apa yang digaduhkan sepasang Cina tua itu? Entahlah, aku mahu tahu tapi aku tak mahu ambil peduli. Aku tercangak-cangak. Bau busuk air longkang yang hitam tersebar ditiup segugus angin, pekat menusuk lubang hidung.

' Lu apa mau? Lu pergi..... ANJING !!!'


Aku berundur. Aku lemparkan senyum tawar tanda mahu bersaudara. Sambil itu, aku masih tertanya-tanya, apa yang digaduhkan tadi. Aku kerutkan dahi aku seolah-olah meminta lelaki Cina separuh abad berikan jawapannya.

' Syooh..! Syoohhhhh.. Lu memang sial ...!!'


Baiklah, aku pergi dari situ bukan kerana amarahnya. Aku tak takut dengan marahnya tetapi dek bau masam arak yang keluar dari mulutnya. Najis! Aku teruskan langkah aku sehingga ke hujung lorong.


Di sepanjang lorong itu aku jumpa lelaki-lelaki terbongkok-bongkok menjadi doktor peribadi, aku lihat melati putih yang sebenarnya hitam warna kelopaknya, aku lihat kepura-puraan diteguk dengan rakus dan ketawa yang kasar-kasar, aku lihat dosa-dosa menjadi baju kurung dan selendang yang cantik-cantik warnanya, aku juga lihat kejujuran dan ikhlas pada helaian kertas suratkhabar lama membaluti daging-daging busuk. Kejujuran dan keikhlasan apa kalau begitu?


Di seberang jalan di hujung lorong itu ada sebuah taman dengan rumput yang hijau dan indah. Cantik. Kanak-kanak riang bermain, berlari-lari ke sana-sini. Manakala si ibu dan bapanya termenung panjang melangak ke dada langit putih yang disebaliknya hitam sebenarnya.


Mereka melangak sambil berkerut-kerut dahinya, memikirkan muslihat apa lagi, memikirkan tipu-daya bagaimana lagi, memikirkan cirit dan tahi apa lagi yang mahu dilemparkan. Demi wang. Demi keluarga. Bukan! Demi wang sebenarnya. Manakala keluarga itu cuma igauan ngeri baginya. Namun  begitu dia masih mampu lemparkan senyuman kepada anak-anaknya setiap kali bila diminta berbuat begitu. Terpaksa. Payah.


" Tak boleh bawa Anjing ke taman ini..."

Kata lelaki tua yang duduk bangku panjang sambil membaca suratkhabar Jawi.


Prejudis, sungguh rasis. Tak mengapalah John. Sila bawa aku pulang ke rumahmu. Cukuplah, aku sudah puas berjalan untuk hari ini. Esok, bawa aku ke tempat lain pula.






.

18 comments:

NM02 said...

baca dengan tenang sambil menghayati situasi itu... huh

Nizam.Ariff said...

NM02,
Situasi ini masih biasa-biasa jer...ada lagi teruk...

tasekM said...

esok.
apa kata ko buat cerita pasal seekor cakcibor pulak.




.

tasekM said...

lusa.
pasal sepah bulan.

tau sepah bulan...?

he he.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hmm... diea yang boleh dipakai tu. Nantilah aku cuba selami kehidupan si sepah bulan.

TM,
Aku panggil lintah bulan la..
'moon slug'. Kampung aku memang canggih sikit.. hahaha

tasekM said...

hahaha... tu canggih banyak tu.

wey... sepah bulan tu adalah ulat gonggok tau.

lintah bulan itu ulat gonggok jugakah...?





.

Anonymous said...

ada pelihara anjing ker?

Nizam.Ariff said...

Tm,
Ooo... ye ke? Bukan ulat gonggok tu mentibang ke? Hahaha..... canggih tul.

Anon,
Takde. Aku le anjing dalam cerita atas tu... hahaha

secangkir madu merah said...

kesian..yg kau pergi kat lorong busuk tu buat apa? dah tak ada tempat lain lagikah?

Nizam.Ariff said...

SMM,
Mencari pelangi kehidupan, orang kata kat lorong-lorong senang dapat... hahaha. Itu metafora je kak. Kehidupan pada kaca mata seekor anjing.

ASH said...

WOOF!!
.
.
kata nak jadi beruang? Bila?

ASH said...

Lupa lak..
.
.
.
ko dah jadi nyamuk tiruk..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
ber uang nak lah...
Aku nak jadi sepah bulan pulak ni.

tapi, mesej itu yang lebih penting walau pun dari pandangan seekor anjing yang najis...

Anonymous said...

Apakah dosa menjadi anjing? Dia pun ciptaan Tuhan jugak.

ksk lily

hairul392 said...

Lepas ni boleh jadi cicak tokek pulak..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Tu la kak... sanggup dia orang hna 'aku'...

hairul,
cicak tokek tu cerita orang kaya-kaya...

Cikgooden said...

cuba la jadi ikan paus pulak...

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Kalau aku ikut semua cadangan mau cukup sebulan punya entri nih...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com