.
Agak lama juga aku tak kongsikan mimpi-mimpi setelah mimpi-mimpi aku yang sebelum ini telah dibukukan dan diedarkan kepada yang berminat. Tapi mimpi malam tadi membuatkan aku terjaga serta merta. Jadi, elok juga aku ceritakan serba sedikit tentangnya...
Ia berlaku di satu IPTA yang bersebelahan dengan hutan simpan. Ketika itu ramai pelajar baru balik dari bercuti, jadi suasana asrama menjadi kecoh dan sibuk. Paling tidak, memilik bilik yang lebih bagus dan bersih. Aku ke situ dengan Sepa (hasrihasfadotblogspotdotcom). Kenapa mimpi aku ada Sepa? Mungkin sebab sebelum tidur aku baca what'sapp yang datang dari dia.
Aku dan Sepa jalan-jalan di asrama itu bukan kerana kami belajar. Kami hanya sekadar jalan-jalan dan bertegur sapa. Kami masuk ke bangunan asrama dan bertegur sapa dengan para pelajar. Sepa yang rajin menyapa dengan gaya dia.
Aku pula lebih banyak diam dari bertanya. Kadang-kadang gaya Sepa itu lebih kepada lonco pun ada...bertanya seolah-olah mereka itu 'junior' kami sedangkan kami bukan pelajar. Ada juga ibu bapa yang menghantar barang-barang ke bilik anak mereka, maka kami pun beramah mesra juga.
Kami juga masuk ke bilik air yang dikongsi beramai-ramai...seperti biasalah, bilik air asrama lelaki bukannya semenggah, dinding terkopak, kepala paip hilang, air bertakung, jenang kayu yang mereput, malah ada jubin lantai yang terkopak dan hilang, berlumut, air menitis dari bumbung... geli.
Keadaan bilik air yang begitu menyebabkan hidung aku tersumbat, sesak nafas dengan baunya. Mual pun ada. Kami sempat berpesan kepada beberapa pelajar agar mencuci bilik air. Sungguh tak berselera aku nak tengok.
Selepas keluar dari bilik air itu, kami terserempak dengan warden, yang juga seorang pensyarah di situ. Dia bertanya sama ada kami ini pelajar atau bukan. Sepa tak menjawab. Aku jawablah. Aku kata aku dulu pernah masuk IPTA itu tapi di cawangan lain. Sebelum itu, aku belajar di IPTA lain. Pensyarah itu angguk-angguk mesra...malah kami sempat bertukar-tukar pandangan tentang beberapa isu semasa.
Tapi perkara tentang bilik air yang tak sempurna itu tetap menjadi topik utama. Apabila teringatkan bilik air itu, tetiba aku jadi sesak nafas. Aku tarik nafas tapi aku tak boleh hembuskan. Aku tarik lagi tapi tak boleh hembuskan semula. Aku panik. Dada seperti menggelembung...setiap nafas yang aku sedut terus kekal dalam dada. Puas aku hembuskan tapi tak boleh...seolah-olah udara yang aku sedut itu melekat pada dinding paru-paru.
Dalam aku menggelepur itu, aku terjaga. Nafas aku terhenti. Hidung aku tersumbat. Serta merta aku bernafas laju menggunakan mulut. Dada berdebar kencang, kepala sakit...
Aku rasa pada masa itu muka aku mungkin sudah naik biru...
Dan Sepa sikit pun tak nak tolong buat CPR.... ciss!
.
22 comments:
Kahkahkahhh...tetiba rasa nak belasah org je...:)
JunAina,
Jangan laa...kita dah la sesak nafas nih...huhu
hahaha... sepa nk buat dh tu kot, tapi tk sempt. ko terjaga dulu.
Su,
Mungkin kut...takpe, kita bersangka baik je la...
aku pun tak suka bilik air kotor..mungkin aku pun ble sesak nafas cam ko
sepa ni pemilih juga orangnya. heheh!
esok2 terbitkanlah cerita ni,idea dan jalan cerita bersatu menjadi biru, cantik sekali.
Kniedaz.
Kalau berbau hospital pun ngeri juga...
GB.
Dia pilih anak dara je kut..hehe
Puteri.
Mimpi ringkas je...payah nak cerita panjang2...
wahahaha letih mimpi gitu kan..dah la kena hidu tandas kotor...sampai hati sepa..!
LW,
Tu la... mengah-mengah aku dibuatnya...
tak gosok gigi memang la sepa tak mo buat CPR... ;p ..
klu awek cun ke.... laen la... hehehee....
CPL,
Pssttt.. nak bagi tau.
Aku, kalau time bangun tidur mata sembab pipi tembam, aku cute giler... Sepa yang tak perasan selama ini... keh keh keh
sepa tak tolong eh...!!! tak patut betul.
bro, kalau lu ruper jenifer lawrence, mngkn sepa cpr sampai ke pagi agaknya...
hehehe...
.
mesti ko letak buku nota tepi katil kan... lepas terjaga terus je tulis
Sepa,
Kalau sampai ke pagi, mau sekeping tinggal.. hahaha
SvS,
Tak.. buku nota dalam kepala je kak...tulis balik mana yang ingat je...
Zam, apa khabar Sepa sekarang? Tak de entry baru pun dari dia.
Tata.
Dia sehat...cuma signal 3G kat situ yg sakit...
Minta dia up kan jadi 6G.
Bro Tata, Sepa duduk d hutan belantara, jangan diharap pada 6G, 3G pun tarak.
eh, aper criter ko dengn budak praktikal (BP) tuh... sempat tak ko tumbuk dia... hahaha...
oya, blog korng aku dapt baca, sekalisekala, tp nak membukaknya punyala lama...
eh, ko ada baca entri dak tasekM tentang telekung... aku baca ulang2, takde pun benda alah telekung di sebut. vietnam adala dia sebut.
...bila ada peluang nanti, aku tulis d blog, tp sekarang, siknal betul2 mengecewakan...
ok... salam dari sepa.
sepa,
BP tu tammatun sudah. orang pejabat aku memasing lega dia dah tiada. aku tak nak tumbuk dia pun. haram la bersentuh kulit. hahahaha.
kau pernah pakai dial-up tak? apa perbandingan line sekarang dengan dial-up?
aku rasa gara-gara entri telekung si Tas tu lah, dia telah menerima ugutan salai. kalau diberi peluang pun memang aku nak join orang yang nak salai dia. padan muka!
ok.. jaga diri dan keluarga di sana.
salam.
tata bro?
hmmmm
aza ni,
sepa sorang aje panggil aku bro. kiranya eksklusif la tu. hahahaha.
Post a Comment