Sunday, August 13, 2017

Makan, baru kira....ataukah kira, baru makan?

.

Kalau makan nasi campur yang ambil sendiri lauk pauk, aku suka amalkan kira dahulu, baru makan. Aku rasakan ianya lebih adil untuk kedua2 pihak.

Lainlah kalau hidangan itu jenis tunjuk2 atau saiz hidangan sudah ditentukan. Kalau begitu, aku makan dahulu.

Kisah Sabtu semalam di sebuah kedai makan itu, kerap kali kalau aku makan di situ tukang kiranya lambat datang. Kedainya luas, ramai orang. Aku faham. Yang aku tak faham, kenapa tukang kiranya hanya seorang. Selebihnya hanya pelayan yang tak dibenarkan untuk kira.

Jenuh aku tunggu, tak sampai2 juga. Makanan dah di depan mata ni, perut dah lapar, air liur dah kecah2 ke penjuru bibir tapi tak boleh nak mula makan.

Patutlah aku lihat ramai yang beratur untuk bayar. Sebabnya masing2 kena beritahu apa yang dimakan. Dah macam sesi soal jawab pula.

Tak boleh jadi kalau begini.

Lalu aku keluarkan handphone, aku snap foto pinggan aku, Ariff dan Mama. Mungkin ada mata2 liar memandang sinis...kononnya aku nak update insta atau FB. Lantaklah. Maaf ye, aku tak ada insta atau FB.

Bila usai makan, aku beransur untuk bayar. Kena beratur. Aku lihat ada 8-10 orang sedang tunggu giliran, termasuklah aku. Seperti yang aku duga, memang lambat sebab setiap seorang kena ingat balik apa yang dimakan. Mulalah mata mereka merenung siling. Lepas tu kena terangkan sayur sikit atau banyak, lauk kecil atau besar, tempe berapa keping dll.

Sesampai sahaja giliran aku, aku suakan handphone dan suruh dia tengok foto makanan tadi. Biarkan dia tengok dan kira sendiri berapa banyak kupang yang aku ambil.



Aku dah tua, payah nak ingat apa yang aku dah makan. Lagi pun perut dah kenyang, aku jadi bodoh sikit. Maaflah.


.

4 comments:

Kay said...

Biasanya kami catat dalam nota telefon je. Tapi mesti mcm tak puas hati kalau mahal. Maka, lenkali amik gambo la senang... :-)

Nizam.Ariff said...

Kay
Yesss...haha

Rapunzel Cikilolo said...

pintar....

hahaha.

terasa nak tunjuk thumb up pulak.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Tunjuk la....aku boleh nmpk..haha

Rap, apsal nk komen kat blog ko kena daftar google+ lak? Dulu xde pun...aku gayat bab nk daftar2 ni...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com