Friday, January 18, 2013

Rumah jadi PUBLIC TOILET...!

.

May-day! May-day! May-day!


Rumah aku dijadikan JAMBAN oleh kucing-kucing jiran. Atau mungkin kucing jiran-jiran sebab aku tak kenal siapa tuan punya kucing tu.

Bukan seketul dua. Ianya dah banyak terlampau-lampau. Sekeliling rumah aku sudah jadi PUBLIC TOILET untuk kucing-kucing di situ. Sekarang ini udara di rumah aku sudah dicemari oleh BAU BUSUK tahi kucing.

Mungkin aku lambat berpindah ke rumah itu, jadi segala pasir dan tanah sudah dikenal pasti oleh kucing-kucing di sekitar situ. Tapi tidak juga. Rumah di sebelah kanan dan di hadapan belum ada penghuni, ianya 'For Sale'. Kenapa kucing-kucing tu tak nak ke sana untuk melepaskan hajatnya?

Bukan setakat tanah yang sekangkang kera itu sahaja yang dijadikan PUBLIC TOILET, pintu pagar masuk ke rumah pun jadi juga walau pun pasir-pasir di atas longkang sekadar 1/8 inci tebalnya (covered monsoon drainage). Habis di celah-celah pokok bunga pun dijadikannya PUBLIC TOILET tapi mungkin toilet untuk KUCING BETINA sebab tersorok sikit dan tak adalah terdedah sangat auratnya.



Aku berbincang dengan Mama untuk mencari penyelesaiannya. Diantara buah fikiran kami ialah:
  • Tampal pagar depan dan tepi (end lot) dan belakang dengan dawai mata punai (bukan lucah). Masalahnya nanti rumah jadi buruk pulak.
  • Curahkan minyak tanah di setiap jamban mereka. Masalahnya di mana nak cari minyak tanah di S.Alam ni? Tidakkah nanti mati pula pokok-pokok bunga aku?
  • Sembur Ridsect. Tapi aku rasa kalau nak sembur Ridsect, baik semburkan ke hidung kucing tu sahaja bagi 'tumpo' (mati).
  • Kaut segala tahi tu pada waktu malam kemudian pindahkan ke rumah kosong di depan. Hapuskan saki baki bau tahi kucing tu dengan cecair Clorox atau Thinner. Dengan kata lain, pindahkan PUBLIC TOILET.


Semua itu adalah DEFENSIVE. Kalau nak cari penyelesaian OFFENSIVE pula mungkin boleh begini:
  • Kucing-kucing tu agak jinak malah mahu mengikut masuk ke dalam rumah, jenis kucing cantik spesis berbulu ekor tebal. Jadi aku cadang nak tangkap kucing itu dan luku kepalanya 2-3 kali. Kasi ia menyesal dan tahu siapa 'taiko baru' di kawasan itu.
  • Tangkap dan kurung supaya tak makan. Bila tak makan, ia tak boleh nak berak. Eh, berdosa pula...
  • Parking kereta di luar pagar, bagi enjin suam-suam kuku. Tujuannya nak sediakan suasana yang kondusif untuk kucing-kucing itu melepak dan tertidur di bawah kereta. Kemudian hidupkan kereta dan terus undur cepat-cepat. Dengan secara tak disengajai, terlenyek kepala kucing-kucing tu.
  • Pegang kucing tu dan pejam mata. Apabila terdengar ada kereta lalu di jalan tepi rumah, lemparkan kucing tu tetapi kena pastikan mata terpejam. Kalau tidak nanti dikatakan 'dah nampak kereta nak lalu tiba-tiba lempar kucing'. Alibi tak kuat....



Oleh itu, adalah dirayu kepada anda semua
agar sudi berikan PETUA atau TANGKAL penghalau kucing

Tolong bebaskan rumah kami dari terus dijadikan PUBLIC TOILET.


GIVE US BACK OUR FREEDOM TO LIVE !






.

18 comments:

jeb said...

orang-orang vietnam buat nasi goreng kucing..mungkin boleh cuba..

tasekM said...

ini kisah aku.
baru2 ni aku naik tembok sekeliling rumah.
kesudahannya.
aku merindui kucing2 jiran yg selalu lepak-makan rumah aku gara2 dia dah tak boleh masuk kawasan rumah aku lagi dah.
celah pagar pun tak muat sbb pagar aku bangsa rapat2 belah bawah...


pssttt.... dgn kucing jgn marah2. lagi kau marah... lagi dia buat.




.

Nizam.Ariff said...

Jeb,
Hah... idea bernas tu.
Tapi.. kucing2 tu milik jiran... mau karang jiran aku yang 'makan' orang vietnam tu...



TM,
Kalau datang bertandang nak sembang2 minum teh ke kopi ke aku tak kisah. Ini tak, batang hidung tak nampak tetiba tinggal taik je... huh!

Memang nak kena sunat kucing2 tu nampaknya....

tasekM said...

jgn sunat.
cakap listen.... listen... listen...

cer try.

:p




.

Kniedaz said...

tahun lepas kami mengalami masalah yang sama..jiran tu bela kucing punya banyak..dia kurung dalam kandang kat tanah kosong seberang jalan rumah kami. Kandang lubang..diorang pi membuang depan rumah, dalam anjung..maka kami buat cara drastik..gi sound jek tuan punya nya..lepas kena sound baru dia melompat. (kalau kucing cantik, jual je hoho)

Nizam.Ariff said...

TM,
Hoh.. nanti kami cuba ek...
Mama ada tokoh nak cakap 'listen listen listen ' tu...



kniedaz,
aku tak sanggup nak konfront dulu...
aku nak konfront dgn kucing2 tu dulu... hahaha

fifie said...

Aku ada 13 ekor kucing sendiri mungkin tapi tak pernah ada masalah bau busuk. Haha. mungkin sebab kucing aku jenis ada good attitude kot.

amn said...

assalam ron


tak silap aku hajjah ibundo ada entri hal yg serupa, ada satu ulasan kalau tak silap letakkan boneka macam orang orang.

Nizam.Ariff said...

fifie,
kucing2 tu berak setempat kut.kucing ni beraknya sekeliling rumah... habis berbau rumah aku...



azani,
kucing ni kucing belaan, kucing manja dengan orang. Kalau letak orang2an, lagi la dia suka agaknya...

Temuk said...

Intai kucing balik ke mana. Malam2, pindahkan tinggalan kucing di pagar rumah itu (sebab itu hak tuan rumah itu + kucingnya).

Atau, tukar rumah dengan rumah orang lain di luar Shah Alam.

Atau (kawan Cina kakang pernah suruh kakang) letak An Jing. Yang ni agaknya efektif tapi nak kena cari Ri Mau pula untuk takutkan si An Jing kalau dia melepas.

Atau (the best solution), syabar yo.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
tahu yang empunya... jiran seberang jalan. kucing tu pun aku kenal, selalu datang, anak aku selalu belai2 ...

tapi petang tadi ada dengar isteri jiran marah2 kucingnya pasal berak kat depan rumah aku... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Petua cklah....walsupun agak kejam tapi pernah buat.;
Angkat kucing tu. Letak dalam kereta. Ambik kunci kereta. Terus ke pasar besar. Dan tinggalkan di bahagian ikan dan daging.Tu kes tk tahan sgt dan tk tau siapa punya kucing.

Sekarang ni...di celah rumput taman larangan cklah tu kucing jiran sebelah pula dikenalpasti sering melabur. Bila kita sembang secara kiasan dgn tuannya....dgn angkuh dia menjawab:
"Dok aihhhhhhh...kucing kami, kami dah ajaq dari depa kecik lagi guna toilettttt! "....huh, banyaklah toilet dia. Tuan dan kucing sama. Bukan seekor tapi 5!!!. Sabor je le...takkan teman nk gaduh dengan jiran sebab taik kucing. Digelakkan dek anak murid nanti...

Oh...salam ziarah. Hehe

ckLah @xiiinam said...

Kucing ni selalunya di rumah tuan dia memang baik. Tapi klu menyeberang ke rumah orang dia mula buat onar. Sebab tubkbnykn tuan kucing puji kucing dia baik. Rumah tuan kucing tak ada masah bau...sbb dia dah lepaskan di rumsh jiran.

CiKPuaNLawA said...

kita rasa kucin tu suka famili awak....tu pasal dia dtg dan buat tanda kat rumah awak... atau mungkin kucin tu nak bg tau awak sesuatu ke.. nak cakap listen5x.. tak reti...jadi dia tinggal kan tanda2 kat situ...
kot2 awak korek2 jumpa emas ke berlian ke.. kat kawasan tu.. atau nak mistik siket jumpa tangkal ke..?!!.. ahhaaa... ape aku merapu nih... hahahaaa...

cer awak letak pasir kat luar kawasan rumah awak... lepas tu klu kucin tu dtg ckp kat kucin tu.. kalau nak melepas g kat situ eyhh.. jgn dalam sini... kira macam ajar kucin sendiri lahh... klu x dengar jugak .. suh dia jumpa serepah kak Tasek M tu.. biar dia cakap... "let me speak.." 3x... heheee....

alienpakailipstick said...

g kedai pet shop.ada jual spray utk kat tanah..tak beracun

Jna marcello said...

mcm Na pulak dlu bela 4 ekor kucing taw..xde lak berbau..even smua kucing tu berak n kencing kat toilet...

sepa said...

ala... ko biarkan jeh...!!!

bila laman ko dah full dengan taik depa, dan depa dah takdak tempat nak pijak dah tak dak tempat nak korek, depa akan carik la tempat lain buat Public Toilet...

sementara tuh, ko biasakanlah diri dengan bau masam-kusam taik kucing tuh...


...

diharap cadangan aku ini membantu... dan diharap hidup anda sekeluarga akan menjadi aman dan tenang...!!!

selamat mencuba dan semoga berjaya...

sekian. terima kasih.!


.

Nizam.Ariff said...

cklah,
jiran dah tau.. dan dah mengaku awal2 lagi... dan dah marah kat kucing dia... tapi aku tengok kucing dia tu buat muka 'nehen' je... hahaha



CPL,
aku dah spray jenis benzin di dalam kawasan rumah... ada gumuk pasir diluar pagar tempat ada pili bomba.... dan ianya berpasir.... aku tak buat apa-apa di situ, aku harap dia jadikan kawasan itu tempat melepas hajat dia...



Alienpakailipstik,
hah.. .idea yang bagus.. nanti aku cari kalau cara sekarang kurang berkesan...



Jna,
Kucing sendiri senang nak ajar.... kalau kucing orang, macam mana nak ajarkan sebab mak bapak dia dah ajar entah apa-apa agaknya... hahaha



Sepa,
kalau nak macam tu, baik aku simenkan je semua kawasan bertanah aku ni... huhuuhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com