Friday, January 24, 2014

Siapa dan apa pelawat mahu baca sebenarnya?

.

Salam Jumaat.

Aku simpan dulu cerita untuk entri nanti-nanti. Pada kali ini, aku ingin kongsikan sedikit analisis yang aku cerap dari blog aku sendiri.

Aku selalu berfikir apakah jenis cerita yang ramai blogger suka membacanya. Aku lawati beberapa blog-site dan aku lihat 'popular entry'. Aku cuba cari kaitan antara cerita entri yang popular tersebut dengan majoriti cerita yang ditulis di dalam blog tersebut. Hasilnya, kebanyakkannya ada kaitan antara tajuk entri yang popular dengan kebanyakkan cerita-ceritanya. Malah, cerita-cerita yang popular di blog tersebut boleh dikatakan cerita yang 'selesa' untuk diceritakan oleh penulisnya.

Bagaimana pun andaian aku ini bersandarkan bahawa, pertama: blogsphere atau internet telah mempunyai tahap ketepuan peminat yang cukup untuk mengandaikan bahawa semua genre penulisan mempunyai cukup ramai peminat dan mereka mempunyai potensi untuk membaca...contohnya: peminat kaki pancing cukup ramai dan setara dengan peminat hiasan dalaman, dan begitu juga peminat cerita hiburan dan gossip. Jika tidak, kesimpulan yang aku buat itu 'bias' atau 'skewed'. Kedua: entri popular yang aku tengok di dalam blog itu adalah dibandingkan dari entri-entri di blog itu sahaja dan bukannya dibandingkan dengan blog orang lain. Ini bermakna, tidak kiralah berapa ramai pelawat dalam blog tersebut, yang penting majoriti pelawat yang datang telah membaca entri yang mana di dalam blog tersebut.

Bagaimana pula dengan blog aku?

Setulusnya, aku sendiri keliru. Kalau dahulu, entri popular aku terdiri daripada cerita-cerita sketsa lawak. Kemudian para pelawat blog aku beralih kepada kisah sketsa seram. Namun satu-dua tahun ini, ramai pelawat membaca entri-entri berikut:


All Time Favourite


Yang popular dalam seminggu


Apa yang aku dapat simpulkan ialah para pelawat kini suka mencari subjek yang spesifik dan subjek yang memberikan lebih informasi.

Untuk entri 'Umpan untuk memancing...' itu, LydSunshine ada memberi komen berikut:



Aku tak tahu apa itu SEO tapi bila aku tengok balik statistik itu, baru aku faham apa itu SEO (walau aku masih tak tahu apa sebenar SEO... hahaha).






.

15 comments:

cinta said...

tetiba rasa nak tahu SEO tu apa.

t.a.t.a said...

aku tahu ia nya ada kena mengena dengan trafik sesuatu web. walaupun study dalam bidang IT tapi aku tak minat sangat bab-bab ini semua.

Lady Windsor said...

aku baca blog kengkawan bila aku ada masa, pasal topic aku tak kisah sebab pada aku semua kisah atau cerita yang ditulis pasti ada maksud tersendiri pada penulisnya. Seboleh-bolehnya memang aku nak visit semua blog kengkawan ni tapi kan daya, masa aku ada sangat terhad..


dan aku pun tak kisah orang nak masuk baca ke tak blog aku. ada orang masuk, yay! tak dak orang jenguk, pun yay juga! sebab dah dihujung usia ni I just wanna throw my thot sebab aku dah menulis sejak 25 tahun lalu..dah jadi addict.

suka suka said...

tak tahu juga pasal seo ni... akan baca blog ni bila nampak hijau-hijau gitu... entri sebelum ni dlm bloglist ingatkan petai... ketak-ketak panjang.. bila buka blog..ooo cik ulat rupanya...

aizamia3 said...

teringin nak tau apa itu SEO tapi tak pernahnya nak cuba amik tau.. hehehe..

aizamia3 said...

teringin nak tau apa itu SEO tapi tak pernahnya nak cuba amik tau.. hehehe..

Daddy Ziyyad said...

kau nak SEO terhebat...buat tajuk " Fasha Sanda Bogel"...wakakakaka

aku pernah buat satu entry pasal Fasha Sanda pakai bikini di Bali...mmg sampai sekarang org klik entry tu...padahal takda pun gambar minah tu dlm entry aku..bahahah

LydSunshine said...

pergh.,... mekasih secara tak langsung promote diri aku..

Dia ada 2, pertama apa bend ayg org search dan gugel. Biasanya org ni bukan follower blog ko.Tapi baca blog ko skali tu je la. Kedua, pembaca blog ko sendiri. Kalau aku, aku lagi suka tema entri ko kalau berkenaan sesuatu yg membuat aku berfikir. Walaupun entri ko kadang2 kompleks skit utk aku digest, tapi aku suka gaya penulisan macam tu. Aku ni, sukakan fakta jugak. So, bila sekali sekala ko tulis tentang fakta apa2 aku rasa terisi masa aku dgn sesuatu yg bermanfaat. *wp blog aku pun biasanya post entri tak bermanfaat. muehehe.*. So, ko teruskan le menulis ye.

Kniedaz said...

kalau aku ada masa, aku baca semua blog yang aku frequent tak kira apa topik..sebab kalau ada 20 frequent, aku dapat 20 jenis cerita yang berbeza..aku pun tak tau SEO tu apa..CEO aku tau la..hehe

Granny Hani said...

Menulis bukan kerana nama...yg tersurat itu adalah yg tersirat...

aza ni said...

tulis je bro

Nizam.Ariff said...

Cinta,
tahu satu, faham pun satu gak...

Tata,
Ooo... ko orang IT...

LW,
Aku pun sama macam tu gak..

Suka-suka,
Petai?.. hahaha..

Nizam.Ariff said...

aizamia,
Tuu... LyDS dah terangkan...


DaddyZ,
Aku pernah buat tajuk yang ghairah macam tu gak...'Foto bugil..' dan ramai dari seberang yang datang klik... hahaha


lydS,
Ooooo... baru tau... thanks.

kniedaz,
aku pun lebih kurang begitu gakk..


Granny Hani,
Mendalam tu, cikgu.... hahaha


Azani,
Ok bro... aku tulis seandai termampu..

Rapunzel Cikilolo said...

aku sendiri tak faham benda2 tu...

haha.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
that makes us two of us... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com