Tuesday, January 6, 2009

Jalan2: 1979, in memory ...

Suatu hari pada tahun 1979.

Aku, anak jiran aku (Norazam) dan sorang lagi anak jiran jauh aku (Nurhidayah). Kami mendaftar pada tahun yang sama. Sekolah yang sama. Umur sama sebaya.

Masa tu, nak tenung muka cikgu pun takut, walau comel macam mana pun dia. Maklumlah, orang kampung yang begitu menghormati kerjaya cikgu. Masa tu, kalau ada buah-buahan lebih, hatta buah kelapa sekali pun, pasti akan dihantar kepada: Cikgu sekolah & Ustaz mengaji. Tapi, aku tak buat macam tu. Bapak aku yang ajar mengaji. Dan cikgu sekolah tak duduk kat kampung aku.

Aku dan Norazam masuk bilik darjah yang sama, Darjah Satu Kuning. Nurhidayah masuk Darjah Satu Hijau. Susunan menurun dari terbaik kepada tercorot: Biru, Hijau, Kuning, Jingga, Merah. Dan satu darjah khas dipanggil Darjah Bunga Raya, tempat budak-budak yang bercakap pun tak reti. Tapi kami panggil Darjah Jimbam!

Hari pertama, aku duduk sebelah Norazam. Bapak dia dan bapak aku tunggu 30 minit je. Lepas tu, keluar pergi minum kopi. Perangai orang kampung. Aku anti-sosial. Aku susah nak mula berkawan. Tapi, Norazam ni lincah.

Cikgu garang nak mampos! Bukan ada orientasi macam sekarang ni. Mana ada tunjukkan tandas atau kantin. Beberapa jam berlalu, Norazam nak kencing. Ada makcik yang terjenguk-jenguk kat luar yang sanggup temankan dia. Selang setengah jam, dia balik.

Tak lama kemudian, aku pulak rasa nak terkencing. Aku tanya dia, tandas kat mana?

"Nun jauh kat belakang blok Darjah Tiga. Ada dinding. Tempat kencing dia macam longkang. Kau pancut kat situ".

Aku tak dapat bayangkan tandas tu macam mana bentuknya. Ye la. Mana pernah masuk tandas sekolah.

Aku pun beranikan diri keluar dari bilik darjah. tak sampai 5 minit berjalan, aku jumpa tempat kencing yang dia ceritakan tu di antara dua bangunan sekolah papan. Tapi, kenapa tadi dia pergi lama sangat sampai 30minit? Aku toleh kanan-kiri, budak-budak semua dalam kelas. Tapi, aku cuak jugak, panjang sangat longkang tu, semak berumput pulak tu. Tapi konfim, dia kata kencing dalam longkang.

Aku pun lurutkan zip dan mencangkung. Surrrrrr......Dah sudah, aku pun masuk balik ke bilik darjah. Belum sempat aku duduk, Norazam ketawa. Budak-budak lain pun ketawa.

"Apa pasal kamu kencing kat longkang tu?"

Aku lontarkan pandangan aku keluar tingkap. Dan aku nampak longkang yang aku kencingi tadi.
Haiyooohhhh....!



Selepas ujian pertengahan tahun, kami terpisah. Aku masuk Darjah Satu Biru, Norazam masuk Darjah Satu Merah. Nak eja nama sendiri pun dia tak reti. Ye la, masa tu kat kampung mana ada Tadika macam sekarang.

Darjah Dua, aku kekal kelas Biru dan dia masuk kelas Jimbam selama setahun yang berikutnya. Tapi, dia pandai sebenarnya. Dia selalu kalahkan aku masa main guli, baling daun terup dan lastik getah gelang. Dan dia pandai ejek orang. Dia pandai sebenarnya...



.

8 comments:

ibundo said...

salam. Seronok baca cerita di sini.

Nizam.Ariff said...

KakPah,
Salam perkenalan. Terima kasih. Datang le lagi.




.

Anonymous said...

salam,

teringat zaman kecik2 dulu... erm... 1979.. baru lahir. he he

Nizam.Ariff said...

Kema,
Salam. Terasa aku dah tua...hehe

.

tasekM said...

ok lah... ok lah... aku tau kamu pandai!

;p


larikkkkkkk....

Anonymous said...

lawak gak cerita ni...

Nizam.Ariff said...

TM,
Good, you can read between the lines... hahaha, Acah je.

Hairul,
Apasal jarang masuk sini?

ASH said...

Salam.ooohh

ye si norazam tu memang pandai..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com