Monday, April 1, 2013

Puncak Rebutan

.
Apalah yang hendak direbutkan sangat. The higher you are, the harder you will fall. Puncak itu tak ke mana. Satu hari nanti akan tersungkur jua menyembah bumi.




Aku cuba faham begini: Mereka itu berbuat begitu demi kebaikan rakyat Selangor. Cuma masing-masing dengan caranya, strategi masing-masing, pengurusan masing-masing. Aku cuba berbaik sangka kerana kalau tak baik sangka pun, apa yang aku boleh buat.... aku hanyalah insan kerdil yang tersepit diantara ludah-ludah berapi dan busuk yang bersembur apabila mereka bertikam lidah.

Foto itu aku ambil dari satu sudut dari hutan kecil ketika matahari baru celikkan mata, air liur basi pun masih meleleh, igaunya pun masih berbaki mimpi malam tadi. Namun sinarnya tertumpah pada bangunan itu, memberikannya kelihatan keemas-emasan. Mungkin itulah sebabnya ia menjadi rebutan sangat. Aku tak tahu, aku agak-agak sahaja.




.

11 comments:

sepa said...

di bangunan itu ada emas... hehehe

sudipVSsenduk said...

takut tinggi...Acrophobia

Ellie Mariana Abdullah said...

Ya kah ada emas? ha ha ha..

smbotak said...

rebutlah, tapi jangan sampai nasi jadi bubar...

Kniedaz said...

rebut pun diorang yang dapat..orang bawah dapat apa?

ummuaidan said...

setiap pihak mungkin ade agenda masing2 kot ..itulah yg dok rebutkan tuh..:)

Daddy Ziyyad said...

Rebut..rebut.
Tapi ada yg tak nampak, yg di rebut itu ialah tanggungjawab. Tanggungjawab yang bakal di persoal di Padang Mahsyar andai tak dilaksanakan. Ingat, mahkamah tuhan, tiada kroni, tiada jalan belakang.

Puteri Purnama said...

cantiklah bangunan tu,dapat cahaya emas,tapi pinjam dari cahaya mata hari.

Nizam.Ariff said...

sepa,
kita tarah sama2 kalau ada... hahaha


Sudip,
Kalau takut rendah?


Waterlily,
at least emas yang kakak2 sana pakai kat badan....


SM,
biasanya memang jadi bubur....


kniedaz,
Betulllll....!


ummuaidan,
masing2 ada strategi dan caranya ... kadang2 tak nak mengalah....


Daddy Ziyyad,
Aku harap mereka baca apa yang ko tulis nih.. dan sedar...



Puteri Purnama,
Awak lihat lain daripada yang lain nampak.... dan dalam maksudnya tu...






aza ni said...

putrajaya pun tak jauh dah

Nizam.Ariff said...

azani,
kalau pakai teleskop boleh nampak tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com