Wednesday, May 14, 2008

Jalan2: Kita Masyarakat Penyayang?

'Siapa kata?'
Orang tua dengan rambut kusut-masai mengherdik. Dia bangun dari baringan beralas kotak keras di kaki lima.

'Siapa yang kata?'
Orang tua itu pergi kepada orang lain di kaki lima itu. Orang-orang yang lalu lalang di situ minggir, mengelak. Orang tua itu menanyakan soalan yang sama kepada sesiapa sahaja yang lalu di depan matanya. Seluar jeans yang rencam dan koyak di kaki seluar, bertampal dan masam. Baju kemeja lusuh lembab dan melekat pada tubuhnya dengan hanya dua butang yang masih tinggal.

'Aku tanya ni, siapa kata?!!'
Dia tak puas hati. Orang ramai melemparkan senyum sinis sebagai jawapan. Dia terus mundar-mandir mencari jawapan hakiki. Masih seperti tadi, sikap prejudis masyarakat kita amat menonjol. Ke'geli'an masyarakat kita kepada orang -orang seperti ini masih ada. Masyarakat penyayang konon!

'AKU TANYA, SIAPA YANG KATA????!!!'
Orang tua menjerit sekuat hati. Orang ramai berasa sedikit kecoh. Beberapa ekor burung Pipit terkejut, lalu terbang melewati Menara Condong Teluk Intan.

'HOTLINK !'
Makcik Wok menjawab dari dalam kedai kasut.
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com