Monday, January 23, 2012

Kisah syaitan yang direjam...

.


Malam itu siangnya penuh dengan hujan, jadi jalan yang berlopak-lopak menjadi sungguh lecak dengan bekas tayar motorsikal dan kereta. Tanpa mempedulikan suara katak kuang yang menyahut sang betina, aku dan kakak aku teruskan juga membelah dada tengah malam ke rumah kecil yang dipagari kelapa sawit.

"Jangan lupa, pukul 12 malam, kita jumpa di depan sekolah rendah Pengkalan Ara. Aku tunggu di situ," pesan abang aku, "abang jaga dah kenal aku."

Itu pesan abang aku sore tadi sebelum dia pergi ke rumah kawannya mengadakan kenduri. Aku tak dijemput, jadi aku tak ikut dia. Oleh kerana aku tak ikut, aku dan kakak aku terpaksa pergi kemudian ke rumah bomoh itu. Janjinya, pukul 12 tengah malam, barulah aku sampai. Bila aku tanya kenapa tak boleh diawalkan sedikit, abang aku kata memang dia mulakan perubatan selepas jam 12 malam. Aku tak bertanya lebih.

Jadi, jam 11.30pm, aku dan kakak aku pun bertolak dengan ditemani bunyi katak kuang jantan yang bingit menusuk gegendang dari arah kiri dan kanan jalan. Sawah bendang bertukar kepada ladang sawit yang telah berusia. Jalan berbatu kelikir itu aku redah dengan berhati-hati kerana lebarnya hanya cukup-cukup untuk sebuah kereta Honda untuk berselisih dengan sebuah motor Modenas. Jalan itu tak cukup untuk menampung dua buah kereta berselisih. Oleh itu, jika ada kereta yang terpaksa berselisih dengan, aku terpaksa masuk ke lorong rumah orang sebelum keluar semula dan teruskan baki perjalanan.

Debaran bertambah kuat apabila semakin hampir ke rumahnya. Jalan kampung itu sungguh lengang. Syukur kerana aku tak perlu berselisih dengan orang. Kami berdua diam membatu. Radio pun tidak aku hirau. Senyap melayan hati yang gundah.

"Aku tak risau pasal nak berubat. Yang aku risaukan ialah selepas berubat." kata abang aku petang tadi.

"Di situ ramai yang buang macam-macam. Banyak barang belaan yang kena bunuh oleh Pak Haji dan kawan-kawannya," tambah abang aku lagi, "jadi kadang-kadang itu memang ada seekor dua yang berani mengekor sampai ke rumah."

"Lebih-lebih lagi kalau mereka dah tau yang salah seorang kawannya kena bunuh dengan Pak Haji, mereka mungkin menyerang atau balas dendam," abang aku serius," itu yang aku takutkan."


Tepat jam 12 malam, kami telah sampai di depan pintu pagar sekolah rendah Pengkalan Ara dan kami hanya menunggu abang aku yang datang terus ke situ dari rumah kenduri tadi. Ada beberapa anak muda sedang rancak bersembang di tepi terusan sawah. Aku tak dengar butir bicara mereka kerana agak jauh. Aku tumpukan kepada hajat kakak aku yang sedang dilanda musibah di sekolahnya di Rawang sana.

Menurut ceritanya, kawasan itu dulunya kepunyaan seorang penduduk kampung yang berkebun. Untuk menjaga dusunnya, dia telah membela beberapa ekor syaitan untuk menjaga kebunnya. Apabila kerajaan membeli tanah itu untuk dibuat sekolah, syaitan-syaitan itu masih ada dan berkeliaran. Demi menjaga keharmonian murid-murid sekolah itu, penduduk kampung sering mengadakan upacara semah berupa seekor kambing hitam yang disembelih dan disajikan darahnya kepada syaitan-syaitan itu. Jika tidak, anak-anak mereka akan diserang histeria di sekolah itu. Apabila kakak aku berpindah ke sekolah itu, upacara itu dihentikan.

"Bila dihentikan, mulalah syaitan-syaitan itu mengamuk minta darah kambing lagi," cerita kakak aku, "puncanya kerana ikutkan sangat kehendak syaitan itu, inilah jadinya."

"Mulalah budak-budak nampak orang tua melintas kelas, ada juga yang nampak wajah yang hodoh menunggu di pintu pagar sekolah. Mana dia orang berani nak datang ke sekolah lagi kalau macam tu." keluhnya.

"Kenapa tak suruh syaitan tu cari balik tuannya? Suruh syaitan-syaitan tu tagih janji tuannya," aku berikan pandangan, "sebab yang berjanji bukan kita. Yang berjanji ialah tuannya."

"Dia dah lama mati..." ringkas jawapan kakak aku.

"Kalau gitu lagilah senang. Suruhlah syaitan-syaitan tu cari kubur orang tua bedebah tu." kata aku lagi.

"Kalaulah senang macam tu, dah lama kami buat." balas kakak aku.


Serta merta perasaan geram menerpa ke dalam hati. Terasa seperti aku nak siat-siat syaitan-syaitan itu dek degilnya mereka.


Tak lama kemudian, kelihatan sebuah motor menghampiri kami. Dia abang aku. Dan kami pun bertolak ke rumah Pak Haji....




.

10 comments:

Water Lily said...

Nak pi beli barang dulu.balik karang akak baca dan komen .

Hihihi..boleh pulak gitu.

ibundo said...

apehal lah nak pegi berubat tengah tengah malam. Siang siang tak boleh ke..

@xiiinam said...

Dah baca habis dah...


A'uzullahiminassyaitonirrojiiiiim...

Aku said...

Kak Lily,
dah balik dari kedai? ;)




Kakpah,
dah siangnya dia ke sawah bendang... malam je la yang dia ada masa, itu pun selepas nightline TV3... hahaha




CKlah,
Tau tak kat mana Sek Keb Pengkalan Ara tu?

@xiiinam said...

Tahu...ckLah baru terima seorang murid tingkatan 1 Rancangan Khas dari sekolah tu...:D

Aku said...

cklah,
tak sangka masih berbakti lagi sekolah tu...

aku ingatkan dah tak ramai murid sebab rata-rata anak muda berhijrah ke bandar-bandar.

pada malam itu, aku dapati ada 2 orang pengawal keselamatan yang bertugas... hmmm... sampai 2 orang. mungkinkah ada cerita disebalik malam di situ yang memerlukan 2 orang menjaganya? hahaha....

Water Lily said...

Ooo..cerita sama macam asrama dan kuarters akak ni la.

Degil la menatang syaiton ni. Kacau budak nak belajar. Kacau orang nak kerja.

Hari tu, kakak jaga terjerit-jerit tak sedar diri dalam surau.

Dah puas halau, datang jugak dia.

ps: Kite pergi deting hari ni haha..

Aku said...

Kak Lily,
whoaa.... deting senyap-senyap ek?
Ni mesti pergi dekat2 pantai...

sepa said...

brader, ko dah jd 'ghostbuster', ka?

Aku said...

Sepa,
tak.. aku nak buat skrip filem Bercakap Tentang Syaitan... kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com