Aku tak boleh berbelanja mengikut komposisi hati. Aku tak boleh beli barang-barang makanan mengikut komposisi nafsu perutku lagi. Tidak mengikut seraqahku lagi.
Aku perlu berbelanja mengikut tekanan dan komposisi darahku. Aku kena berbelanja dengan menutup mata. Biarkan troley yang aku tolak membawa aku ke destinasi yang bukan aku tentukan. Biar troley itu berhenti di tempat yang dia sendiri ingin berhenti.
Aku pasti. Dia tak akan berhenti di 'lamb shoulder' atau 'udang putih' atau 'mozarella'. Dia akan berhenti mungkin di 'extra virgin olive oil' atau 'low sugar soy milk'.
Image: from Wiki |
Di Tesco itu.
Aku mencari roti atau bun. Aku tengok kakak yang berdiri depan oven memegang tali loceng tembaga sebesar lesung batu. Seorang rakannya membuka oven dan mengeluarkan Potato bun. Dia potong beberapa ketul lalu diletak di dalam piring. Sebahagian besarnya dia masukkan ke dalam plastik pembukus.
Dia goyang loceng tu.
Kling! Kling! Kling!Bun panas, ban panas, ban panas. Aku rapati meja dia.
"Kalau nak cuba, abang boleh rasa"
Aku sentuh salah satu plastik yang berisi ban. Hmm...memang masih panas, aku kata padanya.
"Jangan malu-malu bang. Abang boleh rasa"
Aku sentuh plastik yang lain. Ya, memang panas. Tak payah suruh aku rasa lagi. Aku sendiri nampak kawan kau keluarkan dari oven tadi. Dia unjukkan piring kepada aku.
Laaa...lain kali, cakaplah 'boleh makan bang'.
.
8 comments:
aku berbelanja sesuka hati. tak perlu ada had. yang masalahnya cuba fulus haha.
kalau aku jadi kakak depan oven, aku jawab balik, "pernah tahu tak rasa orang hilang nikmat makan? nak rasa apa dorang rasa?"
hmm 'rasa'. dapat diterjemahkan dalam pelbagai makna.
'rasalah engkau nizam. dah tak dapat makan sedap-sedap lagi' hahaha...
Engkau masih lagi dapat MERASAkan betapa hebatnya kurniaan Allah yang telah memberi anugerah LIDAH untuk MERASA..
Addy,
kalau mulut pahit, letak apa pun kat mulut semuanya tak sedap...camtu kut rasanya.
kakpah,
Camne nak masak sawi cina tapi rasa macam pizza?
Ashley,
*sob.sob.sob*
ye kak, saya insaf...
*sob.sob.sob*
aku rasa engkau ni nak kena tarik hidung nih.... ha ha.
.
TM,
Jangan laa...aku geli. Hahahaha
Woo...seronok korang ye berpacaran sana-sini malam hari tu...aku dah tengok kamu. Aku rasa aku dah kenal kamu....selain gambar kat Azie, ada juga sekeping gambar tepi pantai dalam salah satu entry kamu...hehehe merah menyala tu! Nak raih undi ke hape? Hahaha
binawe ko bang. hahahaha... merah itu lambang berahi. hahahahaha... adeh deh deh...
ko dok shah alam pun tak nak datang. penguler.... paham tak? hahaha...
.
TM,
Aku tak tahu rumah Pena tu kat mana. Aku takut sesat, lain kali kalau kamu pegi, singgah ambik aku la...aku tumpang. Kamu lak boleh tumpang mandi kat rumah aku, jauh-jauh drive dari Melaka tentu berlendir ketiak tu...hahaha.
Penguler tu macam liat nak gerak kan? Aku bukan banjar la...aku kacukkan, pan asian...hahaha
Post a Comment