Wednesday, February 22, 2012

Adegan yang tak ingin aku lihat... kawan baik aku ditembak mati

.

Malam tadi aku bermimpi lagi. Aku beritahu awal-awal, aku hanya bermimpi. Jadi, jangan terasa tiba-tiba nak menggelupur melatah segala bagai sampai nak laporkan kepada Polis. Hanya mimpi.


Entah macam mana, aku pulang ke kampung dan entah macam mana, umur aku pada ketika itu lebih kurang awal 20an. Di kampung itu, aku berjumpa semula 2 orang kawan aku. Seorang itu adik dan seorang lagi itu abang. Si abang itu sebaya dengan aku dan namanya pun Zam, manakala si adik muda 3 tahun dari kami dan bernama Man. Mereka itu berjiran dengan aku di kampung dan mereka itu kawan karib aku dan mereka hanya bersekolah sehingga di Tingkatan 3 (SRP pun tak lepas).


Oleh kerana kami hanya berjumpa setahun sekali ketika hari raya, kepulangan aku pada kali itu kebetulan pula mereka juga berada di kampung, pertemuan itu mengimbau kenangan lama. Ketika kami berbasikal ke sekolah rendah. Bermain motor tanpa niat merempit dan sebagainya.


Ketika kami sedang bersembang di hujung simpang, Zam di gamit oleh beberapa orang 'mat rempit'. Zam segera pergi kepada mereka. Aku cuba curi-curi dengar tetapi mereka berbisik dan seperti membuat perancangan. Aku masih terus bersembang dengan Man. Seketika kemudian, Zam mendapatkan kami dan mengajak kami ke pekan terdekat. Ada tugas sikit, katanya. Lalu aku pun membawa motor manakala Man membonceng aku. Zam menaiki motorsikalnya sendiri. Aku mengekori motorsikal Zam rapat-rapat. Sehinggalah di pekan itu, tiba-tiba dia mengajak kami berdua masuk ke dalam satu pasaraya. Aku hanya mengikut tetapi hati aku kurang selesa. Sedang kami bertiga melihat-lihat barang-barang jualan tiba-tiba Zam dirapati oleh seseorang dan sebungkus plastik kecil pun bertukar tangan.


Cepat-cepat kami keluar dan bersembang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku walau pun dalam hati aku terasa kecut. Kami pulang dan setibanya kami di simpang tadi, Zam memberikan bungkusan tadi kepada rakannya dan sekepul duit pun berpindah tangan. Aku takut tetapi terasa seronok pun ada . Terasa 'thril' sungguh menjadi penjenayah ini rupa-rupanya.


Kemudian, rakan kepada Zam itu membisikkan rancangan lain pula. Aku bertanya kepada Man, adakah dia tak risau tentang abangnya itu? Man hanya ketawa dengan gaya rock otai... rileklah brader, katanya. Duit itulah nak sara kami yang tak bersekolah ni, katanya lagi. Jadi, Man sudah tahu aktiviti abangnya itu dan aku kini telah terbabit sama.


Zam mengajak kami ke pekan semula. Aku hanya menurut. Sesampai di sederet kedai-kedai satu tingkat, kami bertiga pun letakkan motorsikal. Kami berjalan kaki di siar kaki. Aku masih berteka-teki, apakah misi Zam pada kali ini. Dua - tiga kedai kami keluar masuk tanpa ada tujuan, tanpa ada niat untuk membeli apa-apa pun. Aku musykil tetapi aku hanya turutkan sahaja. Kemudian, kami berjalan di depan sebuah kedai emas yang masih belum dibuka untuk berniaga.


Kami berlegar-legar di situ. Aku lihat mata Zam meliar ke atas dan ke bawah. Mata Man juga begitu. Aku sudah mula syak yang tidak baik. Tiba-tiba Man bisikkan kepada Zam, ada CCTV di atas. Aku terkedu kerana aku tak memakai topi keledar sedangkan mereka berdua itu bertopi keledar. Ini bermakna, jika mereka lakukan rompakan di kedai emas itu, wajah aku tentulah mudah dicam. Hati aku menjadi rusuh. Aku menjadi tak senang duduk. Aku minta mereka berdua jangan lakukan tetapi Zam telah nekad.


Di sebelah kedai emas itu ialah kedai perabot. Ada beberapa keping tilam disandarkan di siar kaki. Jika ada orang lalu, kami bertiga akan berpura-pura melihat-lihat tilam itu seolah-olah mahu membelinya. Namun begitu, ada seorang dua lelaki di situ, termasuk seorang pekedai, memerhatikan kami bertiga dengan rasa curiga. Mana taknya, Zam dan Man masih memakai topi keledar!


Melihatkan itu, aku meminta mereka batalkan niat mereka. Aku katakan ada orang telah perasan dengan gelagat kami. Tiba-tiba Zam menyuruh aku dan Man pergi ke motorsikal. Aku ajak dia sekalli tetapi dia kata nanti dia akan menyusul.


Aku berasa lega kerana aku fikir mungkin mereka berdua tak jadi untuk merompak. Atau mungkin mereka hanya membuat tinjauan dahulu dan akan merompak malam nanti. Kalau mereka nak rompak malam nanti, aku tak akan ikut. Walau pun aku lega tetapi aku masih bimbang kerana CCTV telah berjaya merakam wajah aku. Kalaulah pita rakaman itu diserahkan kepada polis, tentulah aku diburu untuk mendapatkan maklumat walau pun bukan aku yang merompak.


Aku dan Man tunggu Zam di tempat letak motorsikal sejauh beberapa buah dari kedai emas itu. Beberapa minit berlalu tetapi bayang-bayang Zam tidak juga muncul. Aku mula tak sedap hati. Aku suruh Man pergi lihat Zam. Rupa-rupanya Man juga berasa tak sedap hati. KAmi berdua pun ambil keputusan untuk pergi semula ke kedai emas itu. Baru beberapa langkah, aku terdengar bunyi hentakkan kuat pada pintu besi. Sejurus kemudian, aku terdengar beberapa letupan.


Cepat-cepat aku tarik tangan Man dan berjalan laju ke kedai emas itu. Aku lihat orang ramai sudah berkumpul di depan kedai emas itu. Aku dan Man menyelinap perlahan-lahan di celah-celah orang ramai kerana takut kalau-kalau ada orang perasan yang kami tadi bertiga. Sudah tentulah aku dan Man akan ditangkap.


Di depan aku, aku lihat Zam sedang terduduk di atas lapisan-lapisan tilam yang terbentang di atas simen siar kaki sambil tunduk memekup perut. Aku dan Man buat-buat tak kenal Zam dan teruskan berjalan hingga ke kedai depan. Aku bisikkan kepada Man yang Zam telah kantoi dan dia mungkin telah di belasah sampai senak perutnya. Tetapi, aku musykil pula dengan bunyi letupan tadi. Jadi, aku dan Man berpatah balik.


Ketika aku berselisih dengan Zam, aku terlihat darah merah bergenang di atas tilam. Zam kena tembak oleh pemilik kedai emas itu! Adakah Zam telah mati?


Aku sempat mengintai matanya yang terbeliak dan sumpah, aku ceritakan kepada Man, aku lihat mata Zam berkedip. Jadi, Zam belum mati. Oleh kerana kami berdua panik, kami pun hidupkan enjin motorsikal dan memecut pergi. Kami tinggalkan Zam dengan nasibnya. Di jalan raya menuju entah ke mana, kami berselisih dengan kereta peronda polis.



Aku terjaga dari tidur entah pukul berapa. Aku bangun dan minum segelas air. Ada terfikir untuk bersembahyang sunat tetapi mata masih berat. Jadi, aku rebahkan semula badan aku di atas katil.


Apabila terlelap semula, aku terus bermimpi. Kali ini, aku bersembunyi di kampung kerana aku teringat yang CCTV ada merakam wajah aku yang tak bertopi keledar. Manakala Man pula entah hilang ke mana. Aku dapat tahu dia telah melarikan dirinya ke Kuala Lumpur sedangkan aku masih berkira-kira mahu menyerah diri atau pun tidak... aku tak bersalah... aku tak bersalah....aku tak bersalah!!!





.

11 comments:

Wanpetunjuk said...

Lengkap sungguh mimpi ni. Kronologi penceritaan pun bagus...hehehe

Tijah said...

ni misti tido lebih 10jam nih. hehe

sepa said...

kalau tdo besok, boleh sambung blik criter nih, tak.? :p

Aku said...

Wan,
Mimpi yang masih maknanya melekat di dalam kepala.. imej yang paling kuat ialah Zam yang terduduk sambil memegang perut yang berdarah... menahan nafas seperti orang meneran sembelit... bayangkanlah... hahahaha





Sepa,
aku cuba...
dan malam tadi aku bermimpi lain pulak la...

Aku said...

Tijah,
aku tido jam 11 malam... tak sampai pun 10 jam. ni mesti sebelum tido aku tengok CSI kut...

AZANI said...

dalam realiti zam dan man tu sekarang ni masih di kampung lagi ke?
atau sudah berpindah?

tasekM said...

bulih pulak sambung2 mimpi eh...

aku.
kalau dapat mimpi sedap.
tiba2 terjaga.

bila nk lelap balik tu.
selalu mengharap.
sambung la...
sambung la...






harammmmmm...



.

Aku said...

Azani,
adiknya balik kampung tanam padi, abangnya duduk di Selangor kerja stor dan malamnya bukak gerai burger...




TM,
tu la, selalunya mimpi seram2 yg bersambung...

ko mimpi sedap tu camner gayanya? makan-makan la tu....?

tasekM said...

bukan.
mimpi berenang.

sbb aku tak reti berenang.
dapat berenang dlm mimpi rasa sedap bebenor.



.

Temuk said...

Bila terjaga awal pagi, kalau berkemampuan, elok sangatlah solat sunat tu.... Insya-Allah kalau bersambung pun mimpi dengan 'tajuk asal', 'ending'nya akan jadi cantik. Pernahkah Aku mimpi yang Aku sendiri tidur dan bermimpi sesuatu? Salam dari kakang.

Aku said...

TM,
kalau dah tau sedap bebenor, eloklah belajor berenang sebab memang sedap bebenor.. betul.



Kang Temuk,
Rasa-rasanya pernah kut tapi tak sampai bermimpi la.. pernah mimpi yang aku tengah tidur dalam mimpi tu. Yang selalunya, tengah mimpi tapi rasa macam tengah terjaga...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com