Wednesday, November 19, 2008

SkeTsa: Lintah Darat

Tok Ketua tersenyum pada Man RELA. Kembang kuncup hidung Man RELA bila dipilih jadi wakil Tok Ketua untuk buat satu pengumuman yang penting. Dia panjat kerusi. Dia angkat pembesar suara.

"Mandat telah diberi oleh Tok Ketua kepada saya..." kembang kuncup hidungnya.

"Dan setelah diperkenan oleh yang empunya konsesi jambatan pinang nan sebatang ini..." Man RELA jeling Tok Ketua, makin kembang hidungnya.

"saya dengan ini mengumumkan bahawa pihak empunya konsesi jambatan ini akan memberi lalulan PERCUMA....tak perlu bayar TOL"

* Horeeeyy! Horeeey! *


"Benar tuan-tuan dan puan-puan. Tak pernah terjadi dalam sejarah!"


"Laluan PERCUMA ini akan berkuatkuasa mulai ESOK ..........."

*HOREEEEYYYY! HOREEEYYYYYYYYYYYY!*


"..... iaitu mulai pukul 1 tengah malam hingga 4 subuh setiap hari! "


Man RELA ketawa bangga....sorang-sorang.
Orang kampung tercongak-congak, tergaru-garu kepala, bilang-bilang jari tangan.........* plop! *







Melihatkan itu, Tok Ketua pun lari entah kemana...........






.

2 comments:

Anonymous said...

mari kita tukar waktu kerja kita ke 12 tengah malam hingga 7 pagi.

mengarut!

Nizam.Ariff said...

Alina,
Tu la...
Masa pengumuman di TV# tu, menteri tu tak rasa macam orang bodoh ke...? alahai.....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com