Saturday, February 14, 2009

Marathon: Pelam berambut manusia...

Pokok Pelam telur.


Sesetengah orang mungkin namakannya pelam ratus, mungkin pelam rambai, mungkin juga pelam sawah. Walau apa pun gelarannya, ia adalah sejenis pokok pelam yang buahnya bergugusan, lebih kurang 10~12 biji dalam satu tangkai. Buahnya tak besar, hanya sebesar telur ayam, paling besar pun mungkin sebesar telur itik. Biasanya, orang buat jeruk. Jeruk pelam yang dibelah dua tanpa kulitnya dibuang. Pelam yang itulah maksud aku. Yang bijinya jenis dikotilidon.

Dan aku selalunya menunggu pelam itu ranum sebelum aku baling dengan kasut supaya ia gugur. Atau aku baling ia dengan sepotong dahan reput. Pelam jenis itulah yang tumbuh secara
semula jadi di hutan sekunder di belakang rumah [bapak] aku.

Pokoknya sebesar pemeluk budak tapi tingginya tak seberapa. Ia tumbuh di antara pokok-pokok pisang liar dan ubi. Lantai hutan itu semak dengan pakis dan ulan-ulan yang melilit-lilit.
Hutan dimana pelam itu tumbuh tak beratap. Tiada pokok lain di sekitarnya yang lebih tinggi darinya, itu maksud aku. Sebabnya, pokok pelam itu tumbuh atas busut jantan! Ya, busut jantan. Atau mungkin anai-anailah yang menumpang sarang di pangkal pokok pelam itu.



Abang aku kata, pokok pelam itu berpenunggu. Sebabnya, masa zaman jepun dulu, banyak yang kena pancung dan kepalanya dilonggokkan dekat pangkalnya. Jadi, tambahnya, zat-zat dari
kepala orang diserap oleh pokok pelam tu!

Kata abang aku lagi, rambut-rambut dari mayat tu dah sebati dengan pokok pelam tu dan boleh dilihat pada buah pelam tu. Memang betul! Buktinya ada. Entah kenapa, kalau dihiris pelam tu, ada beberapa helai serabutnya berwarna hitam, umpama urat-urat rambut! Ok, tak lah
hitam tapi perang kehitaman! Betul!

Tak lah banyak. Kalau pelam tu dihiris sebelah, 'rambut' itu mungkin ada 4~5 urat. Tapi, pelam tu bukan busuk. Pelam tu rasanya manis. Dan bukan satu dua biji yang macam tu, tapi semua buahnya begitu. Misteri?

Ya. Memang. Oleh kerana aku masih budak kecik lagi, cerita abang aku tu dan bukti yang aku nampak sendiri membuatkan sedikit sebanyak aku percaya.

Mungkin sekarang ni tidaklah seram lagi kerana mungkin serabut yang anomali tu wujud sebab anai-anai yang tinggal dalam busut tu telah merosakkan akar pokok pelam tu. Atau, mungkin juga betul kata abang aku? Misteri...



Sama seperti cerita budak mati sebab 'disorokkan' dalam akar Pokok Bungor di tepi sungai tempat aku dan kawan-kawan selalu mandi bolen, tak jauh dari rumah[bapak] aku ....




.

10 comments:

Yana Ismail said...

euwww..scarynye...hmmm

ASH said...

Walaupun cerita ini dipersembahkan secara 'spooky' dan 'seram sejuk' tapi entah kenapa aku rasa nak ketawa berdekah dekah!!
RASA CERITA LUCU pulak..

Nizam...nizam..siapakah dia gerangan abang hang tu?

Memperaniayai adiknya yang terlopong dan menelan segala butir cerita ceriti..

rambut hantu jepun dalam pelam teLOG?..cerita paling lucu AbAD ini!!
he he he..

Nizam.Ariff said...

Princess,
Belum klimaks lagi... ada banyak lagi cerita seram...tungguuuu.... hahaha

Ashley,
Ok...nanti aku gubah semula cara naratif aku supaya bila akak baca, akak mengigau. Abang aku maha pembuli, mungkin sebab jarak umur 6 tahun, jadi dia dah lama jadi adik 'bongsu' sebelum aku lahir....dengki la tu. Takpe, aku kutuk dia pun rumah dia bukan ada internet....hahaha

tasekM said...

bang, rumah abah ko ni dalam twillight zone ke hah?

he he.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Lebih kurang la...dulu kawasan kominis kata mak aku...dulu, langsuir punya la banyak sampai selalu tarik-tarik tali kelambu...hahaha

Weh, pagi sabtu jenguk blog apa hal? tak kemas rumah ke...oooo kamu keje yek. Apa barang keje hari Sabtu! hahahha

ASH said...

Nizam,
Okay okay ..ceritalah lagi..
aku rela menunggu..

Yana Ismail said...

HAHA.. ok tunggu ni ;P

Nizam.Ariff said...

Ashley, Princess,
Aku nak buat journal la...

K.H said...

Agaknya, jepun tu semua pancung kepala anak-anak gadis yang manis-manis. Itu pasal rambut panjang mengurai masuk dalam buah pelam, terus jadi manis.

Nizam.Ariff said...

Indra,
Bagus gak teori kamu...tapi, jepun tak pancung aweks, dia r*g*l je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com