Ini satu petua amalan yang bagus dan mudah untuk mengesan jika ada sesuatu
yang 'kurang kena' dengan kereta kita. Ia mungkin tidak memberitahu cara-cara
membaiki kereta tetapi ia memberi petunjuk untuk kita pergi ke pusat servis
kereta.
Amalan 1 : Pusing di sekeliling kereta sebelum masuk.
Ambil masa 30 saat untuk berjalan mengelilingi kereta sebelum membuka
pintu kereta. Ada banyak kebaikkannya. Biasakan menghampiri kereta dari bahagian
hadapan dan pusing ikut sebelah kiri kereta hingga ke pintu pemandu.
- Lihat jika keempat-empat tayar kereta kurang tekanan angin.
- Lihat jika terdapat sesuatu objek yang mencurigakan tertancap pada tayar.
- Lihat jika badan kereta ada kesan kemik yang baharu.
- Lihat jika terdapat najis burung di atas kereta (bersihkan segera kerana najis burung berasid dan akan meninggalkan kesan pada kemasan 'clear coat').
- Lihat jika terdapat kesan umpil atau cermin dipecahkan.
- Lihat jika pintu kereta telah 'unlocked' sebelum kita tekan 'remote', mungkin ada tetamu tidak berundang di tempat duduk belakang.
Amalan 2 : Ketika undurkan kereta, lihat jika ternampak kesan minyak atau cecair pada
lantai.
Seelok-eloknya kita letak kereta kita di satu tempat yang sama. Jadi, jika
selepas mengundurkan kereta kita terlihat seperti ada tompokkan minyak atau
cecair di atas lantai, hampir pasti ia datang dari kereta kita.
- Jika ia sejenis minyak berwarna hitam, ia mungkin minyak enjin atau minyak gear (manual) yang telah bocor.
- Jika ia sejenis minyak berwarna merah, ia mungkin minyak gear (automatik), minyak brek atau minyak power steering (jenis hydraulic).
- Jika ia sejenis minyak tanpa warna, ia mungkin cecair pelincir yang bocor dari sistem pendingin hawa.
- Jika terlihat seperti BEKAS tompokan cecair yang sudah kering, ia mungkin petrol yang tertumpah.
- Jika ia sejenis cecair berwarna hijau, ia mungkin cecair radiator yang telah bocor (andai diguna cecair 'radiator coolant warna hijau').
- Jika ia sejenis cecair tanpa warna, ia mungkin hanya air kondensasi pendingin hawa TETAPI jika kereta belum digerakkan e.g. di waktu pagi, ia mungkin kencing kucing!
9 comments:
Bila baca tu semua aku rasa ambil masa lebih 30 saat Zam. Tapi apa pun memang tips yang bagus.
Thanks!
Tata,
Kalau dah biasa, tak sampai pun 30 saat... jalan sambil lalu sahaja, sambil jeling-jeling je... kalau ada sesuatu yang pelik pasti perasan... tapi kena buat selalu.
aku dapat rasa entry ni motif utamanya hanya nak kata ada kencing kucing kat bawah keta kan. hehe.
apapun, tip yang baik. selama ni aku ada jugak nampak kesan minyak2 ni tp aku mcm buat tak tau je la sbb bukan aku tau pon minyak apa. nnt aku kena hafal la points dlm entry ni.
amalan pertama tu biasa buat.. tapi adakalanya terlepas pandang gak sebab nak cepat.. hehehe..
amalan yang kedua ni nak kena biasakan diri..
ayat yang last tu tak menahan.. 'ia mungkin kencing kucing..' ;)
Lyds.
Tak...tak...takde kucing kencing....haha.
Aku ikhlas tulis ni.....
Aizamia.
Ya...itu sebablah aku tuliskan disini agar ingat mengingati...
erk najis burung...dari isnin xbersihkan...hahaaa...da bcmpur dgn debu pembinaan mrt+bangunan..aiyak
aishah.
dah sebati lah tu...haha
tetap nk ucap terima kasih atas peringatan ini walaupun dh lambat (org kata biar lambar asal sempat..hehe).
tips yg bagus sekali. akan jadikan amalan lebih2 lagi bab pusing kereta dulu, at least bleh tambh langkah berjalan dlm sehari!
Su.
Eloklah tu...beringat-ingat itu bagus... ;)
Post a Comment