Tuesday, May 27, 2008

Jalan2: Mat Salleh USA



Aku kurang pasti, kenapa dia yang senyum lebih-lebih?
Kertas speket tu untuk aku, kenapa dia yang happy? Sepatutnya aku.

Mungkin dia fikir dia telah berjaya menipu aku dalam ceramah dua hari ni. Mungkin juga kerana dia fikir dia telah berjaya membuatkan aku lemas dalam Tong Sardin hanya untuk mendengar ceramah dia. Sorry... aku belum cukup tertipu, aku belum cukup lemas kerana aku tarik nafas panjang-panjang sebelum menyelam.

"Well, gentleman, please DO NOT forget George".
George? Nama dia Robi. George yang mana pulak ni?
"George? I told u the story yesterday. Don't u remember?" Dia tepuk bahu aku.

Apa-apalah... aku mengalah. Buat macam tau.
"Hahahahah.. " aku hamburkan ketawa. Buat-buat faham.
"But... it was a sad story...my friend"

Laa... patut la orang lain tengok aku semacam.
"Robi, you got me this time..." aku tukar scene sedih.
"No. Not yet"
"????????"
"It WAS really a JOKE about George! HAHAHAHA..."Robi ketawa terbahak-bahak. Yang lain macam pak turut, ikut ketawa terkekek-kekek. Aku? aku diam je...
"You really really really got me this time......."
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com