Tuesday, January 31, 2012

Monolog : dia masih tidur...

.

8:59 -



Dia masih berselimut dan
Dia masih bermimpi
Mimpi tentang keperitan untuk teruskan hidupnya
Mimpi tentang jerihnya menjadi seorang manusia bergelar manusia
Aneh, baginya itu semua tak apa kerana dari satu sudut
Dia suka pada apa yang dia rasai ketika dia menahan keperitan itu
Keterujaan ketika menahan segala kesakitan
Hinggakan dia tak dapat bayangkan jika tiada lagi keperitan
Yang menempel dalam mimpinya
Kerana keperitan itu telah lama memdampinginya
Kerana terlalu lama, keperitan itu adalah sahabat sejati kini
Oleh kerana dia seorang manusia yang ingin menjadi manusia
Nilai keperitan untuk terus hidup sebagai manusia yang sungguh manusia
Dia lemparkan segala angan-angan kegembiraan jauh-jauh
Dengan anggapan kegembiraan itu satu mimpi yang ngeri
Oleh kerana dia suka dengan seksaan dari keperitan itu
Dia masih ingin bermimpi dan
Dia masih berselimut.





.

6 comments:

AZANI said...

semoga cepat kebah bro...

try amalan alfurqan ayat 23...

Aku said...

azani,
ok. Ptg nanti akucari.

tasekM said...

ni kes sakit jiwa ke apa nih..?

hehe.




.

alien pakai lipstick said...
This comment has been removed by the author.
alien pakai lipstick said...

Kadang2 aku rasa apa yg kau tulis serupa dgn apa yg takdpt aku luahkan.coz cant find the right words.pilihan kau semua menjelaskan semua

Aku said...

tm,
itu jiwa jiwa yg parah.
Aku sakit ni... Ko tolong tuliskan entri aku ek?
Buat puisi yg best sikit.


Alien pakai lipstik,
aku rasa bukan kita je, mgkin ramai yg rasa yg sama...
Cuma aku berani luahkan kat sini...
Kerana ada yg aggp tulisan sebegini menolak takdir.
Entahlah.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com