Wednesday, January 18, 2012

Selamat Pagi Cikgu...

.



Akibat kegagalan untuk mencari penjelasan yang diperlukan, inilah jadinya...







dan jangan jadikan hanya penjelasan dari seorang budak kecil untuk membuat keputusan. orang dewasa dipanggil orang dewasa kerana kita berfikir secara orang dewasa...


asmanya bukan bertahap serius atau akut sehingga menyebabkan dia tak boleh langsung turut serta dalam sebarang aktiviti sekolahnya.


oleh sebab asmanya tidak akut, dia masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti sekolahnya. takkan terus tak boleh buat, rugilah.


tetapi ada masa-masanya, dia akan mendapat asma dan ketika itulah kita perlu tahu sama ada dia boleh atau tidak boleh melakukan aktiviti lasak.


oleh sebab itu, orang dewasa yang ada di situ pada ketika itu perlu buat keputusan pada masa itu, di situ juga.



kalau situasi tak memungkinkan sebarang keputusan dibuat, pilihlah keputusan yang kurang risikonya...

sebagai contoh " baiklah, awak tak perlu angkat laci meja itu dari tingkat 2 ke tingkat 3. awak cuma perlu lap meja".

itu hanya contoh. satu contoh keputusan untuk isu yang berlaku pagi semalam... ada lagi pilihan lain, sebagai contoh "awak duduk".




.

7 comments:

kucingorengemok said...

takpe, neb tu best jugak tau... duduk² pekap corong ke hidung, tertidur

tasekM said...

apa kata ko mms gambor tu ke cikgu kelas dia.
lagi bagus ke cikgu yg menyuruh tu.


.

cheqna said...

kene g bagitahu cikgu tu
biar dia reti sket

sepa said...

tahun lepas, anak aku kena kes cam nih... dah nak2 biru bibir.
nasib baik cikgu bertindak bijak. disuruhnya baring di belakang kelas, dan telefon maknya. doktor diagnos, 70% peparu chock-up...

*tapi aku berfikiran positif, brader. aku tak marah kat cikgu tuh. aku marah anak... bunyi old-school, kan.
*aku kata kat dia, guna mind-power. aku kata kat dia, kalau kita boleh arah otak untuk memberitahu badan bahawa asma adalah elemen yg tak perlu dalam badan, badan boleh mengeluarkan enzim yg bertindak mengurangkan kesan asma. bunyi saintifik jeh kan, untuk budak umur 7tahun.
*tapi, dia paham. dia buat. dan skrg tak la byk dramanya.
*itu hari, masa nak masuk SnowWalk kat iCity, aku suruh dia comunicate ngan otak supaya kekalkan suhu badan. (sbb bila sejuk, asmanya jd akut). amazingly, dia dpt complete the whole session....

.
eh. kejap. aku nak fikir dulu... apa benda la yg aku cakap nih... kahkahkah...


.
weh, brader...!!! lupa nak bagitau.
Kecubung aku dah baca habis.
apa la ko siksa kepala hotak aku ngan cerita yg tergantung.
cepat siapkan yang kedua. :)


.

Aku said...

TM,
tak nak...
aku kedekut nak bayar MMS yang tak de gunanya kepada dia...



cheqna,
tak nak...
biarlah tindakan diambil di sebelah ibu-bapa...



Sepa,
releven la tu...
tapi anak aku tak se akut itu.
sekali sekala je setahun...

@xiiinam said...

Betul lah Jam...
Dengar nasihat makcik ni ha. Pergi jumpa cikgu kelas tu, dan terangkan. Jangan kata kau antisosial, ckLah cubit karang!!!

Selalunya (selalunyalah) kalau cikgu dah tahu status kesihatan muridnya, dia tak akan mengambil risiko. Contohnya, sebelum gotong royong ke, PJK ke, merentas desa ke, sukan ke,duty kelas ke, cikgu mesti dapatkan status kesihatan budak-budak. Anak orang tuuuuu!


(itu bagi cikgu tuwek macam ckLah nilah...)

Aku said...

KOG,
pesal ko punya komen masuk spam ek?

Bukan kloroform nak tertidur bagai... kakaka





Cklah,
Takpe, dah ada surat doktor...
esok Ariff bagi ke doktornya.
tapi kalau gurunya koyak surat tu (tanda tak percaya), baru aku akan pergi jumpa dia... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com