Friday, January 10, 2020

Pengalaman pertama di Klinik Kesihatan KKM di Sek. 7, Shah Alam

.
Sudah sekian lama aku tak datang ke Klinik Kesihatan KKM. Kali terakhir aku ke Klinik Kesihatan KKM ketika zaman sekolah dulu, kecuali menemani mak bapak ke klinik di kampung. Sejak mula bekerja, aku dan keluarga menggunakan khidmat klinik swasta kerana ditanggung syarikat.

Dalam perjalanan menuju ke arah bebas kerjaya, aku dan keluarga perlukan perubahan, perlu hijrah. Salah satu aspek hijrah itu ialah perubahan minda / persepsi.

Pada kali ini, fokusnya pada khidmat kesihatan. Walaupun bebas kerjaya, tiada kompromi dalam faktor kesihatan. Oleh kerana kos penjagaan kesihatan sering meningkat sedangkan tahap kesihatan semakin menurun mengikut umur, seharusnya aku perlu atasi cabaran ini.



Kaunter nombor giliran di klinik kesihatan dibuka 7.30am tapi sudah ramai yg menunggu. Mama ambil nombor jam 8am, sudah berpuluh nombornya.



Pertama sekali selepas ambil nombor, kena daftar sebab Mama belum pernah datang ke klinik itu. Sepatutnya selepas daftar kena buat ujian saringan dahulu yakni ambil bacaan tekanan darah. Tapi kerana tak diberitahu, Mama terus masuk ke bilik rawatan. Akibatnya kena patah balik.

Agak kelam kabut jadinya tapi tak apa, itu pengalaman. Nanti senang sikit sebab sudah tahu prosedurnya.


Yuran pendaftaran bagi warganegara cuma RM1. Untuk warga asing, RM40.

Ujian saringan darah diperlukan. Oleh kerana kami dah sarapan, Mama perlu datang semula dalam keadaan berpuasa, seminggu lagi.

Memanglah nampak macam prosesnya memakan masa dan panjang tapi bagi aku ianya satu perjalanan. Kecualilah jika kecemasan atau sakit, ujian berkala seperti ini adalah satu proses dalam sebuah kehidupan. Tak perlu terkejar - kejar.


Aku rasa macam nak buat satu blogsite yang baru tentang Bebas Kerjaya. Nanti lah aku fikirkan dulu...

.



No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com