Wednesday, January 4, 2012

Aku terperangkap dalam jenayah bunuh....? Dan aku pun melarikan diri..

.

Malam tadi aku bermimpi lagi (aku dah bagi tau siang-siang, ini hanya mimpi. jadi jangan ada buat-buat terkejut pula), seperti biasa aku bermimpi yang bukan-bukan. Hanya mimpi yang menarik sahaja aku tuliskan di sini.




"Aku ada satu cadangan yang menarik..." tiba-tiba Dayak berikan cadangan yang boleh membuang bosan kami yang ketika itu adalah anak remaja yang gemar melakukan yang bukan-bukan.


Dan cadangannya memang sungguh tak masuk 'akal. Dia mahu buat lelucon tetapi aku rasakan lelucon dia itu sungguh keterlaluan. Kami yang sedang bersembang di hujung simpang dengan motor masing-masing dikala azan maghrib berkumandang tetap halakan telinga kepadanya. Lelucon pertamanya, dia mahu letakkan cuka getah ke dalam cerek minuman di surau berdekatan. Aku kaget dan aku harapkan ia hanya gurauan.


Keesokannya, heboh satu kampung ada 5 orang jemaah surau mati terminum cuka getah! Dan muka masing-masing yang aku ziarah mayatnya memang mengerikan. Aku masih diamkan diri kerana tiada siapa pun yang tahu selain daripada kami.


Selang beberapa hari, pada satu petang, kami jalan-jalan di sekitar perumahan (yang seperti perumahan tersusun), tiba-tiba salah seorang dari kami telah merejamkan sebatang besi paip yang runcing hujungnya lalu melekat pada belakang kepala seorang lelaki tua yang sedang membuka pintu pagarnya. Oleh kerana batang besi itu hanya tertancap, Zul pun turun dari motornya lalu terus menghentak batang besi paip itu tembus ke dahi orang itu. Aku dapat lihat jelas sebalik sana melalui lubang besi paip berdiameter 2 inci itu.


Disebabkan itulah, kami pun diburu kerana identiti pelaku telah terdedah. Aku melarikan diri ke semak belukar pinggir kampung dan aku duduk di situ berminggu-minggu malah mungkin berbulan lamanya. Aku dengar pihak berkuasa masih menjejaki kumpulan kami.


Aku terjebak walau pun aku tak buat apa-apa. Aku takut, jadi aku habiskan masa aku di belukar itu. Aku hidup dengan memakan ikan dan udang galah yang aku tangkap di sungai berdekatan. Yang paling aku ingat ialah aku 'membela' ikan dan udang galah di dalam sebuah kolam yang aku buat sendiri di belukar itu. Aku tinggal di sebuah pondok di dalam semak samun berseorangan. Aku menyesal kerana terlibat dengan kawan-kawan aku tu, tapi nak buat macam mana lagi. Dalam pada itu, aku dengar dah sampai 39 orang kampung mati akibat 'lelucon' mereka!


Sehinggalah pada satu hari, keluarga aku menjejaki aku dan aku pulang ke rumah dengan takut-takut. Perkara pelik masih lagi berlaku. Kali ini benda lain pula...


Salah seorang abang aku meberikan satu resepi baru. Dia kta, dia pernah campurkan makanan basi ke dalam makanan yang elok dan biarkan ia menapai. Selepas itu, dimasak semula. Sedap! katanya. Hah!?


Aku ingat lagi (dalam mimpi itu), abang sulung aku ambil 3 jenis makanan basi, lebihan 'moree' di surau (walau pun bukan bulan puasa). 3 jenis itu: meehoon, nasi goreng dan sejenis sambal tempe.


Jelas di mata aku, abang aku buatkan 3 bahagian di dalam talam. Sambal tempe basi disatukan dengan sambal goreng jawa. Nasi goreng yang dah basi disatukan dengan nasi dan meehoon basi digaulkan dengan meehon yang masih elok. Kesemuanya digaulkan berasingan mengikut jenis yang tadi itu dan dibiarkan supaya menapai!


Caranya lebih kurang sama dengan cara-cara nak buat kuih Apam Beras yang menggunakan tapai atau pun sama macam proses nak buat tempe dari kacang soya. Dibiarkan menapai selama satu hari!


Selepas itu, barulah campuran itu digoreng semula... sambal goreng, meehoon goreng dan nasi goreng. Dan kami sekeluarga memakannya dengan lahap. Pada mulanya aku skeptik dengan makanan itu sebab takut sakit perut tapi abang aku beria-ia menyuruhnya aku makan... sedap, katanya. Dan yang lebih penting, itu menjadi resepi rahsia keluarga kami.



Sedang mereka menyuruh aku makan, aku tiba-tiba teringat yang aku belum sembahyang subuh (subuh? ala.. mimpi je pun) sedangkan ufuk timur dah nak mula cerah. Jadi, cepat-cepat aku terus bentangkan sejadah di tepi kereta abang aku. Oh ya, kami makan-makan itu di luar rumah, dekat stor dan parking kereta. Ala-ala santai di luar gitu tetapi waktu subuh(?)... mungkin sarapan agaknya.


Abang aku tunggu aku sembahyang sambil makan di sebelah aku (makan berdiri). Aku sembahyang subuh sampai terlupa nak baca Doa Qunut (dalam mimpi itu) disebabkan teringatkan lepas sembahyang aku akan dipaksa makan... arghh!!!!



Tension aku dibuatnya....







.

6 comments:

tasekM said...

kah kah kah.
aku rasa aku ada masalah urat geli.
aku rasa kelakor cerita ko nih...




.

kucingorengemok said...

"jangan bunuh imam itu" - tajuknya

resepi abang ko tu lauk 3 rasa yang ko pernah cakap dulu tu laa

Aku said...

TM,
apa plak gelihati... itu cerita seram apa... aku kena hukum gantung sebab bersubahat bunuh orang tau...




KOG,
Ko try la dulu...mana tau tetiba sedap lak. maklaum lah, kalau dah digireng balik, mesti kulat + virus + bakteria tu dah mati, kan?

AZANI said...

apsal aku rasa ada kaitan dengan UPSI...ke aku yang sensitif...

btw...kalau boleh final masterchef buat resepi tu...baru tahu chef ke tak?

sepa said...

kumpulan OSBON yg menang MaharajaLawakMega... membuat aku teringat ngan Dayak.!

...petang2 dia wili dgn Suzuki Panther...

*brader, lu jumpa dia. cakap gua kirim salam. gua dengar skrg dia ada team Honda Stream la pulak... :)

Aku said...

Azani,
Bab makan benda basi tu sebenarnya mimpi yang tak elok... tapi dalam mimpi tu aku belum sempat makan... terjaga semasa mimpi sembahyang...




Sepa,
Haah, dia main Honda Stream je sekarang... mana main Suzuki Panther dah... aku pun dah lama tak ngeteh dgn dia.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com