Sunday, January 11, 2009

Jalan2: Don't speak, I know what u're thinkin'

Adakah satu kesalahan kalau tidak berkata apa-apa?
Selain dari disapina di mahkamah untuk berkata, senyap bukan satu jenayah.

Betul, ia bukan satu jenayah. Tapi, tak betul kerana ia boleh menyusahkan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau yang disusahkan itu adalah AKU.

Manusia dipegang pada janjinya. Seperti yang dijanjikan, opis aku akan berpindah dari situ untuk memberi laluan kepada pembesaran operasi dalam pertengahan bulan Jan09. Semua yang ada dalam bilik 'sulit' itu [tuan jurutera tanah, opis-opis yang terlibat dan tuan tanah kampung baru] dah setuju sebulat suara. Jadi, aku pun tunggulah opis baru kat kampung baru tu siap seperti dirancang barulah aku angkat meja.

Tapi, Tuan Besar datang baru-baru ni dan tanya tuan-yang-nak-besarkan-tanah kenapa kerja-kerja pembesaran operasi tak dimulakan, alasan mudah: opis aku belum pindah lagi. Oh... [nyanyi: bangau oh bangau! ] Bila Tuan Besar tanya bila nak dipindahkan, dia tak tahu. Jadi, uncertainty wujud dalam pelan. Bila wujud, uncertainty perlu dihilangkan. Maka, dengan notis 48jam, opis aku kena pindah kat penempatan sementara.

Bila aku jumpa tuan-yang-nak-besarkan-tanah, kenapa notis 48jam diberi kat aku, dia kata dia tak tahu bila opis aku nak pindah jadi dia usulkan satu penempatan sementara bawah kolong. Aku tanya dia, tuan jurutera tak bagi tau ke? Dia kata tak ada cakap apa-apa [dan itu punca uncertainty wujud]....

Haiih...benar, bukan satu dosa kalau tak nak cakap. Bukan satu jenayah kalau mengambil pendirian untuk senyap. Itu pilihan diri. Tapi, kadangkala senyap itu menyusahkan.

.............

Katalah kita pulang ke rumah dan orang rumah hari tu senyap tak pok-pek-pok-pek...kita pun naik hairan. Bila ditanya, dia tak nak cakap. Susah hati dibuatnya. Bermacam-macam andaian timbul, dari yang munasabah kepada yang paling mengarut yang pernah kita fikirkan. Pening kepala wooo...semua kepala boleh pening wooo... hahaha

.............

Aku rasa untuk jangkamasa sebulan dua ni, aku kerja dari bawah kolong.... haiih...


.

9 comments:

tasekM said...

mmg agak misteri nusantara bg org yg kuat pok pek pok pek tiba2 senyap kan?

ha ha.

bawah kolong pun, bawah kolang la bro... :)


.

tasekM said...

*kolong

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku sedih bukan sebab tempt tu, tapi sebab network tak ada. Aku update kat rumah pakai dial-up je...21kbs! Asyik la putus-putus...hampeh.

ibundo said...

Sebenarnya nko ni marah kat sape ni. Marah kat tuan besar ke, marah kat orang yang tak bercakap ke, marah kat orang rumah nko ke, marah kena pindah kolong ke atau marah tak dapat bukak internet, ngeh...ngeh..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
tak marah, sedih je...kengkawan buat camtu, bukan orang lain pun. internet tak da pun satu gak, tak boleh bukak email opis...tapi yang paling geram tepon tak de, nak guna tepon pasal keje kena pakai h.phone sendiri, tak boleh claim lak tu...waaaaa!

addyaholix said...

kolong?
kedengaran agak klasik!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Sesuai dengan tempat tu pun..dah klasik, patut kena roboh je...

Anonymous said...

kerja bawah kolong... macam agen sulit jer. classified tuh! he he

Nizam.Ariff said...

Kema,
Kasim Selamat daaaa....sulit amenda. Menyulitkan ada la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com