Sunday, November 5, 2017

Apa yang Hang Tuah rasa?

.

Laksamana Hang Tuah.

Namanya mashyur di seluruh nusantara. Juga di negara2 asing - China, Portugal, Siam, India, Belanda Jepun - melalui catatan2 sejarah mereka tentang Melaka. Dia terkenal sebagai seorang pahlawan yang digeruni dan banyak memenangi (menjuarai) peperangan (perlawanan).

Kegagahannya mendapat pujian orang ramai, mendapat tepukkan gemuruh dan ucapan tahniah. Dia menjadi ikon kepada sebuah negeri yang bertaraf empayar dengan kekuasaan yang luas.

Tapi jangan kita lupa, kejayaan Laksamana Hang Tuah datang dari kelebihan yang didapatkan dari istana. Ia hasil dari percaturan liciknya. Dan di tangan Laksamana Hang Tuah ada:-

  • Hati si gadis Orang Laut yang retak berkecai
  • Darah sahabatnya, Hang Jebat yang mati dalam kekecewaan
  • Cinta Tun Teja yang hancur luluh akibat diperdaya
Dengan segala kejayaan dan kemahsyurannya itu adakah dia merasa benar-benar bangga? 

Hanya dia yang tahu apa yang dia benar-benar rasa...


(bolasepak)

.

2 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

deepnya. sampai tak nampak kaitan yang kena mengena dengan bola sepak. huhu,

Nizam.Ariff said...

Rap.
Hahaha....adalaaa...esok lusa nanti nampaklah kaitannya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com