Thursday, March 1, 2012

Hikayat batu tersusun...

.





Beberapa tahun lepas, aku pernah duduk-duduk dan kadang-kadang baring-baring di atas batu yang terusun itu. Ya, refleksi bukan sahaja pada tapak kaki. Refleksi juga ada betis, peha, pangkal peha, punggung pejal, belakang dan tapak tangan. Kenapa dengan tapak tangan? Kerana refleksi penampar sulung perlu dipraktikan agar tidak lupa.


Aku duduk-duduk-baring-baring di situ sambil-sambil lihat-lihat air yang memancut sendiri, dan beberapa ekor mengkura hijau sebesar tapak tangan yang berenang-renang di dalam kolam air dan kadang-kadang mereka kelihatan berjemur di atas batu-batu yang pejal-pejal. Itu dulu-dulu.


Baru-baru ini, aku bilang semula jumlah mengkura yang ada di situ... cuma 2 ekor. Memanglah mengkura itu dilepas-bebas tanpa perlu dipanggil semula untuk membela diri. Tapi, ke mana pula mereka pergi? Satu persoalan yang perlu diajukan kepada 'Aduan Rakyat - TV3' kerana dengan adanya aduan rakyat, apa perlunya wakil rakyat lagi, ye tak?


Aku pernah membela mengkura hijau yang sama spesis dengan itu. Aku tak bela serentak tetapi secara bersiri. Kedua-duanya aku bela sejak ianya sebesar ibu jari kaki aku. Comel! Yang pertama, sudah terlalu besar untuk akuarium bersaiz  2kaki x 3 kaki. Jadi, aku buatkan satu kandang kecil tanpa bumbung (kepungan yang diperbuat daripada dawai mata punai). Satu hari itu, ia telah panjat dan hilang. Aku syak, ia telah selamat di longkang menuju ke monsoon drain. Biarkanlah.


Selang beberapa bulan, aku beli lagi seekor. Sama juga seperti yang pertama, satu hari itu ia pun hilang dari kepungan dawai mata punai. Ketika itu kedua-duanya telah sebesar tapak tangan dan kencingnya dah busuk. Aku syak, kencingnya dah bukan bertaraf muhaffafah lagi. Jadi, eloklah dia menghilangkan dirinya sendiri.


Aku ada terfikir nak bela mengkura spesis darat, tapi mahallah pulak. Ada spesis yang bulat-bulat macam batu. Besarnya kecil sedikit daripada penumbuk budak 7 tahun tetapi harganya mencecah RM60. Aku tak jadi beli.


Nanti-nantilah aku bela tungtung pulak. Boleh juga aku makan telurnya. Asyik makan telur ayam separuh mentah je. Sekali-sekala nak juga rasa telur tungtung campur madu, atau telur tungtung dadar...






.

8 comments:

SM said...

kalau kau duduk tepi laut, aku syorkan kau bela penyu. dapat kawan-kawan merasa gulai telur penyu.

sepa said...

ko bela lebah la, bang.! bulih dpt madu.hehehe...

*telur tungtung kecik sket dr telur penyu, dan agak tawar... bak kata tasekM, tak menendang.!

tasekM said...

tungtung?
bukan tuntung ke..?


.

Water Lily said...

tuntung la weh ha ha..

aku pernah rasa jgk nak berbaring kat batu2 tu..terutama time sakit badan aku mendatang .tp malu kat org.

Aku said...

SM,
penyu payah sangat nak cari makanannya.... hahaha



Sepa,
lebah tak ada telur... hahaha



TM,
ye ke?
kalau aku panggil labu air, tak boleh?




Kak Lily,
aku dengar orang sebut tungtung... eja nya pun macam itu la kut...

secangkir madu merah said...

untunglah..

Aku said...

SMM,
untunglah... tuntung eh?
orang tak sebut macam tu pun... keh keh keh

sepa said...

Mula2 aku heran gak ko tulis tungtung. Aku ikut jeh.

*kat Bota Kanan byk tuntung. :p

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com