Monday, January 2, 2012

Hari-hari pertama di Tahun 2012... Hari-hari terakhir seorang seniman...

.

Hari ke-2 tahun 2012 jatuh pada hari Isnin, sayugialah jalanraya kosong pagi itu. Aku boleh main jongkang-jongkit di tengah-tengah jalanraya yang biasanya ada berderetan kereta dan lori sepanjang beberapa ratus meter. Patutlah pagi tadi pagi yang indah untuk aku pergi kerja.

Aku pergi kerja???


Ya. Kompeni aku pelik sikit. Kalendar kerja syarikat diputuskan oleh suara majoriti yang datangnya dari kesatuan sekerja dan suara majoriti mahukan cuti Isnin tadi di bawa ke hari Rabu iaitu hari pertama persekolahan sessi 2012.


Tak ada yang peliknya pun. Ketika aku singgah di stesyen minyak untuk membeli sebungkus nasi lemak, aku terfikir. Kalaulah stesyen minyak itu bercuti / tak beroperasi, tentulah tak dijual nasi lemak itu. Jikalau Kak Sal bercuti dan tak buat nasi lemaknya yang sedap itu, tentulah aku akan berlapar sepagi.


Jadi, bersyukurlah kerana ada yang tak bercuti. Termasuklah aku yang demam-selsema-sakit kepala tetapi bekerja juga.


Demam-sakit kepala???


Ya, kerana aku telah terjanji dengan kawan yang buat woksyop 'brainstorming' untuk divisyennya, ada informasi yang perlu dikongsikan kepada kawanan orang di situ untuk membantu mereka membuat dasar, strategi dan pelan perancangan untuk 2012/13. Pada mulanya, apabila sudah aku terus ke klinik untuk rawatan susulan kerana ubat dah habis tetapi ada seorang kawan lain pula minta aku turut serta dalam salah satu 'breakout session'. Setelah dipujuk oleh kawan2 lain dengan air kopi dan kuih-muih, aku pun setuju juga.


Dan selepas makan tengahari, barulah aku minta keizinan untuk ke klinik.

Hmm..... esok aku mungkin ke hospital untuk periksa darah, dan darah Mama juga yang aku lihat lebih teruk daripada aku sakitnya...



Itulah hari ke-2 tahun 2012 keluarga aku.



Oh ya, esok aku akan poskan Kecubung kepada mereka-mereka yang memesannya. Aku gunakan pos biasa yang bukan pos laju.







.

7 comments:

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum

erk... saya juga mahu memesan kecubung... bagaimana ya? ~

Aku said...

Manje,
Waalaikumussalam. Sila emailkan alamat kamu ke nizam.ariff@yahoo.com secepat mungkin sebab esok aku nak ke pejabat pos...

hairul392 said...

salam.
demam ker..?

AZANI said...

hari terakhir seorang seniman...familiar betul...rubaidin sinwar kalau tak silap...
moga cepat sembuh bro sekeluarga..

Aku said...

Dak Ai,
Ha ah.. kak ngah sekali tu....





Azani,
Aminnn....

sepa said...

Hari ketiga di Tahun 2012...

...dan aku berkerja.


.
:)

Aku said...

Sepa,
Awal lagi nak keja la bro... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com