Saturday, December 24, 2011

Edisi Memancing Telur ...

.


Tunggu punya tunggu, lama sangat nak berbaris. Aku perlukan sedikit kreativiti. Orang lain merebus telur menggunakan bakul yang disediakan oleh 'penjual telur'. Aku pula tak boleh, aku segan sebab telur aku itu aku beli sendiri dan seludup masuk ke situ.


Nasib baik ada ada tali rafia. Lalu aku ikat bekas telur itu dan aku lemparkan ke dalam punca mata air panas yang sepanas 90~100 degC.






Seorang brader yang sedang menunggu telurnya masak tertawa melihat gelagat aku.

"Cara baru tu. Dah macam memancing pulak....", dia kata untuk didengar oleh berbelas orang yang asyik melihat kegiatan merebus telur.


Memang macam memancing sebab tali rafia tu panjang, senang untuk menarik telur nanti. Nasib baik dia orang semua tak perasan 'joran' di mana. Kalau mereka ikut tali rafia tu, hujungnya tentu berakhir di hujung joran aku. Aku dah siap sedia dengan joran aku tu. Kalau telur aku terasa direntap, aku akan sentap joran dan kayuh kekili dan gulung tali laju-laju macam memancing Ikan Layar di Pahang tu. Jangan ditanya rupa kekili tu. Anggun Che' Tunggal.





.

11 comments:

sepa said...

brape lama baru boleh masak, bang?

Aku said...

sepa,
1/2 masak dlm 4 minit.
kalau masak penuh lebih dari 6 minit.

hairul392 said...

sampai lembik bungkusan telor tu..hehehe

sepa said...

apa khasiatnya, brader.?
adakah memberi kekuatan kepada 'adik'...?!

Aku said...

Dak Ai,
Hahaha.. nasib baik tak jatuh telur tu.

dah upload foto kat blog ke?

Aku said...

sepa,
bagus untuk perut... bila dimakan, perut terasa kenyang. tu je la yang aku rasa kebaikannya... hahaha

Tijah said...

tak cair ke plastik?

tasekM said...

bawak kicap tak...?

Aku said...

Tijah,
cair tak lah tapi berubah bentuk... nanti aku buatkan entry khas buatmu tentang ini....cekidout






TM,
Mesti!... bawak kicap Jalen. Kalau tak ada Jalen, semua tak jadi....keh keh keh...

tasekM said...

aku pun layan Jalen la nih.
boleh tahan menendang he..?



,

Aku said...

TM,
janji regenyer tak mahe bebeno... ye dok?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com