Wednesday, October 17, 2012

Aku dicucuk oleh wanita bertudung labuh itu

.

Menjadi rutin aku apabila telah menghampiri usia mati ini, aku perlu periksa tanda-tanda kematian biasa yang ada di dalam tubuh aku. Tanda-tanda kematian yang luar biasa, biasanya tiada pada tubuh.

Kalau dapat aku singkap sedikit rahsia itu, sekurang-kurangnya aku dapat meneka bagaimana aku akan mati nanti. Ya, hanya meneka kerana sebab musabab kematian itu hanya Tuhan yang tahu.






Bagaimanakah darah dapat menunjukkan tanda-tanda kematian aku?

Kita perlu singkap rahsia yang terkandung dalam darah itu. Kita berdoa agar hijab tanda-tanda itu dibuka dan kita dapat lihat dengan jelas keadaan tanda-tanda itu.

Untuk orang-orang yang sedang menghampiri usia mati ini, eloklah kita lihat tanda-tanda kematian, tidak lain bahkan bukan, adalah untuk menyediakan diri. Sebaik-sebaik tindakan ialah memelihara anugerah kesihatan. Menjaga amanah yang Tuhan berikan kepada ruh kita.

Apa amanah itu? salah satunya ialah menjaga jasad yang diberi pinjam selama mana kita gunakan jasad itu untuk berkebun dan berladang.

Janganlah hendaknya kita henyak jasad itu sehabis-habisnya tanpa diselenggara dan dibaiki. Memanglah pada satu hari nanti jasad itu akan menjadi busuk dan dimakan cacing tanah, tidak kira secantik mana pun jasad itu, tetapi selama ruh kita menumpang teduh dalam jasad itu, sudah semestinya kita kena jaga.


Ayuh!
Ape lagi, moh le kite nengok tande-tande kematian kite...





.

19 comments:

kucingorengemok said...

aku rasa kalau kena cucuk gitu aku pitam la

Nizam.Ariff said...

KOG,
hah??
Takkan sampai gitu sekali.....
ko takut darah ek?

Ujie Othman said...

baru kena cucuk last 2wks, letih dia cari urat tak jumpa..lama gak lebam kat situ.

Nizam.Ariff said...

Ujie,
urat menyorok bawah daging tu... hahaha

Lady Windsor said...

Ada sekali tu aku rasa nak fcuk je bebudak nurse sebab depa cucuk aku tujuh kali nak cari vein. Masuk yang kelapan baru jumpa vein tu. Ko bayangkan depa nak cucuk kat leher aku..mampos ahh! Tapi bila dah cucuk drip, depa cepat2 letak topeng anesthetic. Aku pengsan terus tak sempat nak marah pun...
Lepas tu masa jumpa doktor panel, dia serender sebab lima kali cucuk tak jumpa vein, tapi bila dia tampar kulit tu ada je nampak vein warna biru. Dia kata aku ada bela hantu...chisss!
Tapi kalau saat kematian tiba, bahagian paling bawah yakni ibu jari kaki dulu akan kebiru-biruan seolah-olah tiada darah pun sampai ke situ...

aza ni said...

kalau nurse otai yang cucuk sekali tampar dah boleh cucuk.straight dapat sample, kalau yang muda,dari lengan sampailah ke belakang tapak tangan pun payah nak jumpa.pasal tu kalau gi blood sampling aku sengan hati kalau yang mak mak atau sebaya ambil.

Lady Windsor said...

Amn,
Aku rasa depa ni tak baca Bismillah, sebab tu payah nak cari vein..walaupun vein tu hanya sejalur darah, ia adalah sebahagian anggota badan kita dan perlu di hormati, sebab tu kalu yang muda2 ni cucuk, depa main rodok je...payah nak jumpa. Cer kalu yg tahap mak2 ni kan, org kata ada tama'ninah nya, darah pun ada semangatnya juga..

sepa said...

LW, lucu eh. 8kali tuuuu... sadis.! eh, aku pernah bawak membesar ke klinik kesihatan di luar bandar, misi tuh cucuk cucuk cucuk cucuk, aku dah tak terkira berapa kali cucuk, tak jumpa jugak vein tuh. sudahnya dia buat tak kesah. bila ke bandar, dak doktor cucuk sekali jeh pun, easy2 jeh.

:)

Lelaki said...

jommmm!

Lady Windsor said...

Sepa,
Aku punya pengalaman lagi, misi berpeluh nak cari vein sampai baper kali sontot jarum butterfly kat bahagian atas tangan aku...sampai sudah tak boleh. Then datang doktor, terus ambik jarum dari misi, sebelum tu dia minta izin nak pegang tangan aku...dan baca Bismillah, terus membuak2 darah keluar ikut drip masuk dalam tabung uji dan aku tak rasa sakit. Ko tau aku nampak muka doktor tu macam hensem nau....muehehehe.
Doktor kata lengan aku bangsa pejal, vein kena himpit oleh tekstur berjuta vein lain, tu yg sadis sentiasa kalau nak ambik blood sample..pehh sakit siot kenkadang!

sepa said...

LW,

dak Dino, camner pulak criter ar. aku agak, vein dia mau sebesar jari kelingking. hehehe...

oya, aku tak pernah ada pengalaman ambik darah cucuk di lengan. cucuk di hujung jari pernah - depa nak tau blood-group. :)

Lady Windsor said...

Aku rasa vein dia kecik la ko..Dia kan anak bongsu, tak besa buat keje berat, jadi vein tak mengembang...buleh pakai dak teori aku neh?

Aku pulak kerap kena cucuk untuk test blood, sampling sana sini dan sekali sedut dok ada dua balang tabung uji kecil..aku dah immune dengan jarum. Ko bagilah bapak jarum pun, aku boleh tahan lengan atau tangan, cuma aku tak akan tengok je sebab aku mabuk darah. Bau dan warna darah buat aku rasa nak pitam...

Nizam.Ariff said...

LW,Azani,Sepa,

Setakat ni doktor ke misi ke senang je nak ambik darah aku. Kenapa:

1. Sebab kulit aku putih, senang nampak salur darah biru.

2. bila time nak cucuk, aku minta kebenaran nak zikir dulu. bila zikir, seluruh tubuh ikut zikir dan bergetar.... jadi urat darah pun timbul secara semula jadi tanpa perlu ditampar-tampar......


ok.. yg ke-2 tu aku tipu.. keh keh

sepa said...

yang pertamapun aku ragu... bukan ke ko kaler sawo, atau langsat.! hahaha

Nizam.Ariff said...

sepa,
itu duluuuuuu......
skrg lainnn....
skrg ni aku dah letak bedak banyak-banyak dah sampai macam tepung gomak...

Lady Windsor said...

Wakakakakak aku baru nak cakap mekaseh sebab bagi tips no 2 tu, maybe len kali aku boleh praktis sebab depa selalu fail bila nak suck darah aku..cehhh!

Nizam.Ariff said...

LW,
kakakakaa....
eh, tapi ko cuba la... mana tau menjadi... pahala pun dapat

Lady Windsor said...

a ahh..barang baik, tak rugi cuba kan? kan?

Nizam.Ariff said...

LW,
tak rugi.. untung lagi adalah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com