Tuesday, December 6, 2011

Nilai sebuah cinta...

.



"Kamu...!", jari telunjuknya diluruskan betul-betul ke muka pemuda lelaki di depannya. Sebelah tangan lagi mengangkat gelas air sirap limau kemudian lidahnya terjelir-jelir mencari straw sedangkan matanya tetap memandang pemuda itu.


"Cinta kamu hanya bernilai RM50 tumaiii...!", tambahnya lagi sambil jari telunjuknya dipusing-pusingkan. Pemuda itu pindahkan fokus matanya dari bibir ke telunjuk yang berpusing-pusing itu. Matanya bergolek mengikut gerakan jari telunjuk itu.

Bila telunjuk itu terhenti, matanya juga berhenti. Seperti tersedar dari pukau, pemuda itu pandang semula bibir berwarna merah ranum biji kundang dan straw yang disedut-sedut rakus.


"... tapi, kenapa?", pemuda bertanya.


"... kerana panjang cinta kamu itu hanya 30 minit".

"... ye lah, tapi.. kenapa?".


"... kerana kamu itu lelaki... dan aku pula masih lelaki, faham?", dia hempaskan gelas air sirap limau ke atas meja. Berkocak air sirap limau yang berbaki separuh gelas.





.

6 comments:

tasekM said...

apa barang cinta gay...

Aku said...

TM,
Har har har......!!!!
Gay pun ada barang hape? hahaha

sepa said...

cinta ada panjang pendek yer.?

:)

Aku said...

Sepa,
bergantung banyak mana ko sanggup bayar.. hahaha

jeb said...

RM50 ni B2B ke pingpong?

Aku said...

Jeb,
entah... aku kurang biasa bende-bende macam ni.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com