Kona (selekoh) Mat Keroncong, pagi itu, membuat gempar lagi. Kona, yang beberapa ratus ela dari simpang Parit 9, sering menggemparkan penduduk di sekitar ini. Dan yang terbaru ialah kejadian pada pagi itu.
Mungkin kerana kecondongan jalan, mungkin juga kerana kona yang berliku tajam. Apa-apa pun, kepada para pemandu yang kurang arif dengan jalan itu pasti akan menggelepar apabila tiba di kona itu. Banyak yang telah terhumban ke dalam sungai akibat terbabas.
Pagi itu. Satu lagi kereta tua turut terbabas. Pemandunya dah kembung. Lemas dalam sungai. Terikat dengan talipinggang keledar. Sepatutnya, talipinggang keledar itu menyelamatkan nyawanya tapi kali ini adalah sebaliknya.
Malang, pemandu itu bukan orang yang tinggal berdekatan. Lebih malang lagi, plat kereta tuanya juga turut hilang. Tidak dapat dipastikan milik siapakah kereta tua itu. Pelbagai andaian timbul. Salah satunya, mungkin si pemandu itu adalah seorang pencuri kereta.
Sarjan Husin ambil sistem pembesar suara, lalu menghalakannya kearah puluhan orang ramai yang berdiri di sekitar itu.
"Pikir Tuan-Tuan, apakah nombor plat kereta itu?" pintanya.
Seorang tua menyeringai, menampakkan gigi sebatang menujah lelangit, mengangkat jari telunjuknya ke atas seraya menyebut nombor plat kereta itu.
Sarjan Husin mencongak kosong awan gemawan. Terangguk-angguk. Terfikir agaknya.
Anda tertanya-tanya?
Agak-agaknya, apa nombor plat yang orang tua tu beritahu????......
.
8 comments:
hahaha.. akak teringat cerita pakcik akak masa kecik-kecik dulu. hal eksiden lah jugak. dia cakap nombor plet kete yang eksiden tu ialah : Lapan tak da habis, satu tiga baaanyak dekat. satu tak dak. dua tak dak.
Akak tak tau la pulak nombor plet dalam cite kau ni. Agak-agak sama ke?
Kakpah,
Sama tapi tak serupa...version saya ni saya dengar masa kecik kat sekitar kg je. Mgkn cerita setempat. Yang kak punya version tu saya pun tak pernah dengar. Saya teka: SB 1020?
Alahai..sonang ajer..
NI cerita dah lama dah ni..Orang dah lamo jer tahu.
No pletnya
PK 2121..ha ha ha.(Fikir tuan tuan)
kak pah punya cerita pun dah biasa dengar...ha ha ha..
haah betul la tu. yang ashley punya jwpn tu, ye ke..
Ashley, Kakpah,
Ya. Maka,terbukti la yang tahu cerita-cerita ni orang-orang lama cam aku, kamu dan kita ... sebab jarang dengar teka-teki camni lagi kat budak-budak sekolah rendah. Hmmm.....kita ni dah lama hidup rupanye....
aku tak tau. ye aku org muda. hahahaha....
.
TM,
Eh, mana kamu tau kamu tu muda? Aku panggil kamu akak la...
mike umur 37 kan? betui tak?
aku masih muda belia ok. hahahaha...
.
Post a Comment