Sunday, December 25, 2011

Apa jadi dengan bekas telur kalau direndam di dalam air bersuhu 90~100 degC? Inilah jawapannya....

.


Semalam ada edisi aku memancing telur ayam. Bukan sekadar memancing yang biasa-biasa tetapi memancing di dalam air yang berbau sulfur (belerang) dan bersuhu diantara 90 ~ 100 degC. Itu yang papan tanda kata. Aku tak ada jangkasuhu untuk ukurnya. Tak ada masa aku nak audit heh! Audit-mengaudit ni kerja orang akaun...  berkira walau satu sen pun..huh!


Dan bagi menjawab salah satu komen dari dak Tijah ini tentang apa jadi dengan bekas telur itu, inilah jadinya....



deformed... terubah bentuk


Hanya tali yang 'memegang' telur pada tempat parkingnya...


Sebenarnya, aku sendiri pun tak percaya sampai boleh jadi macam itu. Nasib baik telur ayam tu tak jatuh dalam lubang air yang menggelegak panasnya. Berapa lama aku rendamkan telur tu? Aku rendam tak sampai pun 5 minit, dah jadi macam tu. Dah terubah bentuk.


Masa selama 5 minit tu dah cukup untuk mendapatkan telur separuh masak. Aku terkilan sebab aku tak sampat nak ambik foto telur itu. Sebenarnya, ada cara nak makan telur tu. Aku pecahkan lubang kecil di bucu telur kemudian kopek. Dengan menggunakan batang sudu plastik (bahagian pemegang, aku kacau-kacau dan aku hisap sikit untuk bagi ruang kepada kicap Jalen lemak manis.


Aku titiskan kicap ke dalam lubang itu lepas tu aku gaul-kocak menggunakan batang sudu plastik tadi sampai sebati, seperti bubur atau muntah jin. Lepas tu, sedut...... perrgh!!!! Siap ada bau-bau belerang lagi...



Kemudian, aku terfikir... kalaulah air berbau belerang tu boleh 'meresap'kan baunya ke dalam isi telur, apa jadi dengan kesan-kesan kotoran pada kulit telur tadi?


Aku tak basuh pun telur tu. Aku terus ikat dan rendam.... cehhhh!!!! Gemuklah aku makan tahi ayam...!






.

7 comments:

tasekM said...

tak pe.
tak makan taik ayam pun tak kurus gak...






percubaan utk buat ko tenang sikit.
ke makin terguris?

keh keh.


.

AZANI said...

tahi ayam kan baja..secara normanya makin subur lah...tak pasti subur tu di mana ...hi hi hi

Aku said...

TM,
Ya.. aku tenang sekarang ini..





hampeh!!!




Azani,
Alaa.... esok pagi tahi ayam tu bertukar jadi tahi manusia. Sama-sama jadi tahi, kan?

AZANI said...

berbakti pada bumi...ron...

Aku said...

Azani,
betul tu.. juga kepada ulat-ulat dan cacing tanah...

sepa said...

sarang telur tuh, ada 10bijik. ko ngap 10 sekali ka, barder.?

Aku said...

Sepa,
kita makan seorang sebijik... tapi ada gak niat nak ngap semua sekali... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com