Tuesday, November 29, 2011

Back to Basic...

.

Dalam cuaca yang tak menentu dan situasi ekonomi yang juga kurang menentu (baca: gaji sama tapi harga barang makanan naik menggila), aku rasa tibalah aku melihat kembali asas kenapa aku perlu makan.


Hasil dari penelitian aku selama beberapa minit itu, aku dapati tekak aku mahukan yang ini pula:






Dalam suasana sejuk dan lapar, 2 kali aku tambah nasi.... burrpp! Alhamdulillah. Kenyang.

Aroma nasi putih panas dan ikan masin cukupp menyelerakan. Ditambah pula dengan telur goreng dengan kicap Jalen (sekarang aku cuba Jalen pula) menjadi pemangkin kedua.

Ikan masin itu bukan ikan masin yang sebarangan. Itu ikan 'putih' sungai yang aku beli di pasar Sabtu di kampung aku. Aku belum jumpa lagi dijual di sini. Bila digoreng garing, ia menjadi seperti keropok. Memang sesuai dengan nasi putih yang panas.


Nasib baik mama tak buat sambal belacan yang ditumbuk bersama-sama asam belimbing buluh. Kalau tidak, 3 pinggan aku tambah nasi...





.

6 comments:

kucingorengemok said...

makan alas kain batik?

Aku said...

KOG,
Saprah.. kata orang jawa... hahaha
ko tak nak tanya siapa punya kain batik?

kucingorengemok said...

kaler pink... of cos la ko punya kan, haha

Aku said...

KOG,
hahaha... memanglah aku punya tapi aku suruh mama pakai.

ko tak nak tanya apa disebalik kain batik tu?

sepa said...

itu menu kantin Kak Mun, bang...

*teringat aku si Chasiman kena marah sbb tanya kat dia pasal anak angkat dia.
Ada ka patut, Chasiman tanya anak betul ke tak.? Terus dia jawab, anak betul la - ko ingat, anak patung...!!! kahkahkah...

Aku said...

Sepa,
aku tak ada dalam babak sedih tu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com