Saturday, March 3, 2018

Senja di Muara...

.

Petang Sabtu, tak ada apa nak dibuat. Aku pergi ke Tg Harapan, Klang. Sambil dengar orang basking, aku lemparkan umpan ke laut.


Bulan penuh. Air pasang besar, hingga ke atas batu. Pada mulanya, aku guna batu ladung. Oleh kerana balingan aku kurang bertenaga, ianya jatuh tanpa melepasi sempadan batu tambak. Memang sangkutlah jawabnya. Air pula deras sebab sedang pasang.

Aku tukar taktik. Aku guna umpan hanyut, guna pelampung. Sayugia anak ikan sahaja yang sudi sebab umpan tak mendap ke dasar. Ianya tergantung dibawa air.


Tapi dapat jugalah anak si Gerut-Gerut ini. Goreng 10 rasa pun sedap juga ni.

.

6 comments:

Hans Hanis said...

wah
mak saya suka lah ikan gerut2 nih

Anonymous said...

huhuhu.

tanjung harapan dulunya disebut sebagai tanjung gila.

lokman cakap, umpun - umpun situ murah.

hritu singgah tak jadi nak survey.

SmBotak said...

selama ni baru 2 kali ke sana.

1. lepak dengan kawan-kawan.

2. dating...

apa pun, kalau balingan tu sampai ke jangkauan yang sepatutnya mungkin boleh naik tetanda kot.

Nizam.Ariff said...

Hans.
Gerut2 kalau besar mmg sedap...

Rap,
Lokman pernah mancing di situ?

SM,
Kalau air tak pasang besar, boleh le pegi atas batu tambak, lontar jauh ke tengah sikit. Tapi kat situ air laju...kat kuala.

Anonymous said...

masa bujang - bujang dulu. katanya kalau nak turun laut dia turun somewhere there la.

tapi semenjak kahwin ni tak pernah lagi aku tengok.

aku pun tak bagi la kalau dia nak memancing berhari - hari tu.

huhuhu.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Aku tgk masih ramai jugak yg bersidai kat situ memancing. Tak tau mmg galak atau tak. Aku jarang dpt byk...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com