Friday, December 16, 2011

Bontot aku juga yang dia berkenan... haih!

.


... dan dia meminta sesuatu yang payah untuk aku tunaikan kerana ia melibatkan maruah. Juga aurat aku sebagai seorang lelaki sejati tanpa ada perasa 'gay' pada mana-mana bahagian tubuh aku. Tetapi, petang semalam, ada seorang manusia berlainan jantina 'meratah' tubuh aku. Dan yang paling terkesan dalam hati aku ialah dia melakukan aksi 'ratahan' itu dalam keadaan aku meniarap. Aku pasrah. Dia ada pembantu yang tentu sahaja boleh memegang badan aku.


Di dalam bilik yang kecil dengan bau yang kurang menyenangkan itu, dia pun mengeluarkan lembing beracun, yang sungguh berbisa. Aku tanya, berapa banyak 'bisa' yang dia akan masukkan ke dalam tubuh aku melalui 'belakang'? Dia kata, bisanya banyak juga, dalam 3cc.


Dan aku biarkan dia tonyoh, rodok, tusuk lembing beracun ke dalam tubuh aku... sehinggalah kesemua 3cc bisa itu dipancutkan masuk ke dalam tubuh aku. Ahhh...! Aku mengaduh perlahan.


Aku termenung beberapa minit, memikirkan apa yang telah berlaku beberapa minit tadi...sambil melihat tali pinggang aku yang masih terbarai dan zip yang masih terbuka.


Ahhh...! aku mengeluh pula.





.

13 comments:

ibundo said...

kahkah.. ekau domam ke..

Aku said...

Kakpah,
Tak... urat belikat tegang sangat... stress.... sakit + sengal... apa lagi, inject la..

ASH said...

Aku,
cheh..!

AZANI said...

ha ha....izin dalam paksa....

btw..kau terlebih angkat barang kot?

Aku said...

Ashley,
terpaksa... hahaha



Azani,
ini salah satu bahaya menggunakan laptop tanpa postur badan yang betul... hati-hatilah...

tasekM said...

rasa ternoda tak...?

kah kah.



.

Aku said...

TM,
rasa diri ini seperti sepah yang di buang... huhuhu .. kotor... cela... huhuhu


Macam manalah korang semua buat papsmear ek? tak dapat aku bayangkan... ish..

sudipVSsenduk said...

suhu badan ko 39 darjah celsius la.. meh sini masuk ubat lalu montot,meh..

Aku said...

Sudip,
tak maoooo!!! hahaha...
kalau tetiba terkentut camner ek?

kakaka.

sepa said...

main cucuk2 pun boleh ok, yer?...cer ko mintak misi tuh urut2. :p

Aku said...

sepa,
kalau dia yg urut aku, dialah yg tercucuk nanti... kakaka

buah kedondong said...

Bila nasihat tak mau dengar
Bila dah sihat, kan dah ternoda!
Hihi

Aku said...

BK,
Dah nak kena, nak buat camno?... huhuhuhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com