Hari ni. Hari terakhir kami di sini dengan Dr. Scot. Sepatutnya, kami dapat 'talipinggang' hari ni.
Dah 4 hari. Aku dah bosan dengan semua menu yg ada kat sini. Ya, aku lebih hafal menu-menu kat restoran di bawah daripada tajuk-tajuk dalam training material. Aku dah mengaku awal-awal, jangan kutuk.
Masa lunch. Aku duduk sekali dgn Dr. Scot. Saja sembang-sembang sambil makan...atau makan-makan sambil sembang. Aku cuit-cuit, dia pun cuit-cuit... ops, aku bukan gay. Dan aku bukan pompuan yang jarinya asyik cuit sana-cuit sini bila bercakap. Aku cuit makanan je.
Satu.
Dia suruh aku teka, '... the slowest fatal car crash recorded'. Aku teka 30km/j. Dia kata 8km/j! Bersungguh-sungguh gayanya. Aku fikir sejenak lepas tu aku cakap, dia orang mati sebab kereta yang satu lagi tu hentam pada kelajuan 200km/j. Dia gelak.
Dua.
Kawan aku yg duduk kat depan aku masa lunch cerita, masa dia kat kolej di UK, seorang wanita terjun dari tingkat 18 jatuh betul-betul atas bumbung kereta yg parking kat bawah. Wanita tu tak mati!
Aku dan Dr. Scot mula bukak teori-teori fizik yang berkaitan. Dr. Scot kata, bumbung kereta tu bertindak sebagai 'crumple zone' yang menyerap tenaga hentaman. Kawan aku tu angguk-angguk. Aku tambah, bukan setakat bumbung je yg main peranan. Termasuk cermin kereta. Tu sebab cermin kereta depan belakang kiri kanan berderai.
Tenaga dari wanita tu dipindahkan kepada cermin-cermin tu melalui angin yang terperangkap dalam kereta tu. Dr. Scot angguk-angguk dan tambah, kalau cermin tingkap terbuka, wanita tu mungkin mati.
Tiga.
Kami banyak bersembang tentang lagu-lagu Heavy Metal! Dia pasangkan dia punya dan suruh aku dengar; aku pasang aku punya dan suruh dia dengar. Tapi, masa dalam kelas, dia pasang lagu Country... ah, layaaannn...
Sebenarnya, Dr. Scot tu muda lagi. Pangkat 'adik' aku je. Tu yang aku berani 'kitai' dia semacam je...!
.
10 comments:
bang, sempat tak kalau aku nk suruh kirim salam kat scot tu. he he...
post la gambor sikit....
.
Nizam,
1)kes pertama tu makcik pakai spek yang tebal setengah inci bawak kereta 8km/j bertembung ngan keretapi AMTRAK tu..Dia tak perasan sebab kat US tak dak GATE keselamatan cam kita..he he he..
2)Pompuan tu pakai kepak!!ala ala TUPAI Betina dalam cerita kartun ICE AGE 3..he he..
3) Entah kenapa aku teringat Dolly Parton..DR SCOTT tu minat makcik DOLLY kut..
aku pon pangkat adik je dengan kau bang. tapi cubalah kau kitai aku. haha!
kitai tu apa?
addy,
kitai tu kuntai..
kuntai tu apa?
kuntai tu kuntau..
kuntau tu apa?
kuntau tu KUNTA KINTE..
smile!
TM,
Dia tak boleh jawab salam.Dia tak sunat...
Ashley,
Ye la tu... haha.
Tapi, cerita tu cerita sebenar, dia kata la... Dolly Parton yang tut-tut besau tu ke? Otai giler lu kak! Yang aku kenal cuma Dolly versi kambing biri-biri kembar DNA tu je..
Addy,
Kitai tu macam kencing berdiri gak le... hahaha
Ashley,
Kesian dia kak, akak dah 'kitai' dia... hahaha.
nizam,
1. dia mati sebab sakit jantung.
2. dia tak mati sebab pelakon je.
3. ni yang aku tak paham. kau orang sambil dengar-dengar lagu, lepastu dia pasang dia punya dan kau pasang kau punya. apa benda yang kau pasang sebenarnya (wakakaka...)
Kakpah,
Kami punya jenis 'cucuk dan main'.... hahahaha.
(plug and play, tapi tang PLAY tu kena sebut cepat-cepat dalam setengah harkat. Kalau sebut lambat Pl-Ay, lain bunyi nye... HAHAHA...hah, tu la kak tanya soklan bukan-bukan).
Sapa-sapa pi blog akak kena tag..komen lari tajuk eh!
jadi, kamu kencing berdiri ye bang? haha!
jangan hipokrit, lelaki memang macam tu. haha!
Waterlily,
Dia orang suka-suka je cerita yg bukan-bukan. Biasala kak...
Addy,
Hah, tau pun kau... hahaha. Tapi, ka Ashley punya versi kitai lain macam je...ntah-ntah...??... HAHHHA
Post a Comment